dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

20 February 2009

Perak oh Perak part 2

sambungan dari Perak oh Perak part 1

sepatutnya kita kena ber terima kasih kepada BN
kalo la BN tak rampas kerajaan PR Perak
kita akan terus duduk bawah tempurung
kita tidak berani menduga lautan dengan kail sejengkal

sesungguhnya rampasan kuasa ini
mencelikkan lagi mata rakyat Perak

sesungguhnya penambahan ilmu secara pembacaan
tidak dapat melawan penambahan ilmu secara praktikal
secara praktikal ianya akan lebih difahami
secara praktikal ianya lebih melekat di dalam kepala

terima kasih juga kepada rampasan ini
dari mata rakyat yang mula terbuka masa 8 mac 2008
sekarang sudah celik, terbeliak dan bersiap siaga
celik dalam menilai kaca dan permata
terbeliak melihat fahaman songsang politik BN
akan bersiap siaga lah rakyat Perak jika DUN Perak dibubarkan
jika tidak celik, terbeliak dan siap siaga itu
akan menjatuhkan hukum di PRU13

dimasa itu jika tumbang kerajaan BN
kami sudah bersedia untuk memutarkan kembali
kata kata Pak Lah iaitu
“Saya harap kerajaan tidak akan diganggu dengan permainan
politik untuk apa jua niat dan tujuan mereka itu”
wa chow sin

1 comment:

Post a Comment