dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

15 March 2009

nak tugu peringatan yang baru

kawan teman call teman, katanya senang je kalo PR nak balik tugu peringatan pokok demokrasi yang kena roboh tu. Siap boleh dapat yang lagi beso dan grand punya, katanya lagi.

apa caranya? tanya teman.

suruh Nizar jemput Queen Elizabeth II mai melawat Perak. Confirm Queen nak tengok tugu tu sebab perlembagaan Malaysia ni pun lebih kurang sama je ngan British punya. maklumle komanwel (untuk bacaan teman taip komanwel pada hal kawan teman tu sebut "koman wei"). gerenti yang roboh kan tugu tu terhegeh terhegeh buat tugu tu balik... maklum le dah jadi bahan sejarah. Silap silap siap buat yang beso punya. Siap panggil Queen rasmikan tugu tu. "amacam idea aku boleh pakai tak?", sambung kawan teman tu lagi.

Sebenonya kalo pasai merepek memang teman ada ramai kekawan yang kuat merepek meraban. mungkin cara masing masing nak release tension. disebabkan perangai kuat merepek meraban tu yang buatkan teman clique ngan deme.

wa chow sin

No comments:

Post a Comment