dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

30 April 2009

alasan

qouted from here...

Kedudukannya sebagai Wakil Rakyat yang tidak menjadi Ketua UMNO Bahagian di Padang terap juga dilihat sebagai faktor yang menghalangnya untuk memperolehi peruntukan (grant) yang setimpal untuk membolehkan beliau menumpukan khidmat sebagai ADUN di Kuala Nerang.

Kekurangan 'political fund' juga dinyatakan sebagai alasan kecewanya yang mendorong untuk beliau meletakkan jawatan. Difahamkan tindakan Syed Sobri ini tidak disenangi oleh pucuk pimpinan parti dan usaha memujuknya supaya dapat menarik balik hasrat perletakan tersebut sedang dilakukan bagi mengelakkan pilihan raya kecil diadakan.

fuhhhh

what a loser.....

29 April 2009

wings?


deme nih jenih yang maner yer???

ini yang BN nak kot

Selsema Babi

Dulu masa kerajaan selangor nak buat pusat penternak babi moden semua bising bising. teman pun prnah diattack pasai teman bersetuju dengan pusat babi moden ni.

Kenapa teman sokong? Sebab teman merasakan kawalan ke atas ternakan ini perlu diadakan. Satu sistem (kebetulan teman dah tengok blueprint pusat babi moden ni) yang menitikberatkan kawalan alam sekitar yang meyeluruh disamping penempatan satu kawasan penternakan berbanding sekarang yang ada di merata rata tempat tanpa kawalan.

Maka berbagai bunyi didengari. Yang menentang pusat babi moden. Dibicarakan di kedai mamak malahan di dewan rakyat. Hingga semuanya menjadi senyap...

DUM!!! Here come selsema babi aka swine flu... semua dah start susah hati. Malahan ada pula suara menyatakan supaya pusat babi moden perlu dipercepatkan pembinaannya.

so what do you say people?

wa chow sin

p/s : bila sebut swine flu teringat satu game yang guna nama s.w.i.n.e.

bila orang lain lebih mengerti

teman sebetuinye nak menunduk muka, merendahkan diri kepada sahabat teman nih... dah la beliau nih bukan sesama bangsa dengan teman, berlainan agama lak tu, dan dah tentu beliau bukan ahli PAS sebab beliau bukan muslim, tetapi pada kaca mata beliau, kita patut menghargai satu badan yang dah tak berapa dilihat kerojer deme nih oleh sahabat lain...

harap-harap boleh mengambil iktibar...

p/s maafkan teman kalau post nih bakal tak senangi oleh rakan-rakan teman nanti. teman cuma nak peringatkan jer... tak senyum takper dan tak kisah, tapi kalau sakit boleh dijadikan alasan untuk "cakap" dengan orang sesuka hati, mungkin siapa pun akan rasa tak puas hati... dan kene juga terima pendapat orang lain... this court is not your own courtyard... it's the real people court... it's MALAYSIAN COURT.

sudah tahu satu penjuru

PKR menamakan Mansor bin Othman yang merupakan Ketua Bahagian KEADILAN Balik Pulau dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri KEADILAN Pulau Pinang. Beliau juga telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat KEADILAN.

well satu penjuru sudah diketahui. penjuru yang lain bagaimana pulak? berapa penjuru le pulak kali ni? Agak agak pecah rekod bukit selambau kot?

wa chow sin

28 April 2009

Debat ISA : Haram atau Halal???

Teman dapat satu email jemputan...

kawan-2 tu minta teman postkan ke blog...

so baca la....

Dear Bloggers,

Please be informed that Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) will be organizing “Debat ISA : Haram atau Halal?” in the light of the recent claims made by a group called PEWARIS chanting that ISA is in line with Islam and it is needed in order to protect the religion of Islam.

Please be informed that GMI has sent an invitation to PEWARIS to send their representative to refute the anti ISA stand taken by GMI.

To date, we have not received any reply from PEWARIS whether they will be coming to the event in order to present their views which are in support of the ISA. In the spirit of freedom of speech and expression, the positive reply from PEWARIS to debate on the above mentioned issue is very much anticipated.

