dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

31 March 2009

senyum kambing versi anje online

Apa akan jadi kalau...

...Pak Lah tak nak letak jawatan sebagai Perdana Menteri?

30 March 2009

senyum kambing versi anje online

PRK P059 - Bukit Gantang - Larangan berkempen

teman tak tau news nih baru ker lama....

tapi teman baru jer dapat...

SPR keluarkan arahan yang hanya parti yang bertanding sahaja yang boleh menjalankan kempen... dengan maknanyer menghalang Parti PKR dan DAP turut sama dalam kempen PRK P059 ini... ini disebabkan pakatan rakyat bukan legal entiti yang berhak berkempen bersama-sama dengan Parti yang bertanding iaitu parti PAS...

Manakala gugusan parti bernaung dibawah BN (yakni semua 17 atau berapa ntah parti komponen) boleh membantu sama dalam kempen calon BN...

Macam pelik jer... Dulu ader orang kabo kat teman, BN nih pun, tidak pernah di daftarkan kat maner tempat...kira bukan legal entiti jugak...

So......???

Blogged with the Flock Browser

PRK P059 Bukit Gantang - Blogger of the day

Pagi semalam mulai dari pukui 9 pagi. Service mobile phone mula pancit. Teman merasai sendiri kesukaran untuk updated blog guna handphone. Blogger of the day teman bagi kan kepada rakan ini kerana tabah dan sabar untuk update blog. Rasanya dari tempat duduknya redup sampai le panas, dia masih tidak berubah. Malahan makin tenggelam dalam dunianya sendiri. SALUTE!!!
Ingat bila dia dah selesai teman nak tanya nama pena dan nama blog dia sebab malas nak kaco dia buat kerja tapi tak sempat sebab teman dok layan insiden lain. Teman terlepas peluang itu bila teman tengok dia dah takde...

LAWAN TETAP LAWAN

TAKBIR!!!

PRK P059 Bukit Gantang - Tabik buat Unit Keselamatan Pakatan Rakyat

Ni apa hal pulak ni? Macam ku kenal gambar dacing di button jaket mu itu? Tapi dimana ya?

Penyokong Barisan Nasional yang tersesat. Dikawal rapi oleh Unit Keselamatan Pakatan Rakyat dari Penyokong Pakatan Rakyat yang nak memberi 'payola' kepada penyokong BN tersebut.

Kawalan Unit Keselamatan Pakatan Rakyat ini sehinggalah tiba ke kawat pemisah antara 2 penyokong.

Sesat ye makcik? Tak le kami jaga no... Lain kali jangan sesat lagi tau...

LAWAN TETAP LAWAN

TAKBIR!!!

PRK P059 Bukit Gantang - Berbaloi ke upahmu itu?

Beberapa macai yang sibuk dok edar flyer. Tidak dilayan oleh penyokong pakatan rakyat. BOO...

Hasilnya ini yang terjadi kat flyer tu :

Bakar!!!

Dikoyak!!!

Direnyukkan!!!

Berbaloi ke upahmu itu jika dipukul oleh penyokong PR...
Yang nyata penyokong PR sudah mengalami anjakan paradigma.
Sudah tahu mengawal emosi dari sebarang provokasi seperti ini.

LAWAN TETAP LAWAN

TAKBIR!!!

PRK P059 Bukit Gantang - Banner/Poster/Bendera/Notis



LAWAN TETAP LAWAN

TAKBIR!!!

PRK P059 Bukit Gantang - Hari Penamaan Calon



LAWAN TETAP LAWAN

TAKBIR!!!

PRK P059 Bukit Gantang - Stesen Maya Blogger Network

broadband wifi router 24/7

Peta keluasan P059 Bukit Gantang

Video and sound editing station for ...dari stesyen maya Perak

Photo Quality Control station

Streamyx Coming Soon

Cerita Gembaq pulak...

Cerita gembaq rupernyer... Berita hairan tetiba cuba menyeleweng fakta,dato seri nizar dikatakan rampas majlis di masjid simpang awal mlm td.

Hehehe...

aku dah tgk schedule dato seri 2 hari lepas, mmg dato seri ade majlis kt situ...

Hampeh berita hairan online ni...

Cerita sebenaqnya, majlis tu memang majlis Dato Seri Nizar, clash ng Majlis depa kat Masjid Simpang...

Memang betui depa mai dulu, Dato Seri sampai ja teriuh duduk, mai kat imam masjid tu jumpa dato seri dan offer untuk jadi imam... tanpa banyak cakap Dato Seri teriuh jer mengimamkan solat maghrib tu... sebelum tu imam duk umum yang kat orang ramai sapa lagi yang ada masa solat tu...

adalah 3 orang besaq pembangkang(BN) duk belakang dato seri tuk solat sama...

lepaih solat tu, imam pulak umum nak bagi dato seri nizar taskirah barang 2 minit... tapi dihalang oleh jawatan kuasa masjid...

tu yang sebenaq yang terjadi...

hampa adjust la fahaman hangpa...
asai yang betui jadi fakta...
yang tak betui jadi auta...

29 March 2009

Imam yang unggul

Sya Reformis tepon teman kabo dia tadi berada di masjid Simpang solat maghrib bersama barisan Srikandi Malaysia. Mengikuti rombongan Calon Parlimen Bukit Gantang, Dato Seri Ir Hj Mohamad Nizar.

Menarik di waktu solat tersebut, Dato Seri Nizar mengimamkan solat tersebut bersama makmum yang terdiri daripada Calon BN, Ismail Sapian, Timbalan Presiden Umno yang baru Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Perak yang tidak sah, Dr Zambry Abd Kadir...

Amin ya rabbal alamin.
Moga-moga ini akan berterusan hendaknya.
Blogged with the Flock Browser

PRK P059 Bukit Gantang - belon kapal selam pujaan hatiku

PRK P059 - Bukit Gantang - Cerita seorang makcik yang marah

di tengah-tengah ribuan manusia yang membanjiri lokasi penamaan calon di Majlis Perbandaran Taiping, terselit satu dua hamba allah... dari tokoh gaya nyer macam ketua cawangan wanita bahagian... sebab pakaiannye MERAHNYER MAK NGAH... hehehehehehe...

dengan gelang lip-lap dia menggoncangkan tangan ala MAMI JARUM bagi menampak gelang yang penuh sampai ke ketiak, sambil mengibas tudung untuk menayangkan rantai 3 4 5 6 utas di dada berserta loket emas bertakhta belian....

ditangan sebelah lagi dilihat handpone canggih ala-ala bata, nokia E90, tengah sibuk mendail-dail no... tapi tak dapat go through sebab line yang sibuk...

sedapat beliau ini mendail no yang dikehendaki...dalam nada yang agak kuat... beliau berkata...

