dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

21 February 2009

lawak 3 jumaat

teman teringat satu lawak fav masa sekolah dulu

asai ada member sakit je gerenti ada yang nyampuk kata si polan si polan pun kena sakit macam ni. member tu dengan jujur tanya apa ubatnya. jawapan yang menyampuk adalah mana ada ubat, 3 kali jumaat jalan.

hahahahahaaa

bila dikenang kenangkan agak kaso sikit lawak tu tetapi orang putih pun ada cakap "laughter is the best medicine". secara tak langsung ketawa itu adalah ubat kepada sakitnya.

bila sebut 3 kali jumaat; kerajaan Pakatan Rakyat Perak dirampas oleh BN pada 6 Februari 2009. Hari ni 21 Februari 2009. heheheheh jumaat minggu depan kira 3 kali jumaat le.

kita tengok je le apa yang jadi lepas 3 kali jumaat.

No comments:

Post a Comment