dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

02 March 2009

point of view

point of view atau POV...

bak bait lirik 'Tanya Sama Itu Hud Hud' oleh M.Nasir

"Lihat dunia dari mata burung
atau lihat dari dalam tempurung
yang mana satu engkau pilih..."

Kenapa dengan bait lirik ni?

hahahaha masalah speaker DUN Perak adalah masalah POV
kita lihat dari mata mana?
mata burung atau mata katak?

kita lihat V. Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak atau adun DAP?

kalo sebagai calon DAP sampai ke sudah apa yang dia buat tu salah
kalo sebagai Speaker DUN sila lah hormati dia sebagai seorang Yang DiPertua Dewan.

Selama mana pun BN Perak cuba mengelak untuk bertemu muka dengan Speaker DUN Perak? Satu hari akan berjumpa juga. Kalo masih tak nak jumpa ADUN semua kena ingat dewan yang tidak bersidang melebihi 6 bulan akan terbubar secara automatik. Jadi apa salahnya berjumpa pada 3 mac ni? Teman tak mau predict apa yang akan jadi bila kome jumpa 3 mac ni tapi bersidang la kome semua atas nama rakyat negeri Perak. Leraikan kekusutan yang ada atas nama rakyat negeri Perak.

keputusan sidang dun tergempar itu akan menguntungkan rakyat negeri Perak.
Keputusan itu akan memberikan keamanan dan kententeraman kepada rakyat negeri Perak. Keputusan itu akan kembali meletakkan Perak sebagai destinasi perlaburan negara luar. Keputusan itu akan menjana kembali ekonomi negeri Perak.

Bukankah itu yang kome semua YB YB ADUN kempenkan semasa PRU12 dulu.... Memperjuangkan nasib rakyat...

wa chow sin

3 comments:

KuliGomen said...

Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri selaku seorang Penjawat Awam jelas telah melanggar peraturan Perintah-Perintah Am (General Order), apabila beliau telah membuat kenyataan rasmi dan kenyataan tersebut juga telah dikeluarkan melalui media.


Menurut Perintah2 Am (General Order)
BAB D - Peraturan2 Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993

Peraturan 19 (Membuat Pernyataan Awam)

(1) Seseorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain—

(a) membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memudaratkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan tentang apa-apa isu;

(b) membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama Kerajaan ;

(c) membuat apa-apa ulasan tentang kelemahan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan ;

(d) mengedarkan apa-apa pernyataan atau ulasan, sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain.

(2) Seseorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain—

(a) membuat apa-apa ulasan tentang kelebihan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan ;

(b) memberikan apa-apa maklumat berdasarkan fakta berhubung dengan perjalanan fungsi Kerajaan;

(c) memberikan apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa peristiwa atau laporan yang melibatkan Kerajaan ; atau

(d) menyebarkan apa-apa ulasan, maklumat atau penjelasan sedemikian sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain,

melainkan jika kebenaran bertulis, sama ada secara am atau khusus, telah diperoleh terlebih dahulu daripada Menteri.

(3) Subperaturan (2) tidaklah terpakai bagi apa-apa ulasan, maklumat atau penjelasan yang dibuat, diberikan atau disebarkan jika kandungan ulasan, maklumat atau penjelasan itu telah diluluskan oleh Menteri.

(4) Bagi maksud peraturan ini, “pernyataan awam” termasuklah apa-apa pernyataan atau ulasan yang dibuat kepada pihak akhbar atau orang ramai atau semasa memberikan apa-apa syarahan atau ucapan awam atau dalam apa-apa penyiaran atau penerbitan, tanpa mengambil kira caranya.

paloi bin mulau said...

agak2 su dun perak tu ada buat salah bawah akta osa ke hehehehe kena mabik tindakan ni

kasi gabra sikit sama dia muahahahaha

peihong said...

itu yang aku cakap mata man yang deme pakai....

tentang SU DUN tu kalo ikut kan status macam pening. SUN DUN yang speakernya V Sivakumar tapi dalam masa yang sama SU mesyuarat exco Zambri..

mata mana gamaknya SU ni pakai....

Buat Kuli Gomen,
selamat datang ke de' anje online
tentang perintah am tu memang betoi tapi si antong ni mana tau undang undang...

tapi gerenti bos si antong tu tutup mata je. maklumle orang deme la katekan....

Post a Comment