"Wei kome, bile lagi duit nak turun nih, orang dah nak abis penamaan calon dah ni, bebudak kita dah bising, banyak lagi keroje tak jalan nih, poket aku dah nak kering kuarkan untuk kome dulu..."


hehehehehehehehehe


p/s nih cerita benar...
Blogged with the Flock Browser

PRK P059 - Bukit Gantang - Sorotan pandangan bloggers yang duduk depan pc

Seperti yang diberitahu oleh peihong dalam post yang ini...Teman pun mohon berjuta kemaafan andai teman dan kawan-2 kurang mengupdate blog...Laluan yang teman berikan kepada rakan BloggersNetwork@Perak yang lain...Ikhlas teman hulurkan agar mereka dapat menyampaikan tepat dan cepat pada pembaca...Teman dan Peihong biasa menulis analisa situasi dan ader masanyer news up to date...(itupun kalau ader lokasi kejadian)

Laporan lengkap Peihong mengenai sesi penamaan calon pagi tadi akan diupdate kemudian...Untuk pengetahuan pembaca yang teman kasihi...Peihong dan Kuda_Laut serta rakan bloggers yang lain...sudah tertumpu di lokasi sejak jam 6.30 pg...waktu tu teman tengah sedap mengoloh...bukan teman tak mau pegi tapi teman ng ciberboron bertugas lewat pagi update artikel, bahan-bahan kempen untuk pengundi di bukit gantang dan juga tatapan pembaca sekalian...

pada saat teman update post ini hampir semua bloggers tengah tukor shift untuk mengoloh...
sian deme teman ngengok...

sebagai blogger yang hari-hari mendengar, menatap dan mengedit video ceramah yang disampaikan oleh Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin nih, teman amat teruja dengan beliau. Gaya beliau mengendalikan tentangan, cubaan untuk mengaibkan beliau, halangan dari FRU dan polis dan macam-macam lagi sepanjang krisis pelembangaan perak. Keterujaan teman makin menebal bila beliau dinobatkan sebagai calon PRK P059 Parlimen Bukit Gantang.

Memang ramai gerombolan penyokong pihak pembangkang (dalam konteks perak, pembangkang adalah BN) mengandaikan bahawa Dato Seri Nizar dipilih sebab 'popular vote'. Ya memang tak dinafikan. tetapi bagi teman, untuk seorang yang berpesonaliti seperti Dato Seri... sebenornyer..... RUGI MAMPUS JADI MB PERAK... sebab Dato Seri adalah terlalu bagus untuk Jawatan itu... beliau sepatutnyer sudah lama diangkat untuk bersama-sama dengan ahli parlimen pakatan rakyat untuk berdebat di parlimen. Berbincang bagaimana kita hendak meninggikan mutu kerakyatan yang makin dicengkam kemiskinan. Bagaimana memertabatkan Malaysia dimata dunia....(Mungkin sebagai Perdana Menteri)

Kenapa teman mengangkat Dato Seri setinggi ini. Sepanjang perjalanan teman dalam bahagian hidup yang ini, teman lihat dengan kepala mata teman sendiri betapa 'humble'nyer seorang pemimpin. menjadi imam kepada makmun ketika solat berjemaah, menjadi imam solat jenazah ibu mertuanyer sendiri, kalau ader kesempatan, membaca khutbah ketika solat jumaat pun beliau mampu... teman pernah melalui kawasan kediaman beliau yang baru dekat sungai rokam, ketika itu dikhabarkan beliau mohon berehat sehari dua kerana letih mengikuti siri jelajah perak, teman tinjau, beliau sedang mencakar daun kering dirumahnye yang seluas 1 ekar tu...peh.....teman pernah dengar sendiri ucapan pembukaan beliau semasa kursus haji yang baru ini... betapa profesionalnyer beliau berucap tanpa menyentuh walaupun sekelumit bait-bait kata tentang politik. Mampukah pemimpin lain dinihari ini melakukannyer...???

Teman tak rasa mereka yang lain mampu....

kenapa Dato Seri Nizar patut menang kerusi parlimen Bukit Gantang ini... kalau orang disini berkata beliau tidak layak kerana beliau bukan anak tempatan, bagi teman silap... orang disini patut rasa berbangga mendapat calon yang pemimpin PERAK yang sejati. Pemimpin rakyat yang tulin. Pemimpin Malaysia.

Kalau mendoakan orang supaya mati itu ok... teman nak jer doakan wakil parlimen tempat teman meninggal dunia... supaya Dato Seri boleh menjadi calon di tempat teman....
Itu cuma kalau je... teman tak doakan orang supaya mati cepat... berdosakan rasanyer...

Dato Seri Nizar telah membawa penyatupaduan kaum yang belum pernah dicapai oleh mana-mana pemimpin lagi... teman dapat lihat sendiri kesepaduan kaum baik melayu,cina,india,singh mahupun orang asli duduk dibawah satu bumbung menyokong seorang pemimpin yang faham mereka, kenal mereka dan tahu bahasa mereka... (can speak their language)

Buat pertama kalinyer soal perkauman tidak akan menjadi isu besar dalam pilihanraya, seperti yang selalu dibangkitkan oleh pihak pembangkang (BN). maner nak ader... yang selalu dibaur-baurkan oleh BN tentang isu perkauman adalah DAP. mereka sering berkata DAP suka bermain dengan isu perkauman. DAP sebenar-benarnya adalah parti sosial demokratik.mereka lebih mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan bangsa. sebab itu mereka tidak pernah menghalang orang islam menjadi wakil mereka. DAP sudah boleh menerima pimpinan PAS, pimpinan Islam, pimpinan ummah berlandaskan Islam kerana Islam memperjuangkan nasib rakyat dan sesaudara berbanding dengan nasib bangsanya semata-mata. dengan ini disimpulkan bahawa bahawa perjuangan DAP adalah juga selanjar dengan perjuangan Islam.