We hope that this information can be published on your respective blogs in order to inform the public on the event. Your commitment and support in the ongoing campaign to abolish ISA are highly appreciated. Please forward this information to your blogger friends. The details of the event are as follows:-

Event : “Debat ISA : Haram atau Halal?”

Spekers : YB Saari Sungib (GMI) V Representative from PEWARIS

Venue : Auditorium, Dewan Sivik MPPJ.

Date : 9 May 2009 (Saturday)

Time : 3.00pm-5.00pm

Please be informed that a press conference on the event will be held on 4 May 2009 (Monday) at Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall at 11.00am. do come and show your support.

Thank you.

Regards,

Fadiah Nadwa Fikri

On behalf of GMI

mee segera datang lagi

MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI Kenyataan Tawaran (Tender & Quotation)

No. Tawaran:S0409030

Harga Dokumen:RM30

Tarikh Tutup:04/05/2009

Butir Tawaran :CADANGAN MENAIKTARAF JALAN DAN KERJA-KERJA BERKAIT AN DENGANYA DI JALAN JANGGUS, TAMAN MAKOK, BM, SPT .

Keterangan :KONTRAKTOR YANG BERDAFTAR DENGAN LEMBAGA PEMBANGUN AN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (LPIPM/CIDB) DAN PU SAT KHIDMAT KONTRAKTOR DALAM KELAS F DIBAWAH KEPAL A IV SUB-KEPALA 3B. SEBUTHARGA HANYA DIBUKA KEPADA KONTRAKTOR YANG BERDAFTAR ALAMAT DI SEBERANG PERA I TENGAH. TAKLIMAT PADA 28/04/2009 JAM 10.00 PAGI DAN TEMPAT BERKUMPUL DIHADAPAN KAUNTER BERPUSAT, M PSP BANDAR BARU PERDA.

:::::::::::::::::::::

No. Tawaran:S0409036

Harga Dokumen:RM30

Tarikh Tutup:05/05/2009

Butir Tawaran :MENAIKTARAF 3 BUAH PONDOK BAS DI KG.SITU,KG.BARU J AWI DAN KG.LADANG JAWI,SPS

Keterangan :SEBUTHARGA DARIPADA KONTRAKTOR-KONTRAKTOR BERTARAF BUMIPUTRA YANG BERDAFTAR DENGAN PUSAT KHIDMAT KON TRAKTOR (PKK) DALAM KELAS F DI BAWAH KEPALA L (SUB -KEPALA 1) DAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBIN AAN MALAYSIA(CIDB). SEBUTHARGA HANYA DIBUKA KEPADA KONTRAKTOR KELAS F YANG BERDAFTAR ALAMAT DI SEBER ANG PERAI SELATAN (SPS) SAHAJA. PROJEK INI ADALAH DIBAWAH PERUNTUKAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJ AAN TEMPATAN (KPKT)

::::::::::::::::::

No. Tawaran:S0409037

Harga Dokumen:RM30

Tarikh Tutup:05/05/2009

Butir Tawaran :MENAIKTARAF 2 BUAH PONDOK BAS DI KG.AIR LINTAS,SUN GAI BAKAP DAN KG.BARU,VALDOR,SPS

Keterangan :SEBUTHARGA DARIPADA KONTRAKTOR-KONTRAKTOR BERTARAF BUMIPUTRA YANG BERDAFTAR DENGAN PUSAT KHIDMAT KON TRAKTOR (PKK) DALAM KELAS F DI BAWAH KEPALA L (SUB -KEPALA 1) DAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBIN AAN MALAYSIA(CIDB). SEBUTHARGA HANYA DIBUKA KEPADA KONTRAKTOR KELAS F YANG BERDAFTAR ALAMAT DI SEBER ANG PERAI SELATAN (SPS) SAHAJA. PROJEK INI ADALAH DIBAWAH PERUNTUKAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJ AAN TEMPATAN (KPKT)

::::::::::::::::::::::::::

