Ampun Tuanku beribu ampun
Sembah patik harap diampun
Sebagai seorang rakyat dibawah naugan payung Tuanku, izinkan patik menulis kembali petikan titah Tuanku masa Perasmian Pembukaan Penggal Pertama Dewan Negeri Kedua Belas
Petikan pertama Perkara 3
Pemilihan petikan titah Tuanku ini adalah kerana apa yang dititahkan tak kan menjadi kenyataan dengan pergolakan politik yang berlaku di negeri Tuanku. Pergolakan ini menidakkan titah Tuanku yang melihat proses demokrasi Malaysia semakin matang. Dengan keadaan politik yang berlaku di negeri Tuanku menunjukkan bahawa demokrasi bukan sahaja semakin mundur tetapi ianya telah dibunuh dengan kejam.
Petikan kedua Perkara 9
Jika demokrasi telah dibunuh dengan kejamnya maka semestinya keadilan turut sama terkubur tanpa nesan. Rakyat yang mendukung sistem demokrasi dan raja berpelembagan rasa tersisih kerana ketelusan telah diketepikan. Rakyat rasa tertindas kerana hak hak rakyat sebagai tuan dalam sistem negara demokrasi telah dicabul tanpa belas kasihan. Pencabul pencabul ini telah menidakkan hak rakyat yang bernaung dibawah payung Tuanku. Pencabul pencabul ini dengan kejam merampas kerajaan pilihan rakyat. Pencabul pencabul ini sanggup melakukan apa saja agar cita cita mereka menjadi kenyataan. Ini semua Tuanku menaikkan rasa ketidakpuasan hati rakyat negeri Tuanku terhadap pencabul pencabul hak itu.
Petikan ketiga Perkara 34
Demi menjamin titah tuanku ini menjadi kenyataan, iaitu 'keamanan negeri amatlah penting dipelihara maka disini patik selaku rakyat naungan payung Tuanku memohon sembah agar Tuanku dapat membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak serta merta agar hak rakyat negeri Tuanku dikembalikan. Dengan pembubaran itu patik juga percaya keadilan akan kembali ke landasan yang sebenar. Perpaduan kaum dan ummah kembali seperti sediakala. Keamanan akan terpelihara.
Ampun Tuanku Beribu Ampun
Sembah Patik Harap Diampun

"Pilihanraya Umum Kedua Belas turut memperlihatkan bahawa proses demokrasi di negara ini semakin matang"Ampun Tuanku beribu ampun,
Pemilihan petikan titah Tuanku ini adalah kerana apa yang dititahkan tak kan menjadi kenyataan dengan pergolakan politik yang berlaku di negeri Tuanku. Pergolakan ini menidakkan titah Tuanku yang melihat proses demokrasi Malaysia semakin matang. Dengan keadaan politik yang berlaku di negeri Tuanku menunjukkan bahawa demokrasi bukan sahaja semakin mundur tetapi ianya telah dibunuh dengan kejam.
Petikan kedua Perkara 9
"Kerajaan Beta akan memastikan bahawa keadilan dilaksanakan tanpa berbelah bahagi dan ketelusan dijadikan amalan supaya tidak ada rakyat yang merasa tersisih atau tertindas"Ampun Tuanku beribu ampun,
Jika demokrasi telah dibunuh dengan kejamnya maka semestinya keadilan turut sama terkubur tanpa nesan. Rakyat yang mendukung sistem demokrasi dan raja berpelembagan rasa tersisih kerana ketelusan telah diketepikan. Rakyat rasa tertindas kerana hak hak rakyat sebagai tuan dalam sistem negara demokrasi telah dicabul tanpa belas kasihan. Pencabul pencabul ini telah menidakkan hak rakyat yang bernaung dibawah payung Tuanku. Pencabul pencabul ini dengan kejam merampas kerajaan pilihan rakyat. Pencabul pencabul ini sanggup melakukan apa saja agar cita cita mereka menjadi kenyataan. Ini semua Tuanku menaikkan rasa ketidakpuasan hati rakyat negeri Tuanku terhadap pencabul pencabul hak itu.
Petikan ketiga Perkara 34
"Ketenteraman dan keamanan adalah komponen penting untuk menjamin kesejahteraan hidup rakyat . Perpaduan kaum dan perpaduan ummah perlu terus ditingkatkan . Keamanan negeri amatlah penting dipelihara"Ampun Tuanku beribu ampun
Demi menjamin titah tuanku ini menjadi kenyataan, iaitu 'keamanan negeri amatlah penting dipelihara maka disini patik selaku rakyat naungan payung Tuanku memohon sembah agar Tuanku dapat membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak serta merta agar hak rakyat negeri Tuanku dikembalikan. Dengan pembubaran itu patik juga percaya keadilan akan kembali ke landasan yang sebenar. Perpaduan kaum dan ummah kembali seperti sediakala. Keamanan akan terpelihara.
Ampun Tuanku Beribu Ampun
Sembah Patik Harap Diampun
2 comments:
Sultan Perak baca x ni??
Tak baca apa gunanya?
kalo tak dibaca, nak buat macam mana tapi ini namanya usaha.
usaha ikut apa yang teman mampu.
hehehehehe
welcome to de anje online
Post a Comment