Namun hanya sehingga baru-baru ini, kepentingan perjuangan mereka difahami dan berjaya diintegrasikan bersama-sama parti PAS, PKR dan DAP... integrasi yang bernama PAKATAN RAKYAT... atas sandaran itu, teman bersetuju benar dengan pandangan Dato Seri yang menyuarakan "ISLAM UNTUK SEMUA" - "Islam for All" kerana integrasi ini dapat dipupuk atas lunas Islam dan perjuangan Islam.

Pengasingan antara agama yang dianuti, samada Islam ataupun agama lain tidak menjadi masalah kerana intipati perjuangan adalah sama... semua agama tidak mahu penganutnyer rasuah, pecah amanah ataupun menganiaya semasa sendiri mahupun berlainan anutan agama. menghormati bangsa lain dan mengormati fahaman yang lain. Atas sebab kenegaraan, Islam didominankan sebagai tunjak utama negara. Sebuah negara Islam yang mempunyai rakyat berbilang bangsa dan agama bersatu dibawah pemimpin yang mampu menyatukan mereka. Pimpinan kerakyatan. Pimpinan Malaysia. Pimpinan Dato Seri Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin.

Teman pinjam ayat kempen Barack Obama.....

"There is no Malay Malaysian, no Chinese Malaysian, no Indian Malaysian... There are only MALAYSIAN"

"Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat"
Blogged with the Flock Browser

PRK P059 - Bukit Gantang - Laporan Bergambor

Banner of the day


Pas Sudah Menawan Bukit

Human Speaker Stand

Ceramah Pas oleh Kelab Penyokong Pas

Blogged with the Flock Browser

PRK P059 - Bukit Gantang - Mari Kita Ke Zoo

Sambil kengkawan duk memantau kawasan penamaan calon ada la beberapa cerita menarik yang timbul...

big bro teman sambil duk kenen sorang puteri umno di kawasan A, dengor-dengor la makcik-2 umno tu marah-marah dengan penyokong PR yang buat bising-2 nih...

Biasala bising sebab deme jenuh bertakbir menyokong calon deme...

Big Bro teman baru nak try tackle sorang puteri UMNO (nak ambik no tepon ler tu) tak semene-mene si puteri nih bersuara...

"Mak lepas nih kita pergi zoo ker...???"

kaung, kuang, kuang...
Blogged with the Flock Browser

PRK P059 - Bukit Gantang

Pemecah Berita

Laporan daripada lapangan penamaan tadi...
Terjumpa lah dengan seorang makcik, dia kabo dia datang dari batu hampor...
Ate ditanyer dia datang penamaan calon ker...???
Bukan katernyer...

"Makcik datang nih jumpa anak makcik...
Dia sekang dalam PLKN Ulu Kenas...
Dia tepon semalam kater dia kene pergi ker Taiping...
Deme dapat duit RM200 sorang untuk ke mari...
Rupernyer suruh datang ke penamaan calon...
Untuk penuhkan penyokong BN"

hehehehe...
Blogged with the Flock Browser

PRK P059 Bukit Gantang - Calon telah diumumkan

Sebentar tadi telah disahkan SPR telah menerima percalonan ketiga-tiga calon...

maka dengan ini calon-calon yang akan bertanding di PRK P059 - Bukit Gantang...

1. Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin - Calon Pakatan Rakyat mewakili Parti PAS

2. Ismail Sapian - Calon BN mewakili parti Umno

3. Kamarumizu - Calon Bebas

Blogged with the Flock Browser

PRK P059 Bukit Gantang - Calon Bebas

Kamarulmizu telah mendaftar sebagai calon bebas... teman telah mendapat sumber ini sejak beberapa minggu yang lepas... namun disebabkan mencari pengesahan teman tak publish news ini...

sedikit sahaja info yang teman tahu pasai calon bebas ini... tapi menurut informer teman tu, belaiu merupakan ayahanda dalam organisasi PEKIDA... ayahanda parit...

tujuan mencalonkan diri... beliau ingin memecahkan undi bangsa melayu...

teman cuma boleh infokan sahaja...

tiada komen yang lebih-lebih...

this is a free country...
sesiapa pun boleh mencalonkan dirinye...
selamat mengundi rakyat malaysia bukit gantang
Blogged with the Flock Browser

PRK P059 Bukit Gantang - penyokong bn

teman baru bangun sebab semalam sibuk edit video... ciberboron tengah mandi tepon dia bunyi tak berhenti... teman tolong angkat tepon, topeng perak yang cuba hubungi... rupernyer cerita panas... penyokong bn bercakar semasa-sendiri. aper sudah jadi nih... pelik sungguh rasa dihati... sampai FRU tolong lerai mereka tadi... hik hik hik...
Blogged with the Flock Browser

PRK P059 Bukit Gantang - penyokong pr dan penyokong bn

Penyokong pr makin ramai. Dengan kelebihan mendapat kawasan yang redup, ianya amat menguntungkan.

Yang jadi tanda tanya mana penyokong bn? Mungkin wanita dan puteri umno tak boleh kena panas. Nampak gayanya pilihan kawasan padang tidak memihak kepada penyokong bn.

Senang untuk datang tapi panas manakala penyokong pr kena tawaf dataran tapi kawasannya redup dan nyaman...

wa chow sin

-HTC S620-
-mobile blogging rulez-

PRK059 Bukit Gantang - tiba tiba...

Menderu deru penyokong pakatan rakyat tiba ke kawasan dataran perbandaran. Dengan bendera, sepanduk dan poster memenuhi kawasan padang yang dikhaskan untuk pakatan rakyat. Manakala kawasan bn lengang lagi. Mungkin penyokong bn tengah breakfast kot. Hehehe.

Laungan takbir bergema. Burung riang berkicau terkejut. Semangat rakyat membara. Takbir!!!

wa chow sin

-HTC S620-
-mobile blogging rulez-

PRK059 Bukit Gantang - di Dataran Perbandaran

0630hrs teman dan kuda laut dah keluar dari base. Dengan cilok sana sini dapat le park kete dekat dengan wisma perbandaran taiping.

Teman kemudian bergabung dengan team blogger network. Otw ke dataran, ada pusat bn yang dok offer breakfast kat ahli deme.

Kat dataran, keadaan yang tenang dan damai dicemari dengan trak fru yng mengambil tempat. Itu belum lagi kuda putih yang dok ulang alik. Bukan senang weh nak habihkan budget rm15juta.

