dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

01 February 2009

Sokong ZOOM Malaysia

Dulu Cuti Cuti Malaysia
tuko je menteri
tuko le kempen
La ni dah jadi ZOOM Malaysia

Memula ingat tak de sambutan
rupa rupanya sambutannya panas

demi menyokong ZOOM Malaysia oleh TDC
maka ADUN Bota lompat parti
sekarang siapa tak kenal Bota
Semua tahu kat Bota ada Stadium Bakri Rais
Semua tahu kat Bota ada pusat penternakan tuntung

Dulu kalo sebut je Bota
jenuh nak kena sebut Parit
tak pun kena sebut Ayer Tawar
Paling teruk kena sebut Sitiawan

Sekarang sebut je Bota
Semua tahu
semua kenal
semua teringin nak datang

Lepas ni ADUN mana pulak yang nak sokong ZOOM Malaysia ni
Lompatlah cepat
bila dah lompat
satu dunia kenal tempat tu

wa chow sin

No comments:

Post a Comment