dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

29 March 2009

PRK P059 - Bukit Gantang - Sorotan pandangan bloggers yang duduk depan pc

Seperti yang diberitahu oleh peihong dalam post yang ini...Teman pun mohon berjuta kemaafan andai teman dan kawan-2 kurang mengupdate blog...Laluan yang teman berikan kepada rakan BloggersNetwork@Perak yang lain...Ikhlas teman hulurkan agar mereka dapat menyampaikan tepat dan cepat pada pembaca...Teman dan Peihong biasa menulis analisa situasi dan ader masanyer news up to date...(itupun kalau ader lokasi kejadian)

Laporan lengkap Peihong mengenai sesi penamaan calon pagi tadi akan diupdate kemudian...Untuk pengetahuan pembaca yang teman kasihi...Peihong dan Kuda_Laut serta rakan bloggers yang lain...sudah tertumpu di lokasi sejak jam 6.30 pg...waktu tu teman tengah sedap mengoloh...bukan teman tak mau pegi tapi teman ng ciberboron bertugas lewat pagi update artikel, bahan-bahan kempen untuk pengundi di bukit gantang dan juga tatapan pembaca sekalian...

pada saat teman update post ini hampir semua bloggers tengah tukor shift untuk mengoloh...
sian deme teman ngengok...

sebagai blogger yang hari-hari mendengar, menatap dan mengedit video ceramah yang disampaikan oleh Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin nih, teman amat teruja dengan beliau. Gaya beliau mengendalikan tentangan, cubaan untuk mengaibkan beliau, halangan dari FRU dan polis dan macam-macam lagi sepanjang krisis pelembangaan perak. Keterujaan teman makin menebal bila beliau dinobatkan sebagai calon PRK P059 Parlimen Bukit Gantang.

Memang ramai gerombolan penyokong pihak pembangkang (dalam konteks perak, pembangkang adalah BN) mengandaikan bahawa Dato Seri Nizar dipilih sebab 'popular vote'. Ya memang tak dinafikan. tetapi bagi teman, untuk seorang yang berpesonaliti seperti Dato Seri... sebenornyer..... RUGI MAMPUS JADI MB PERAK... sebab Dato Seri adalah terlalu bagus untuk Jawatan itu... beliau sepatutnyer sudah lama diangkat untuk bersama-sama dengan ahli parlimen pakatan rakyat untuk berdebat di parlimen. Berbincang bagaimana kita hendak meninggikan mutu kerakyatan yang makin dicengkam kemiskinan. Bagaimana memertabatkan Malaysia dimata dunia....(Mungkin sebagai Perdana Menteri)

Kenapa teman mengangkat Dato Seri setinggi ini. Sepanjang perjalanan teman dalam bahagian hidup yang ini, teman lihat dengan kepala mata teman sendiri betapa 'humble'nyer seorang pemimpin. menjadi imam kepada makmun ketika solat berjemaah, menjadi imam solat jenazah ibu mertuanyer sendiri, kalau ader kesempatan, membaca khutbah ketika solat jumaat pun beliau mampu... teman pernah melalui kawasan kediaman beliau yang baru dekat sungai rokam, ketika itu dikhabarkan beliau mohon berehat sehari dua kerana letih mengikuti siri jelajah perak, teman tinjau, beliau sedang mencakar daun kering dirumahnye yang seluas 1 ekar tu...peh.....teman pernah dengar sendiri ucapan pembukaan beliau semasa kursus haji yang baru ini... betapa profesionalnyer beliau berucap tanpa menyentuh walaupun sekelumit bait-bait kata tentang politik. Mampukah pemimpin lain dinihari ini melakukannyer...???

Teman tak rasa mereka yang lain mampu....

kenapa Dato Seri Nizar patut menang kerusi parlimen Bukit Gantang ini... kalau orang disini berkata beliau tidak layak kerana beliau bukan anak tempatan, bagi teman silap... orang disini patut rasa berbangga mendapat calon yang pemimpin PERAK yang sejati. Pemimpin rakyat yang tulin. Pemimpin Malaysia.

Kalau mendoakan orang supaya mati itu ok... teman nak jer doakan wakil parlimen tempat teman meninggal dunia... supaya Dato Seri boleh menjadi calon di tempat teman....
Itu cuma kalau je... teman tak doakan orang supaya mati cepat... berdosakan rasanyer...

Dato Seri Nizar telah membawa penyatupaduan kaum yang belum pernah dicapai oleh mana-mana pemimpin lagi... teman dapat lihat sendiri kesepaduan kaum baik melayu,cina,india,singh mahupun orang asli duduk dibawah satu bumbung menyokong seorang pemimpin yang faham mereka, kenal mereka dan tahu bahasa mereka... (can speak their language)

Buat pertama kalinyer soal perkauman tidak akan menjadi isu besar dalam pilihanraya, seperti yang selalu dibangkitkan oleh pihak pembangkang (BN). maner nak ader... yang selalu dibaur-baurkan oleh BN tentang isu perkauman adalah DAP. mereka sering berkata DAP suka bermain dengan isu perkauman. DAP sebenar-benarnya adalah parti sosial demokratik.mereka lebih mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan bangsa. sebab itu mereka tidak pernah menghalang orang islam menjadi wakil mereka. DAP sudah boleh menerima pimpinan PAS, pimpinan Islam, pimpinan ummah berlandaskan Islam kerana Islam memperjuangkan nasib rakyat dan sesaudara berbanding dengan nasib bangsanya semata-mata. dengan ini disimpulkan bahawa bahawa perjuangan DAP adalah juga selanjar dengan perjuangan Islam.

Namun hanya sehingga baru-baru ini, kepentingan perjuangan mereka difahami dan berjaya diintegrasikan bersama-sama parti PAS, PKR dan DAP... integrasi yang bernama PAKATAN RAKYAT... atas sandaran itu, teman bersetuju benar dengan pandangan Dato Seri yang menyuarakan "ISLAM UNTUK SEMUA" - "Islam for All" kerana integrasi ini dapat dipupuk atas lunas Islam dan perjuangan Islam.

Pengasingan antara agama yang dianuti, samada Islam ataupun agama lain tidak menjadi masalah kerana intipati perjuangan adalah sama... semua agama tidak mahu penganutnyer rasuah, pecah amanah ataupun menganiaya semasa sendiri mahupun berlainan anutan agama. menghormati bangsa lain dan mengormati fahaman yang lain. Atas sebab kenegaraan, Islam didominankan sebagai tunjak utama negara. Sebuah negara Islam yang mempunyai rakyat berbilang bangsa dan agama bersatu dibawah pemimpin yang mampu menyatukan mereka. Pimpinan kerakyatan. Pimpinan Malaysia. Pimpinan Dato Seri Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin.

Teman pinjam ayat kempen Barack Obama.....

"There is no Malay Malaysian, no Chinese Malaysian, no Indian Malaysian... There are only MALAYSIAN"

"Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat"
Blogged with the Flock Browser

1 comment:

bijan said...

wow....piece yang menarik ni....

Post a Comment