Kuantiti penyokong masih belum mencapai piawaian standard pilihanraya kecil. Sekali imbas lebih macam pencalonan untuk pemilihan ketua polis taiping. Lebih polis dari penyokong. Yang untung nasi kandar a.rahman. Penuh hingga ke jalanraya.

wa chow sin

-HTC S620-
-mobile blogging rulez-

PRK059 Bukit Gantang - Beberapa jam sebelum penamaan calon

Kami semua pi makan KE Corner. Sementara tunggu pesanan sampai ke meja, cerita 'bunuh syaitan' menjadi topik sembang. Ketawa memang bagus untuk release tension.

Dah selesai makan time nak bayar tuan punya kedai bagitau makan minum kami sudah dibayar. Kepada hamba Allah yang belanj tu teman ucapkan jutaan terima kasih. Semoga panjang umur dan murah rejeki.

Balik ke base semua sibuk ngadap laptop dan pc. Ada yang update blog, sorting gambo dan edit video. Teman? Terperuk kat bucu dining hall sambil update blog teman. Oh ya antara lain agenda bila sampai rumah ialah charge bateri kamera, handphone dan laptop.

Kereta kuda laut kong. Clutch plate out terus. Call member untuk pertolongan. Pagi nanti dia akan cari pomen katanya.

Sementara menunggu time nak ke tempat penamaan calon nanti, teman nak mandi dan cari ruang untuk rendahkan diri.

wa chow sin

-HTC S620-
-mobile blogging rulez-

28 March 2009

prk059 - bukit gantang sebelum hari penamaan

Teman ada kat taiping. Melawat kawasan. Hehehe teman sampai disambut oleh trak fru yang beratur tepi jalan. Jalanraya yang berlopak dan rosak dah eluk. Smooth je perjalanan kereta kuda laut walaupun clutch plate makin nipis.

Sampai je terus jumpa dugong darat. Pekena air dulu. Hujan turun renyai... Makin lama makin lebat. Dari bertiga datang seorang rakan dari AMK. Macam macam yang kami sembangkan...

Dalam hujan lebat teman, kuda laut dan dugong darat balik ke base. Di base jumpa lagi blogger yang lain. Kami semua kemudian pergi ke markas PAS Air Kuning. Ada perjumpaan antara blogger dengan calon pakatan rakyat; DS Ir Nizar.

Gambar kemudian teman upload.

wa chow sin

-HTC S620-
-mobile blogging rulez-

senyum kambing versi anje online

kepada yang marah

lama jugak teman tak post hal hal politik di sini. hal hal politik yang sejuk menyebabkan teman turut sejuk. hehehehe....

ada beberapa email sampai yang bising sebab blog ni senyap walhal blog ni dikhabarkan antara blog yang akan memaparkan info terawal prk bukit gantang.

buat pembaca budiman,
blog ni ada beberapa orang penulis. dugong_darat memang ajk rasmi blogger network yang sekarang ni sedang bertugas di bukit gantang. dengan sambungan internet yang terhad dugong darat reserve kegunaan internet tu untuk blog blog lain seperti alBanjari, Perisik Rakyat, Perak Express dan beberapa rakan blogger lain lagi. Lagi pun dugong darat bertugas bahagian suntingan video bukan seperti rakan lain yang menjadi wartawan di lapangan.

Insya allah petang ni teman dan kuda laut akan turun untuk tengok keadaan prk bukit gantang. Info terawal? bergantung kepada capaian internet disana. teman juga akan cuba updated menggunakan handphone untuk hal yang berlaku masa penamaan calon.

so harap para pembaca jangan marah marah nanti lekas tua atau nanti kena jual...

wa chow sin

Jangan lupa tutup lampu malam ni

Bukannya lama pun nak tutup lampu.
Sejam je.
Jadi jom kita bergelap dari 2030hrs (8:30pm) - 2130hrs (9:30pm) hari ni...

27 March 2009

cubaan

mari mencuba flock
Blogged with the Flock Browser

26 March 2009

manyak pusing pusing ooo

25 March 2009

Bravo NST

Tabik buat NST yang buat live coverage Perhimpunan Agung UMNO di website NST. Salutes. First time teman jumpa widget Cover It Live dalam website anilnetto.

24 March 2009

Ada sesiapa nak test Helang ke?

Ironinya teman tak nampak kenapa perlu guna kerete power? kejar penjenayah? dalam highway maaaa mana mau lari? belum masuk kira perjuangkan patriotik dengan mitsubishi evo 10? tak sampai pemikiran teman untuk fikir weh. hahahaha

Yang paling teman risokan bila highway perlumbaan. ye la gerenti satu hari nanti akan ada mekanik nak test power kereta yang deme dah modified. maklum le dah ada yang nak sambut cabaran. Teman ingat la kan PDRM kena hire pelumba kereta haram kot untuk drive kereta ni. kalo bagi driver yang dah nak pencen. usah kata kete power; kapcai pun boleh potong.

wa chow sin

23 March 2009

Calon Pakatan Rakyat PRK P059

YAB Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
(Sworn in as Menteri Besar of Perak on 17 March 2008)

Biodata :
- Date of Birth : 17 March 1957
- Place of Birth : Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.
- Father’s Name : Jamaluddin bin Ngah Ismail
- Mother’s Name : Hamidah binti Haji Zainal Abidin

Education :
- Anglo-Chinese School (Primary), Kampar, Perak.
- Anglo-Chinese School (Secondary), Kampar, Perak.
- Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh Perak.

University :
- Advance A-Level, Norwich City College Of Arts & Technology, Norwich, Norkfolk, England.
- BSc. Mechanical Engineering, University of Aston, Birmingham, England.

Professional Career :
- Senior Manager, Daya Urus Sdn Bhd
- Managing Director, Pen Urus Harta Sdn Bhd (Subsidiary of Penang Development Corporation)
- Managing Director, Bakat Gemilang Sdn Bhd
- Partner, MEC’s Engineer - Engineering Consultant

Politics :
- Committee Member of PAS Kampar Division (1991 - 2001)
- Head of PAS Kampar Division (2001 - present)
- Treasurer of Perak PAS (2001 - 2006)
- Secretary of Perak PAS ( 2006- 2008)
- Deputy State Commissioner of Perak PAS (2008)

Community Activity :
- Chairman of GPAP (Gabungan Pengguna Air Perak) - NGO
- Coordinator of BERSIH Perak
- Chairman of GASRA (Gabungan Solidariti Rakyat Perak) - NGO

Language Proficiency :
- Malay
- English
- Chinese (speaks Mandarin, Cantonese & Hokkien)
- Arabic

State Assembly :
- State Assemblyman for Pasir Panjang Constituency 2008

Award :
- Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) 2008 which carries the title of “DATO’ SERI”

LAWAN TETAP LAWAN... TAKBIR!!!

