dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

01 February 2009

Pengat Pilihan Dugong

PENGAT LABU



Bahan-Bahan:

300 ml santan cair
150 ml santan pekat
150 gm labu yang dipotong dadu (direbus)
100 gm gula melaka
30 gm sagu biji
50 gm gula pasir
1 helai daun pandan

Cara:

Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji & daun pandan. Apabila sagu masak, masukkan gula pasir,labu & santan pekat. Biarkan mendidih selama 2 minit & hidangkan.

No comments:

Post a Comment