dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

24 March 2009

Ada sesiapa nak test Helang ke?

Ironinya teman tak nampak kenapa perlu guna kerete power? kejar penjenayah? dalam highway maaaa mana mau lari? belum masuk kira perjuangkan patriotik dengan mitsubishi evo 10? tak sampai pemikiran teman untuk fikir weh. hahahaha

Yang paling teman risokan bila highway perlumbaan. ye la gerenti satu hari nanti akan ada mekanik nak test power kereta yang deme dah modified. maklum le dah ada yang nak sambut cabaran. Teman ingat la kan PDRM kena hire pelumba kereta haram kot untuk drive kereta ni. kalo bagi driver yang dah nak pencen. usah kata kete power; kapcai pun boleh potong.

wa chow sin

3 comments:

Anonymous said...

Tak perlu dirisaukan hal itu. Kita tenguk je pihak Kastam dan pihak polis merin. Beli kapal peronda & bot laju bernilai juta-juta RM. Tetapi bila kejar penyeludup PATI atau kretek tak pernah dapat tangkap tekong-tekong bot seledup tu.

Bila bot-bot laju kastam dan polis merin tiba, tekong terjun laut dan berenang. Tak dapat tangkap sebab tekong berenang lebih laju lagi dari bot kastam dan polis merin itu.

Kereta itu pun macam itu juga nanti tu!!!

Eksyen je lebih!!!

Anonymous said...

lepas ni PDRM kena antar anggota gi Jepun belajar DRIFT ... Keke .. ke

peihong said...

heheheh bile lagi nak habiskan budget kursus... driver pi kursus drift, mekanik pi kurus repair, top gun pi kursus untuk shopping... hahahahahaha

Post a Comment