21 March 2009

Ikut hati,ikut nafsu,ikut aku....Part2

Hehehe...Laptop sya nih,aku kategorikan.........Dah kong...Ikut status
ade sejam lg...Tp tak sampai 30minit dah auk..Hehehehe....

Ok sambung balik...Lepas ummi ng sya ngantor balik rakan2 pas negeri
balik,deme nampak la ade kete duk taburkn risalah hina sultan... Deme
ambik dan bawak balik,cari reinforment n trus ke balai untuk polis
report... Hati terdetik...Nih kira kes berat nih...Klu aku tau saper
yg sebarkn tu, mau kne backhand aku...

Selesai polis report,petang tu sya ajak aku gi date....Hehehe jgn mara
ye gomo...Bukan date....Dia minta aku bwk dia gi cari kipas...Umah tu
panas sei...Takde aircord...

Hati berkater...Eh...Bukan hati,perut... Lapo nih...Kne pow gak cik
siti ni, kengkurang double chess burger...Hehehe..

Masa balik mlm tu,sya di tepon oleh abg polisi untuk ambik statement
pasai report dia ptg tu...

Aku laju kn kete untuk sampai umah cepat untuk bg cik siti nih mkn sbb
satu hari dia tak mkn...Detik hati aku,mcm teruk jer...

Ruper detik hati aku betui,tgh sedap si poji melantak kfc ng sate
(helemek, burger aku pow sya nnt laa)...Msk tepon aku kabo ade 1 kete
duk peratikan umah kami, aku ajak poji gi sergah....Tapi kete tu
takde....Aku pelik...Hati aku cakap,semcm ni...

Lepas balik ke umah,sambung blik belasah kfc...(Bapak sya belanje
ye)....Sambil deme syok layan blog ng broadband...Tetiba,celcom
broadband jd beruk band...Hampeh...

Ummi pun layan video gi grik smlm,tup tup hati dia rasa berdebor
teruk...Sampai nk teroyak...Aku cakap...Jom ikut aku, cari tmpt
slamat... Haaa sekang deme(ummi ng sya n member sya zura) tgh tiduq
dlm kete,sambil aku update blog kt pelita....

Aku rasa esok kene pindah jugak walau camne pun, sbb lokasi tu mcm dah
tak selamat...

So pengajarannyer...Kekadang tu kne percaya aper yg hati tu
berkata...Kne ikut gak nafsu sesekali,sbb nnt tak puas, tp kome ikut
aku....Selamat.....

--
Sent from my mobile device

Ikut hati, ikut nafsu, ikut aku....

aku pernah dengar member aku kabo satu ayat... sinomin dengan perumpaan moden...

ikut hati, mati. ikut nafsu, lesu. ikut AKU SELAMAT....

kisah hidup aku hari nih banyak berkisar dengan menalah nih...

oh yer....
untuk pengetahuan reader di anje-online, aku dah ader di bukit gantang... membuat liputan untuk BloggersNetwork@Perak... so sampai abis pilihanraya di bukit gantang nih kome mungkin tak jumpa atau kurang jumpa post aku mahupun jumpa aku kat anje....

PERJUANGAN BELUM SELESAI...............


ok berbalik kepada citer aku arinih... aku bangkit kui 10pg (consider awai sebab standard kui 12 keatas) dengan hati penuh waja menunggu ketibaan orang telekom untuk tarik satu line tepon... supaya aku bleh update ke youtube video yang aku edit... (kome bleh cari kat sini nnt)...

tapi lelama aku tunggu, ruper nyer indah khabar dari ruper... kene register jugak line sebab deme tak boleh nak tarik secara mahruh(ikut kater ciberboron)... hehehe... aku gelakkan jer... rupernyer perjuangan itu bukan mudah... so hati aku terdetik masa deme datang lagi mula tu... deme nih bukan betui nak tolon, sebab banyak benor bunyinyer... at last, sebelum ciberboron pulang ker kg halaman tgk anak bini, (jumpa ya umairahnyer, renew perasaan kasih dan sayang nyer terhadap keluarga), dia kabo kat teman... orang telekom kater deme nak check dulu kt area tu, sebab qouta untuk bukak line kt tempat tu dah penuh... PENUH??? pelik pun ader tapi aku tak mau nak cakap banyak.... dalam hati aku cakap... KENE PINDAH...

so tak lama tu ummi sampai bersama-sama rakan-2 dari Pas negeri perak untuk kunjungan hormat mereka ke rumah tumpangan bloggers... perambat aku ng MSK kemas umah sebab nak bagi semiak sikit orang datang... hehehehehehe... deme tiba, sambil MSK entertain deme, ader la sorang dua lagi tanyer aku pasai computer nak edit pc, camne nak edit, aku dengan bernafsunyer gebang maner yang patut.... 102% truth another 0.03 lies... sebab aku bukan kaki kencing macam poji... (kencing confident)....hehehehehe...last last aku yang penah nak explain...

deme pun pulang, ciberboron balik n aku, msk dan ciberboron bincang pasai what to do next... tetiba ummi ng sya balik ng beberapa risalah yang aku naik darah tgk... provokasi dari satu pihak yang ingin memburukkan PAKATAN RAKYAT... takat malam tadi, aku rasa dah 11 laporan polis telah dibuat tentang risalah tersebut... TINDAKAN...??? aku tak tau.... luar bidang kuasa aku... tu keje POLIS.... hampeh... bateri laptop sya abis...

nnt aku sambung lagi...

20 March 2009

sunyi...

sunyi nyer blog nie..
naper?
ke memasing bz..
kembang mmg dah bz ngan asmt..
next week nk kna anta 3 asmt berterusan..

18 March 2009

banyak la...!!!

banyak dah posting

banyak dah komentar

banyak dah cerita

makin banyak lak ragam

bila ada yang kene tindakan

banyak pulak berbunyinyer

tapi sedar atau tidak

orang yang pangkat nyer tinggi

hukuman sekadar tidak dibenarkan bertanding

kene amaran

yang pangkat rendah-2 dalam parti

kene gantung

KENAPE YER...???

Fakta










Apa yg anda tahu?