No. Tawaran:S0409035

Harga Dokumen:RM30

Tarikh Tutup:05/05/2009

Butir Tawaran :MENAIKTARAF 2 BUAH PONDOK BAS DI KG.GURUN, SG.BAKA P,SPS

Keterangan :SEBUTHARGA DARIPADA KONTRAKTOR-KONTRAKTOR BERTARAF BUMIPUTRA YANG BERDAFTAR DENGAN PUSAT KHIDMAT KON TRAKTOR (PKK) DALAM KELAS F DI BAWAH KEPALA L (SUB -KEPALA 1) DAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBIN AAN MALAYSIA(CIDB). SEBUTHARGA HANYA DIBUKA KEPADA KONTRAKTOR KELAS F YANG BERDAFTAR ALAMAT DI SEBER ANG PERAI SELATAN (SPS) SAHAJA. PROJEK INI ADALAH DIBAWAH PERUNTUKAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJ AAN TEMPATAN (KPKT)

::::::::::::::::::::

No. Tawaran:S0409039

Harga Dokumen:RM30

Tarikh Tutup:05/05/2009

Butir Tawaran :MENAIKTARAF 3 BUAH PONDOK BAS DI KG. PERMATANG KEL ING, KG. BATU 2 JALAN SEMPADAN, NIBONG TEBAL DAN D I HADAPAN SEK. KEB. PERMATANG TOK MAHAT, SPS.

Keterangan :SEBUTHARGA DARIPADA KONTRAKTOR-KONTRAKTOR BERTARAF BUMIPUTRA YANG BERDAFTAR DENGAN PUSAT KHIDMAT KON TRAKTOR (PKK) DALAM KELAS F DI BAWAH KEPALA L (SUB -KEPALA 1) DAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBIN AAN MALAYSIA(CIDB). SEBUTHARGA HANYA DIBUKA KEPADA KONTRAKTOR KELAS F YANG BERDAFTAR ALAMAT DI SEBER ANG PERAI SELATAN (SPS) SAHAJA. PROJEK INI ADALAH DIBAWAH PERUNTUKAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJ AAN TEMPATAN (KPKT)

:::::::::::::

No. Tawaran:S0409032

Harga Dokumen:RM30

Tarikh Tutup:05/05/2009

Butir Tawaran :MENAIKTARAF 2 BUAH PONDOK BAS DI HADAPAN SEK. MEN. KG. SUNGAI ACHEH DAN HADAPAN KLINIK KESIHATAN KG. SUNGAI ACHEH , NIBONG TEBAL, SPS

Keterangan :SEBUTHARGA DARIPADA KONTRAKTOR-KONTRAKTOR BERTARAF BUMIPUTRA YANG BERDAFTAR DENGAN PUSAT KHIDMAT KON TRAKTOR (PKK) DALAM KELAS F DI BAWAH KEPALA L (SUB -KEPALA 1) DAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBIN AAN MALAYSIA(CIDB). SEBUTHARGA HANYA DIBUKA KEPADA KONTRAKTOR KELAS F YANG BERDAFTAR ALAMAT DI SEBER ANG PERAI SELATAN (SPS) SAHAJA. PROJEK INI ADALAH DIBAWAH PERUNTUKAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJ AAN TEMPATAN (KPKT)

::::::::::::

No. Tawaran:S0409033

Harga Dokumen:RM30

Tarikh Tutup:05/05/2009

Butir Tawaran :MENAIKTARAF 2 BUAH PODOK BAS DI HADAPAN SRJK(T) KG .LADANG VALDOR,SPS

Keterangan :SEBUTHARGA DARIPADA KONTRAKTOR-KONTRAKTOR BERTARAF BUMIPUTRA YANG BERDAFTAR DENGAN PUSAT KHIDMAT KON TRAKTOR (PKK) DALAM KELAS F DI BAWAH KEPALA L (SUB -KEPALA 1) DAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBIN AAN MALAYSIA(CIDB). SEBUTHARGA HANYA DIBUKA KEPADA KONTRAKTOR KELAS F YANG BERDAFTAR ALAMAT DI SEBER ANG PERAI SELATAN (SPS) SAHAJA. PROJEK INI ADALAH DIBAWAH PERUNTUKAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJ AAN TEMPATAN (KPKT)

:::::::::::::

No. Tawaran:S0409038

Harga Dokumen:RM30

Tarikh Tutup:05/05/2009

Butir Tawaran :MENAIKTARAF 2 BUAH PONDOK BAS DI HADAPAN SURAU DAT O KERAMAT NIBONG TEBAL DAN KG.TITI TIMBUL NIBONG T EBAL SPS

