dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

19 February 2009

Perak oh Perak part 1

Dalam kemelut kerajaan negeri Perak ni
sebenonya ada baguihnya walaupun keadaan bergolak

siapa kenal Speaker DUN Perak
selisih kat SUK tak dak siapa peduli
la ni siap digelar SIVAJI the BOSS lagi

siapa kenal Timbalan Speaker DUN Perak
kalo jumpa kat SUK pun
gamaknya kome ingat dia ni datang nak mintak bantuan

siapa kisah apa itu Undang Undang Tubuh Negeri Perak
la ni siap hafal
tengah tidoq pun kalo orang tanya Artikel 15 kurungan 5
terus lancar je menjawap

untuk student pulak
bertambah lagi ilmu sejarah
sejarah Ghazali Jawi
sejarah Dato' Panglima Bukit Gantang
sejarah kesultanan di Malaysia

itu baru sejarah
belum masuk matematik
berapa juta akan disalurkan ke Bukit Gantang masa kempen nanti
ada sesiapa kira berapa juta Kuala Terengganu dapat?
kalo tak de siapa kira harap kat Bukit Gantang cuba cuba kira
cuma kalo pakai kalkulator pastikan kalkulator tu boleh support
paling kurang 15 digit
kalau nak kira manual
standby banyak kertas dan pen
maklum le banyak digit kosong nak ditulis

ngapa teman merepek meraban tentang perkara atas ni
tunggu Perak oh Perak part 2

3 comments:

paloi bin mulau said...

muahahaha teman pun banyak belajor. paling teman gemor banyak loghat perak yg udah lama tak dengor udah teman dengor hari2

peihong said...

sesame le kite belajo weh....
heheheheheheeh

Tok Bebayang Acheh Dan Cucunya ZiZi said...

Sambung anje jangan tak sambung...Syiok nii

Post a Comment