Kisah Dan Tauladan

Title: Tukang Kapak Dan Mungkar Nangkir

al kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat barang siapa yg mendapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan di warisi separuh dari harta peninggalanya itu. lalu di tanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti. lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjaga mu wahai ayah.kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

selang keesokan di panggil semua adik beradiknya.dan beliau berkata. wahai adik-adik ku sekelian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti.bersama selama 40 hari di dalam kubur yg ku hias indah seperti banglo mewah ini.dan aku juga akan memberi setengah dari harta ku kepada di antara kamu yg sanggup bersama ku. adik-adiknya pun menjawab.wahai abang ku adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah. lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya.beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin di teman di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti.di panggil setiausahanya supaya di war war di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu. dan akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali kerahmatullah.kuburnya di hias indah dan di gali seperti sebuah banglo di dalam tanah yg mempunyai kemudahan harian selama 40 hari. dan pada waktu yg sama seorang tukang kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu di beritahu kepada isterinya apakah aku perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya. isterinya berkata,wahai suami ku apa la sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari di bandingkan kerja-kerja mu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu.lagi pun makanan di sediakan.

tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya. keesokan harinya di kebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. si tukang kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah mungkar dan nangkir ke dalam kubur tersebut. si tukang kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut.terfikir di fikiranya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan di soal oleh mungkar dan nangkir.

tetapi sebaliknya yang berlaku.mungkar dan nangkir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata. apa yang kau buat di sini? aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya. apa harta yang kau ada sekarang? aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki. dari mana kau dapat kapak ni? aku membelinya lalu hilanglah mungkar dan nangkir di hari pertama di dalam kubur tersebut.

hari kedua di tanya pula,apa yang kau buat dengan kapak ni? aku menebang pokok untuk di jadikan kayu api untuk di jual

hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni? kat hutan mana ada orang punya pokok adakah kau pasti? lalu hilang lagi mungkar dan nangkir

hari ke empat adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukuranya dan beratnya sama untuk di jual? aku potong cincai-cincai je,mana boleh ukur sama rata

lalu hilang dan muncul mungkar dan nankir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.

dan di hari terakhir ke 40 datanglah mungkar dan nangkir sekali lg bertemu dengan tukang kapak tersebut. berkata mungkar dan nangkir hari ini hari terakhir aku bersama mu buat seketika tp aku akan bertanya pasal kapak ini.belum sempat mungkar dan nangkir menyoal beliau ,si tukang kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadiranya untuk keluar dari kubur tersebut. si tukang kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi.

sampai di rumah lalu si isteri berkata wahai suami ku di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut. maka jawab si tukang kapak.aku tidak mahukannya lagi..sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. tapi apa yang di soal mungkar dan nangkir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini.apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak.bagaimana dapat aku menjawabnya.

16 March 2009

siapa yang betui


1000th post

ini merupakan post yang ke 1000 anje-online.

dah 3 bulan setengah kami berblogging disini.

by the people, of the people, for the people.

selamat membuang...





undi....

hehehehehehe

aku graduan pertanian

hari ini aku nak kabo kat semua pembaca dan juga semua rakyat malaysia.

aku adalah graduan daripada bidang pertanian. hari ini aku masih lagi blogging. hari ini aku masih lagi kurang sumber kewangan. aku tak kaya macam petani di obersea tu. masih tak mampu nak tampung hidup aku sendiri. TAPI aku tahu sebab aper.

kepada yang masih menyokong seekor katak yang bernama Jamal ni, dengorla aper yang aku nak cerita. Jamal adalah seekor katak yang tak sedor diri. dia tidak dilantik oleh sultan jadi menteri sebab BANGANG.

aku boleh buktikan ke'BANGANG'an nyer. kalau kome nak tahu sampai ke saat dia transform dari manusia yang normal kepada seekor katak, dia masih belum membuat perancangan untuk pertanian negeri perak. masih belum melantik jawatankuasa kerja untuk portfolio exco pertanian negeri perak. masih sekadar berjawatan exco dan dapat kereta camry tanpa ader sekelumit sumbangan kepada rakyat negeri perak. aku sendiri pernah pergi ker SADC untuk cari tanah nak sewa untuk projek pertanian. aku nak sewa satu ekar jer. deme boleh kabo kalau nak cepat dapat jumpa jamal. kejadahnyer. kome tak boleh buat kerja ker. mekanisma pun berkecelaru. camne si jamal nih manage.

aku dengar dari sumber parti, deme nih punya la bertungkus-lumus nak membantu katak jamal ni. pi la kumpui pemikior pertanian untuk lengkapkan plan pertanian negeri perak nih khas untuk katak jamal. dengor kater, (yang betui atau tidak) meeting pun katak jamal tak mai. kalau ikut sumber exco lain, aku tau pasai aper. sebab sibuk berkeping ng betina cina... puuuih. lagi satu sumber yang aku tak berapa nak percaya, tapi aku tulih jugak, sibuk tambah bini. (masa dalam krisis aritu sempat lagi kawin lagi satu) ajenyang handei. yang tu sapa nak menuntut pi la. aku tak mau campur.ORANG MACAM INI KER NAK MEMBELA NASIB PETANI DI PERAK.

BOLEH BLAH........!!!!

setakat ini si katak jamal adalah bekas posman yang kedua aku meluat. sebelum ini ader la sorang (mujur kategori orang lagi) kencing aku. awai tahun 2007 kater nak ganti semua perabot yang di ambik kat umah sewa aku dengan perabot yang baru. sebab dia gagal cari orang untuk sewa umah aku tu tapi barang aku dia ambik. lepas enam bulan masa aku tanyer dia balik, camne ng barang tu... siap tepuk meja kater 'maner boleh ganti dengan barang baru'. lahanat nyer melayu. kang aku ko cakap macam keling marah. tapi ko lagi keling dari keling. sekurangnyer keling sekarang tau hormat ISLAM. (my full respect to kelab penyokong pas yang tolon setup pelancaran gerakkerja pilihan raya bukit gantang-terpegun tengok orang india pakai pakai baju pas).

so kome boleh agak kenapa aku bengang dengan katak jamal nih. dah la tak buat keje, yang dia tahu sejak jadi exco, nak kejar konsesi balak. awainyer kabo kat Nizar untuk parti. rupernyer di sailangkan kepada orang lain untuk kembungkan poket sendiri. bila minta kali kedua, (sbb dah kantoi) nizar tak bagi. mengamuk sakan pastu transform jadi katak.

