dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

01 March 2009

bahasa undi itu mudah

bila A. Samad Said bersuara
demi bahasa Melayu
suaranya tidak mengira pentas
berikan sahaja pentas apa pun
lenggok bahasanya tetap sama

HAPUSKAN PPSMI!!!

pentas demi pentas
usul berganti usul
memorandum bertukar tangan
penerangan merata tempat

kerajaan masih buta
kerajaan masih tuli

Gunalah bahasa undi untuk kerajaan yang buta dan tuli; akhirnya Pak Samad berkata
Inilah bahasa yang layak untuk mereka.

Teman menyokong kata kata Pak Samad tu
bahasa undi ini mudah sahaja
tiada bunyi dari perkataan kerana
hurupnya hanya satu
gambar larangan hanya satu
semuanya serba satu

perkataannya ialah X dari satu huruf X
gambar larangan adalah gambar dacing

nak ajo pun senang

wa chow sin

No comments:

Post a Comment