dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

04 March 2009

03032009 dalam kenangan

Petikan comment dari blog yang teman lusuri.

  1. Dalam chinese 3 - 3 - 09 adalah Sang Sang Weng Kau yang bermaksud alive forever more
  2. Demokrasi bawah pokok , dari rakyat , untuk rakyat , demi rakyat
  3. MIT and Harvard have commencement in open space. Front of the dome (MIT). Under trees (Harvard)
  4. The birth of democracy from The Tree Of Democracy. Let it plant the seeds of wisdom and justice in all of us and let it grow in all of us and prosper for a better and brighter Malaysia

لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحاً قَرِيباً


Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya;

surah Fath : 18

Lu orang apa hal pulak?
Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini melarang Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar daripada mengadakan sebarang sidang DUN yang tidak sah.
Atas akta apa? seksyen berapa? cer bagi detail sikit. At least rakyat akan faham. Setakat cakap melarang itu melarang ini sesiapa pun boleh. Kalau dah kata tak sah tak pa la. Kami terima tapi sampai bila Speaker tak boleh panggil dewan bersidang? Ingat lebih 6 bulan dewan bubar secara automatik. Lagi satu Sidang Tergempar DUN Perak habis pukul 1033 pagi. Keputusan tak sah pukul 1045 pagi. Apa cite pulak tu?

Teman confuse la pulak
Majlis Peguam Malaysia mempertikaikan keputusan melarang peguam persendirian mewakili Speaker DUN Perak V Sivakumar seperti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.
Nak kena pakai Penasihat Undang Undang Negeri ye. Masalahnya Penasihat Undang Undang Negeri dah mewakili Zambry; jadi boleh ke dia wakil kedua dua nya bila deme berlawan antara satu sama lain? Kalau boleh macam mana ek?


Kenangan menyaksikan sidang dewan bawah pokok juga akan menjadi bahan untuk teman ceritakan kepada anak cucu teman nanti. Dengan berpayung kan pokok dari terik matahari. Rakyat yang berbilang bangsa berpegang tangan membentuk benteng sebagai dewan. Ianya satu nostalgia. Ianya satu kenangan buat teman.

peihong

Whatever pun sidang tergempar tu dah dijalankan, sah atau tidak dari segi perundangan atau pun tempat bersidang; apa teman pedulik bagi teman yang kurang cerodik ni teman nampak usaha Nizar dan ADUN Pakatan Rakyat yang juangkan nasib rakyat negeri Perak. Bagi teman itu dah memadai untuk teman tido lena malam ni. Sama ada Sultan Azlan Shah perkenan atau tidak DUN Perak bubar, itu teman tak boleh nak ulas. Kalo diperkenan alhamdulillah. Pilihanraya satu negeri. BN menang teman terima PR menang teman terima. Bukannya tak biasa hidup bawah pemerintahan kerajaan BN pun. Sepanjang hidup baru 11 bulan je merasa pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau tak diperkenankan life goes on.

Cuma mintak mintak teman kalau diperkenankan jangan memberontak pulak puak UMNO. Ingat UMNO tak pernah derhaka pada Sultan...

wa chow sin

No comments:

Post a Comment