dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

09 February 2009

MB vs MB

Dengan kosongnya kerusi Parlimen P59 maka akan ada pilihanraya kecil lagi sekali.
melimpah ruah lah projek
ada yang tengah berkira kira untuk mendapatkan lesen kelas F
mana la tau kut kut Najib huloq banyak projek.

Majlis daerah pulak sibuk bukak fail fail lama
kut kut ada permintaan jalan tar yang belum terlaksana
ini le masanya untuk menurap jalan yang rakyat minta

tapi teka teki bermain di kepala
siapa calon yang sewajarnya

apa kata beri peluang
MB Pakatan Rakyat lawan MB Barisan Nasional
Nizar lawan Zambry
Ir. lawan Dr.

Uniknya Parlimen Bukit Gantang ialah no parlimen adalah P59
dan Perak pula memiliki 59 kawasan ADUN

kalo ikut kepala hotak merepek teman
nak kasi lagi best kita buat side bet
sapa kalah undur diri dari politik Perak

errr boleh ke ini macam?

wa chow sin

No comments:

Post a Comment