oleh sebab tak der siapa yang nak cakap. nih aku nak cakap. Haji Osman patut letak jawatan. sebab dia dipanggei balik untuk handle dua ekor katak yang tak reti duk diam nih. alih-2 deme jadi katak. pada kaca mata teman, Haji Osman gagal buat kerja. ini telah memalukan parti PKR sendiri. kalau kat jepun dah patut kene hukum bunuh diri. (jangan buat, sebab teman taknak tanggung dosa mike lak, letak je jawatan) jalan yang terbaik untuk cover malu beso mike tu haji wahai haji osman.

wahai jamal yang katak. aku cukup bengang dengan ko nih. aku sebagai warga malaysia yang kuat berteraskan pertanian, ko sebetuinyer tak layak jadi exco pertanian. demi untuk memajukan sektor pertanian, elok juga portfolio tu bagi kat cina. sekurang-2nyer deme buat kerja. bukan macam ko. phuit...

jangan la kome percaya kata katak 2 ekor nih tentang Dato Seri Nizar diperkudakan oleh DAP. sebab hakikat sebenarnyer deme yang nak cuba perkudakan nizar tapi tak berjaya. semua ahli memang sepakat buat keputusan tapi deme sibuk nak mancing lampan kat lombong.

sampai ke hari ini aku tak pernah nampak sikit pun keputusan sidang atau mesyuarat dewan yang pure untuk rakyat cina sahaja. tang maner yang nizar diperkudakan pun aku tak tau. pasai hak milik kekal, tu manifesto barisan altenatif dulu. DAP perak punyer manifesto pun ikut manifesto DAP pusat. so tang maner yang ko kater diperkudakan tu. TOLONG EXPLAIN SIKIT....???

akhir kata, selamat mengundi rakyat bukit gantang. undi la demi rakyat. bukan demi wang.

p/s majulah sukan untuk negara.

Tabung Ayam Kami

Ada yang tahu kut.Bulan nih bulan kedua aku bersama bloggersnetwork@perak. 'Bergulin perén la' kami dari umah MB ke lokasi rahsia kami. Mungkin esok atau lusa aku ng deme nih akan ke bukit gantang. Perjuangan yang sama walaupun motif nyer berbeza. Di Ipoh kami mahu sampaikan apa yang betui dan aper yang tak betui tentang berita negeri perak tapi di bukit gantang kami nak kabo kat orang kampung mende yang deme tak dapat dengor kat berita telebisen.

insyallah kalau takder aral yang melintang, kami akan buat newscast untuk kome. Biasa la budget ciput. Aper yang ader jer la kami guna dulu.

Dah dekat dua bulan aku buat kerja yang aku suka buat. Selama hari nih aku kerja dan dikerjakan untuk mende yang aku tak beraper gemor. Jadi orang yang bukan aku suka. Aku jadi orang lain. Susah nak faham betuinya hati seorang dugong nih. Hehehehe

Ade la sorang dua yang faham. Dia la yang banyak bagi dorongan kat aku untuk teruskan kerja perjuangan kami kat sini. Thanks to my big bro.......

Dalam dua bulan aku duk ng depa nih, memula tu makan mewah la sikit. Ada jer yang sponsor makan minum tapi bila dah lelama sponsor akan jadi supporter suara jer. Aku tak kisah sebab aku suka camtu. Kurang-2nye aku tau maner satu yang betui-2 nak tolon dan yang maner satu yang nak kami tolon dia. Hehehehehehe

Tapi aper pun segala sumbangan kome, aku ucapkan TERIMA KASIH BEEEEEBANYAK. Jasa kome takkan kami luperkan.

Kami awalnyer bergerak dengan dana yang MSK kumpul melalui sumbangan rakan-2 bloggers lain yang dermawan, para komenter yang prihatin, para reader yang baik hati melalui account dia terus ke kami yang buat krojer nih. Untuk orang terkenal macam MSK, mendedahkan no account sebetuinyer mengudang bahaya sebab orang boleh check dia nyer current status account dan orang akan tau financial background dia sikit-2. Tapi dia buat camtu sebab ader lagi INSAN di luar sana mahu kami teruskan perjuangan, nampak apa yang kami perlukan, nampak apa yang kami kurang.

TAPI

Ada pulak MANGKUK HAYUN maner pegi post kat dlm blog dia suh sumbangkan ke account AMK. Atas alasan.... Aperhal bagi kat account personal nih...???

So terpaksa MSK tutup no account tu untuk elak orang salah faham.

Kalau ader yang mengira, dah berapa lama tabung tu tutup...??? selepas tu kami gerak camner...???

JANGAN TANYER

Sebab kenangan yang lepas, kami decide untuk guna account yang AKAN dibuat untuk kami nanti tapi dah dekat 3 minggu nunggu. Lambat benor nak approve. Rupernyer ng BANK-BANK pun takut nak approve sebab dah dipengaruhi untuk menidakkan pembukaan account berunsurkan pakatan rakyat,pas,keadilan mahupun DAP. hehehehehe

Dah macam America buat sekatan ekonomi pada Iran pulak.


Atas ehsan dan keprihatinan oleh albanjari di albanjari-online, 'wak banjar' best pren aku nih
dia setupkan satu account. Walaupun ia account personal tapi dah lamer dorman. Baru saje dihidupkan kembali untuk beri peluang kome menyumbang kome boleh baca kat [sini...]

Aku betuinyer bukan jenih meminta tapi memikiorkan betapa tersiksa nyer rakyat Perak ng Malaysia nih yang dah makin kurus sebab muntah baca berita harian, utusan melayu dan tengok berita TV3, kami perlukan jugak dana nak bergerak, dana untuk menampung kerojer-kerojer kami, kerojer untuk kome.

Kalau tak sikit banyak pun kami tak kisah...hehehehehe

Bukan merayu tapi AKU NAK POW...

boleh tak?

hik hik hik....

p/s jangan mara yer... gurauan kaso....

Hadiah Untuk Bakal PM ...'ehem ehem'

hehehehehehehe....

cilok dari http://sjsandteam.wordpress.com/

Nasib Baik

peh...

nasib tu memang la baik...

mujur la mende nih yang dijumpa...

kalau rangka lain yang jumpa...

sebutan kes lain la jawabnyer...

opppsss dah takder.... sebab kene BOM.....

