dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

26 February 2009

tunjuk kad je

2 tol tutup
5 tol naik rega
ekonomi makin merudum
rebat dah tak de

walau pun tak de kena mengena
tetapi tetap terasa bebannya
maklumle cubit peha kiri
peha kanan terasa jua

buat penyokong PR yang terkena dengan 5 tol tu
teruskan perjuangan membebaskan Malaysia dari cengkaman kuku besi

buat penyokong BN
gamaknya boleh dapat diskaun kalo tunjuk kad keahlian parti kot?
tak tahu?
cuba cuba le...

wa chow sin

No comments:

Post a Comment