dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

05 February 2009

tak bubar

petikan kenyataan media rasmi dari Pejabat Sultan Perak,

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan.
So what to say
Sebagai rakyat negeri Perak teman terima keputusan Tuanku
Tuanku semestinya lebih arif tentang keputusan yang dibuat.

DAULAT TUANKU!!!

No comments:

Post a Comment