dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

16 March 2009

Tabung Ayam Kami

Ada yang tahu kut.Bulan nih bulan kedua aku bersama bloggersnetwork@perak. 'Bergulin perén la' kami dari umah MB ke lokasi rahsia kami. Mungkin esok atau lusa aku ng deme nih akan ke bukit gantang. Perjuangan yang sama walaupun motif nyer berbeza. Di Ipoh kami mahu sampaikan apa yang betui dan aper yang tak betui tentang berita negeri perak tapi di bukit gantang kami nak kabo kat orang kampung mende yang deme tak dapat dengor kat berita telebisen.

insyallah kalau takder aral yang melintang, kami akan buat newscast untuk kome. Biasa la budget ciput. Aper yang ader jer la kami guna dulu.

Dah dekat dua bulan aku buat kerja yang aku suka buat. Selama hari nih aku kerja dan dikerjakan untuk mende yang aku tak beraper gemor. Jadi orang yang bukan aku suka. Aku jadi orang lain. Susah nak faham betuinya hati seorang dugong nih. Hehehehe

Ade la sorang dua yang faham. Dia la yang banyak bagi dorongan kat aku untuk teruskan kerja perjuangan kami kat sini. Thanks to my big bro.......

Dalam dua bulan aku duk ng depa nih, memula tu makan mewah la sikit. Ada jer yang sponsor makan minum tapi bila dah lelama sponsor akan jadi supporter suara jer. Aku tak kisah sebab aku suka camtu. Kurang-2nye aku tau maner satu yang betui-2 nak tolon dan yang maner satu yang nak kami tolon dia. Hehehehehehe

Tapi aper pun segala sumbangan kome, aku ucapkan TERIMA KASIH BEEEEEBANYAK. Jasa kome takkan kami luperkan.

Kami awalnyer bergerak dengan dana yang MSK kumpul melalui sumbangan rakan-2 bloggers lain yang dermawan, para komenter yang prihatin, para reader yang baik hati melalui account dia terus ke kami yang buat krojer nih. Untuk orang terkenal macam MSK, mendedahkan no account sebetuinyer mengudang bahaya sebab orang boleh check dia nyer current status account dan orang akan tau financial background dia sikit-2. Tapi dia buat camtu sebab ader lagi INSAN di luar sana mahu kami teruskan perjuangan, nampak apa yang kami perlukan, nampak apa yang kami kurang.

TAPI

Ada pulak MANGKUK HAYUN maner pegi post kat dlm blog dia suh sumbangkan ke account AMK. Atas alasan.... Aperhal bagi kat account personal nih...???

So terpaksa MSK tutup no account tu untuk elak orang salah faham.

Kalau ader yang mengira, dah berapa lama tabung tu tutup...??? selepas tu kami gerak camner...???

JANGAN TANYER

Sebab kenangan yang lepas, kami decide untuk guna account yang AKAN dibuat untuk kami nanti tapi dah dekat 3 minggu nunggu. Lambat benor nak approve. Rupernyer ng BANK-BANK pun takut nak approve sebab dah dipengaruhi untuk menidakkan pembukaan account berunsurkan pakatan rakyat,pas,keadilan mahupun DAP. hehehehehe

Dah macam America buat sekatan ekonomi pada Iran pulak.


Atas ehsan dan keprihatinan oleh albanjari di albanjari-online, 'wak banjar' best pren aku nih
dia setupkan satu account. Walaupun ia account personal tapi dah lamer dorman. Baru saje dihidupkan kembali untuk beri peluang kome menyumbang kome boleh baca kat [sini...]

Aku betuinyer bukan jenih meminta tapi memikiorkan betapa tersiksa nyer rakyat Perak ng Malaysia nih yang dah makin kurus sebab muntah baca berita harian, utusan melayu dan tengok berita TV3, kami perlukan jugak dana nak bergerak, dana untuk menampung kerojer-kerojer kami, kerojer untuk kome.

Kalau tak sikit banyak pun kami tak kisah...hehehehehe

Bukan merayu tapi AKU NAK POW...

boleh tak?

hik hik hik....

p/s jangan mara yer... gurauan kaso....

No comments:

Post a Comment