dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

02 March 2009

payah sangat jangan sidang langsung

Dah macam filem

nenguk kan ragam politik Perak ni rasa macam nengok citer perang pulak. Bukan cerita perang yang ada tembak tembak atau letup letup tapi cerita perang yang guna psychology atau cerita spy. Sesekali ada jugak rasa macam cerita hackers. lu hack gua gua hack lu. lu attack gua defend. lu lupa gua attack balik. Kirenya kalo difilemkan cerita politik perak ni gerenti box office, pecah panggung dan mengondol semua oscar yang ada di mukabumi.

Masuk guinness world record atau Malaysia book of record

Petang tadi deme keluarkan notis. Esuk SUK tutup untuk orang ramai. Aisehman kena buat appointment lain la pulak pasai nak mintak tanah balak. Bila dah tutup maka macam mana nak masuk dewan. Kiranya V. Sivakumar akan masuk guinness world record sebagai speaker pertama tak boleh masuk ke dalam dewan undangan sendiri. Perghhh bertambah lagi senarai resume V. Sivakumar.

Dengan notis tutup tu Speaker tetap nak bersidang. Biarlah kat kedai kopi sekali pun sidang dun tergempar akan tetap diadakan. Ini satu lagi rekod dunia. Dewan bersidang di kedai kopi atau kedai mamak. Sibuk le hakim guinness world record dan malaysia book of record esuk untuk pastikan hal ini.

Perlembagaan telah dihina

Sesungguhnya dalam keriuhan penonton filem itu bersorak atau rakyat malaysia meraikan kejayaan mencatat nama dalam guinness world record dan malaysia book of record sebenarnya teman melihat perlembagaan itu sendiri telah dihina. Dihina sekeji kejinya.

Soalan teman

Rendah sangat ke taraf V.Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak hingga dia sendiri terkunci di luar dewannya sendiri?

Keji sangat ke kami sebagai rakyat perak hingga hak kami dirampas?

Laknat sangat ke pakatan rakyat sehingga kerajaan perak dirampas tak ikut undang undang?

Jika YA jawapannya teman cadangkan agar V. Sivakumar tidak memanggil apa apa sidang pun. Cadangan yang sama juga teman tujukan kepada Sultan Azlan Shah. Biar ianya melebihi tempoh 6 bulan. Biarkan masa yang membubarkan DUN Perak dengan sendirinya.

6 bulan dari 10-14 november 2008 bukannya lama sangat. 15 May 2009 sudah 6 bulan 1 hari. Maka DUN Perak terbubar secara automatik seperti yang tercatat dalam Undang Undang Tubuh Negeri Perak. 15 May 2009 dari sekarang hanya 2 bulan setengah sahaja.

Bak ayat yang dikatakan oleh Sultan Azlan Shah kepada MB Nizar "Innallaha ma'as sobirin" yang bermaksud "Sesungguhnya Allah bersama-sama org-org yg bersabar". Maka teman nak tambah sikit kat depan ayat itu 'la taqhof wa la tahzan innallaha ma'as sobirin'.

No comments:

Post a Comment