dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

01 February 2009

MB Perak

Macam macam hal kebelakangan ni melibatkan MB Perak
Macam macam cerita kedengaran tentang MB Perak
Macam macam khabar yang ditiup angin berkenaan MB Perak
Macam macam ganti nama diberikan kepada MB Perak sampai tak sanggup teman nak tulih

Sampai naik lugu teman mendengonya

Kalo sehari tak dengo nama Dato Seri Ir. Haji Mohammad Nizar
Macam tak sah rasanya

Cuba jawap beberapa soalan teman?

1. Jika Pak Lah mai perak nak jumpa MB Perak dia jumpa siapa?

2. Jika ditanya kepada penyokong tegar dacing siapa MB Perak, apa jawapannya?

3. Jika meeting Majlis Raja Raja siapa akan escort Sultan Perak?

Jadi cuba belajar untuk terima kenyataan
Belajar untuk kenal pemerintah
Belajar kenal siapa pembangkang
Menidakkan Nizar adalah menidakkan keputusan Sultan Perak

KENAL DIRI, KENAL RUANG

Jika betul ada salah laku MB Perak
Jika salah laku itu ada bukti
Jika bukti itu lengkap
Lengkapkan aduan kome ke SPRM atau anto memorandum ke Sultan Perak.

wa chow sin

No comments:

Post a Comment