dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

24 February 2009

pilihanraya kecil lagi

wah wah wah
lepas 2 bukit
mungkin nak tambah
1 lagi bukit
tapi masih diawangan
letak jawatan atau pun tidak

pensiangan dan api api
kena tunggu keputusan mahkamah
mahkamah macam biasa asyik tangguh
hakim sakit gigi
pendakwaraya sakit mulut
jadi kena la tunggu

tetiba keluar cerita Batang Ai (batang i? batang saya?)
takziah atas kematian penyandangnya
Datuk Dublin Unting Ingkot
Beliau juga adalah Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS)

wah sibuk banget SPR tahun ini
baru Februari dah 3-4 pilihanraya kecil menunggu
gamaknya berapa pilihanraya kecil sepanjang tahun 2009 ni

wallahualam

p/s : teman masih mencari share partner untuk bisnes kanopi/khemah rental...

wa chow sin

No comments:

Post a Comment