Apahat???

wa bukan mau tiru itu blader leman

wa suka itu blader leman punya writing

tapi blader leman sulah jadi owang bizi

so si si kale wa guna dia punyer chaler

...

wa manyak heilan

sikalang rakyat manyak susah

wang tala, bisnes kulang, hidup kulang ong

tapi ini goverment punyer orang

patut mau kasi tolon itu walga negara

bikin bisnes, bikin wang, kasi rakyat happy

tapi dia bili itu baju

baju sulah banyak busuk punya lagi mau beli ka???

APAHAT???

lulu mau tolong melayu sikalang mau bikin muzium

itu muzium tala wang mau beli ka???

itu goverment tala luit mau beli kasi muzium ka???

atau lu mau belangan jadi maskot tayar micilin

HAIYA.................

'lit' here

15 March 2009

nak tugu peringatan yang baru

kawan teman call teman, katanya senang je kalo PR nak balik tugu peringatan pokok demokrasi yang kena roboh tu. Siap boleh dapat yang lagi beso dan grand punya, katanya lagi.

apa caranya? tanya teman.

suruh Nizar jemput Queen Elizabeth II mai melawat Perak. Confirm Queen nak tengok tugu tu sebab perlembagaan Malaysia ni pun lebih kurang sama je ngan British punya. maklumle komanwel (untuk bacaan teman taip komanwel pada hal kawan teman tu sebut "koman wei"). gerenti yang roboh kan tugu tu terhegeh terhegeh buat tugu tu balik... maklum le dah jadi bahan sejarah. Silap silap siap buat yang beso punya. Siap panggil Queen rasmikan tugu tu. "amacam idea aku boleh pakai tak?", sambung kawan teman tu lagi.

Sebenonya kalo pasai merepek memang teman ada ramai kekawan yang kuat merepek meraban. mungkin cara masing masing nak release tension. disebabkan perangai kuat merepek meraban tu yang buatkan teman clique ngan deme.

wa chow sin

Earth Hour

Event yang dimulakan oleh Australia pada tahun 2007 akhirnya berkembang keseluruh dunia. Untuk tahun ni Earth Hour ialah pada Sabtu 28 Mac 2009 830 malam (waktu tempatan) atau 2030hrs.

Apa itu Earth Hour?
Dalam masa sejam ni seluruh dunia akan berhenti atau meminimakan penggunaan elektrik. Sambutan di negara luar sampai tahap city akan bergelap selama sejam.





untuk keterangan lanjut lusuri laman web rasmi Earth Hour

perbezaan

apa perbezaan antara politikus dengan oppotunis :

politikus : akan merobohkan tugu peringatan pokok demokrasi.

oppotunis : kita bangunkan kawasan tugu peringatan pokok demokrasi. sapa nak nak tengok kita charge rege tiket

apa perbezaan saya yang menurut perintah dengan saya yang tidak menurut perintah :

saya yang menurut perintah : baik dato', saya akan hantar orang pi roboh

saya yang tidak menurut perintah : maaf dato', saya tak boleh robohkan sebab dah ada perancangan untuk jadikan tugu peringatan pokok demokrasi tu sebagai salah satu bahan sejarah serta perlancongan.

apa perbezaan penasihat politik pandai dengan penasihat politik genius :

penasihat politik pandai : kita hantar orang rosakkan tugu tu untuk bagitahu pembangkang buat kerja bodoh

penasihat politik genius : buat tak tahu je dengan tugu tu. lagi kita usik atau rosakkan lagi nampak kita ni bodoh.

wa chow sin

14 March 2009

Vice Versa

Teman ader beberapa rumus yang kome kene cuba try test tengok dan selesaikan...

Faktor pembolehubah dalam rumus ini adalah masa, tempat dan tiga titik...
*rumus ini adalah gabungan matapelajaran dlm PPSMI...tapi sebab lahir sebelum kene penangan PPSMI teman oleh terangkan dalam BAHASA MALAYSIA SAHAJA



[-(jr+O)] -31d = -bd

dimana 1nP + 1St = -bd

oleh yang demikian;

[-(jr+O)] - 31d = 1nP + 1St



maka kedua-dua rumus ini akan menyebabkan =
-bd

dan apabila -bd reaction berlaku,

sebatian rN bertukar menjadi merah ke'pink'ngan...

setelah dibiarkan dalam pendedahan proses fotokenesis,
tetiba berlaku reaksi,
dimana sebatian bertukar kaler menjadi hijau kepucatan...

semasa proses fotokenesis berlaku lagi satu reaksi iaitu;


(5rW + 1aL + 1IM) + UL = (-rN)


setelah menjalani ujian saringan...

didapati bahawa berlaku tindakbalas reaktif...
dimana unsur aL menjadi hypersensitif...

pengkaji mendakwa...

unsur aL telah bertindakbalas dengan sebatian rN. hasil daripada tindakbalas ini,banyak menyebabkan keladak hitam terbentuk...

perkara ini akan berterusan selama mungkin...

2 3 4 5 6 7 hari lagi
atau 1 2 3 4 5 6 minggu lagi
atau 1 2 tahun lagi

pengkaji telah menyimpulkan bahawa


aL apabila digammakan bersama rN menyebabkan rW atau nP menjadi sebatian unggul bernama MPM


tetapi mengikut firasat teman...

apa yang boleh dipastikan dalam rumus ini...


rW atau nP hampir pasti menjadi sebatian unggul MPM...


p/s siapa yang tak faham, jangan tanyer kat teman...
siapa yang faham... simpan dalam hati...
nanti kome yang akan happy....

sms seorang rakan

13 March 2009

Dua

hehehehehe...

dua peluru, dua celebriti, dua cerita, tapi.........

lain-lain sebab...

baca disini... dan disini...

12 March 2009

ada apa hal ni - Nizar, Zambry dan Sultan Azlan

Tadi teman lalu depan Istana Kinta... Aikssss selalunya satu je kereta polis. Itu pun park kat tepi jalan je. Hari ni dah bertambah satu lagi. Parking pulak kat jalan masuk Istana Kinta.


Lepas je Istana Kinta menghala ke pekan tetiba teman nampak jalan sesak. Ingatkan ada accident rupa rupanya...

Jalan ditutup. Bahagian Jalan Raja Dr Nazrin Shah yang ditutup adalah bahagian berhadapan dengan Hotel Casuarina dan Bangunan UMNO. Semua kenderaan dilencungkan ikut jalan dalam.

Hmmm.... apa hal yek? jeng jeng jeng... dup dap dup dap dup dap dup dap...