dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

21 February 2009

Perak Tour

MB Nizar tu tengah dok round satu Perak untuk jumpa rakyat.
Macam macam program yang diatur supaya beliau dapat jumpa rakyat negeri Perak.
Dari minum teh sampai le minum mineral water masa bagi ceramah.
Kira kiranya siapa wartawan yang ikut terus dapat Perak Tour secara tak langsung.

Dah macam Tahun Melawat Perak pulak rasanya

Sebenonya program ni satu rahmat buat MB Nizar
ye la sejak jadi MB mana sempat dia nak tour satu Perak jumpa rakyat
ada tak ada pun masa bulan Ramadhan dulu
itu pun terhad di Masjid dan majlis buka puasa je.

Kali ni semua lapisan rakyat dapat jumpa MB Nizar ni
Dapat dengo dia bagi ceramah
Dapat ketawa dengan sindiran sinis dalam ceramahnya
Dapat tengok MB Nizar secara live

Ini juga perkara yang orang orang BN terlepas pandang
dengan lepaskan Nizar dari pejabat
dia dapat jumpa rakyat Perak dengan lebih dekat lagi
bila dah jumpa dekat semestinya MB Nizar semakin dekat di hati

tu yang teman kata
ada hikmahnya
ada baguihnya
ada untungnya

No comments:

Post a Comment