dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

11 February 2009

Malaysia Freedom of the Press

Resisting the taboos

The ranking’s “soft underbelly” also includes countries that waver between repression and liberalisation, where the taboos are still inviolable and the press laws hark back to another era. In Gabon (110th), Cameroon (129th), Morocco (122nd), Oman (123rd), Cambodia (126th), Jordan (128th) and Malaysia (132nd), for example, it is strictly forbidden to report anything that reflects badly on the president or monarch, or their family and close associates. Journalists are routinely sent to prison in Senegal (86th) and Algeria (121st) under repressive legislation that violates the democratic standards advocated by the UN.


Melihat kepada petikan laporan Reporters Sans Frontières; di baca sebagai: Reporters Without Borders menunjukkan bahawa kebebasan media di Malaysia merudum tangga 124 pada tahun 2007 ke 132. Ini menandakan yang di Malaysia, kebebasan untuk media massa berkerja adalah semakin sempit. Pihak berlawanan tidak mempunyai peluang untuk mengutarakan pendapat mereka. Inikah yang dikatakan bahawa Malaysia ini negara yang berdemokrasi.

Demokrasi berbahagi kepada 2 bentuk iaitu direct democracy dan representative democracy. Jika ditolak ketepi apa jua maksud kedua-2 bentuk democracy ini, makna asal dan penerangan khusus terhadap makna bagi demokrasi itu sendiri telah menampakkan kita sudah jauh menyimpang.

"Democracy is a form of government in which power is held by " the people" under a free electoral system"

Demokrasi adalah satu bentuk kerajaan yang kuasa di pegang oleh RAKYAT setelah melalui pilihanraya yang adil.

Diulas fakta diatas dapat kita lihat sendiri bahawa kerajaan berdemokrasi ini adalah kerajaan yang telah di pilih oleh rakyat, melalui satu bentuk pilihanraya yang adil. Oleh yang demikian tak kira lah kerajaan berdemokrasi itu adalah berbentuk terus atau berwakil a.k.a berpimpin, pokok asalnyer ia adalah hak RAKYAT.

Lanjutan penerangan terhadap sistem demokrasi ini adalah seperti berikut :

"An essential process in democracies are competitive elections, that are fair both substantively and procedurally. Furthermore, freedom of political expression, freedom of speech and freedom of the press are essential so that citizens are informed and able to vote in their personal interests"

Salah satu proses penting dalam demokrasi adalah persaingan pilihanraya yang dibuat secara adil dan berprosedur. kebebasan untuk menyampaikan pendapat politik, kebebasan bercakap dan berucap, kebebasan media dan wartawan merupakan proses yang penting supaya rakyat mendapat informasi yang amat berguna yang dapat dijadikan ukuran untuk mereka memilih nanti.

Dengan pernyataan demikian, jika kita lihat situasi dihari ini.. tiada lagi kebebasan menyampaikan pendapat politik, media dikekang daripada membuat liputan sebenar-2nye bila di medan pihak lawan, sering kali diputarbelitkan, media daripada pihak lawan dirampaskan dan tidak dibenarkan untuk edaran. adakah masih ada lagi demokrasi di Malaysia...???

KDN semalam mengesahkan yang pihaknye akan berusaha keras untuk merampas akhbar HarakahDaily dan Suara Keadilan. Manakala akhbar The Rocket tidak termasuk dalam senarai kerana edaran nyer sedikit. Tindakan KDN ini menunjukkan betapa di Malaysia media yang datang dari parti lawan tak boleh berada di arus media massa. Penyebaran ini seolah disekat dengan trajis sekali seolah-olah tidak mahu rakyat mengetahui apa pula pendapat dari pihak yang lain pula.

Perasan atau tidak tindakan mereka ini sudah menyamai zaman kekejaman askar Jepun ditanah Melayu dahulu. Ketika zaman itu, asalkan ader bentuk radio ajer sudah tentu pemiliknyer di pukul dan dibunuh, padahal radio itu dah rosak dan dijadikan gerobok. Ini disebabkan rasa inferior terhadap kebangkitan rakyat jika mereka tahu aper perkara yang berlaku sebenarnyer.

Percaya atau tidak juga, kita ditugas untuk menentukan sesuatu hampir setiap hari. Beli susu Fernleaf atau Dumex, beli kereta Perdana atau Camry, pilih restoran ehsan atau naina, tentukan disiapa yang salah antara 2 orang anak. Percaya atau tidak...kita akan mendengar,merasa malah mencuba terus antara dua pilihan atau dua ketentuan itu supaya kita tidak memilih atau menentukan suatu perkara yang silap. Analisa perlu dibuat supaya kesilapan tidak akan berlaku.

Namun situasi sekarang ini menyandarkan bahawa kita tidak diberikan peluang langsung untuk mendengar apa yang mahu diperkatakan orang pihak yang satu lagi. maka dengan itu kemungkinan kita membuat keputusan yang berat sebelah akan terus terjadi. maka dengan itu demokrasi boleh dikatakan tidak sah kerana kita tidak diberikan peluang untuk menganalisa fakta daripada kedua-belah pihak.

No comments:

Post a Comment