Keterangan :SEBUTHARGA DARIPADA KONTRAKTOR-KONTRAKTOR BERTARAF BUMIPUTRA YANG BERDAFTAR DENGAN PUSAT KHIDMAT KON TRAKTOR (PKK) DALAM KELAS F DI BAWAH KEPALA L (SUB -KEPALA 1) DAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBIN AAN MALAYSIA(CIDB). SEBUTHARGA HANYA DIBUKA KEPADA KONTRAKTOR KELAS F YANG BERDAFTAR ALAMAT DI SEBER ANG PERAI SELATAN (SPS) SAHAJA. PROJEK INI ADALAH DIBAWAH PERUNTUKAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJ AAN TEMPATAN (KPKT)

:::::::::::::::

No. Tawaran:S0409034

Harga Dokumen:RM30

Tarikh Tutup:05/05/2009

Butir Tawaran :MENAIKTARAF 3 BUAH PONDOK BAS DI KG.MASJID BARU,SU NGAI BAKAP,SPS

Keterangan :SEBUTHARGA DARIPADA KONTRAKTOR-KONTRAKTOR BERTARAF BUMIPUTRA YANG BERDAFTAR DENGAN PUSAT KHIDMAT KON TRAKTOR (PKK) DALAM KELAS F DI BAWAH KEPALA L (SUB -KEPALA 1) DAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBIN AAN MALAYSIA(CIDB). SEBUTHARGA HANYA DIBUKA KEPADA KONTRAKTOR KELAS F YANG BERDAFTAR ALAMAT DI SEBER ANG PERAI SELATAN (SPS) SAHAJA. PROJEK INI ADALAH DIBAWAH PERUNTUKAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJ AAN TEMPATAN (KPKT)

::::::::::::::

No. Tawaran:T0309001

Harga Dokumen:RM50

Tarikh Tutup:27/04/2009

Butir Tawaran :MEMBEKAL DAN MENYERAH 300 UNIT TONG SAMPAH KOMPAK (CU) JENIS B DAN 30 UNIT TONG SAMPAH ROLL ON-ROLL OFF (RO-RO) JENIS TERBUKA

Keterangan :TAWARAN TENDER INI ADALAH DIPELAWA DARIPADA KONTRA KTOR-KONTRAKTOR YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN DI BAWAH KOD BIDANG 020500 (PERALATAN PEN CUCIAN DAN PEMBERSIHAN) YANG BERKAITAN SAHAJA DAN MASIH DIBENARKAN MENYERTAI TAWARAN INI.

:::::::::::::::::

No. Tawaran:T0609001

Harga Dokumen:RM50

Tarikh Tutup:27/04/2009

Butir Tawaran :MENYELENGGARA POKOK-POKOK HIASAN MAJLIS SERTA KERJ A-KERJA BERKAITANNYA DI SEPANJANG JALAN PERSEKUTUA N DARI SUNGAI JUNJUNG(SIMPANG AMPAT) KE JALAN SEMP ADAN(PTMG. KELING), SPS.

Keterangan :TAWARAN DIPELAWA DARIPADA KONTRAKTOR YANG BERPENGA LAMAN DAN BERKELAYAKAN YANG BERDAFTAR DENGAN KEMEN TERIAN KEWANGAN MALAYSIA DIBAWAH BIDANG PERKHIDMAT AN 220205(LADANG DAN TAMAN)
:::::::::::::::::

No. Tawaran:T0409029

Harga Dokumen:RM50

Tarikh Tutup:27/04/2009

Butir Tawaran :MEREKABENTUK , MEMBINA DAN MEYERAHKAN SEBUAH KENDE RAAN JENIS 16 METER HYDRAULIC AERIAL PLATFORM

Keterangan :160104 ( PEMBEKAL LORI) ATAU 160200 ( JENTERA BERA T)

:::::::::::
Majlis Perbandaran Seberang Perai
Jalan Perda Utama, Bandar Perda
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tel: 04-549 7555 , Fax: 04-538 9700

27 April 2009

Pilihanraya Kecil N12 Penanti

Suara Tok Iskandar....

Sejak najib ambilalih UMNO Selangor,timbul pulak spekulasi kerajaan PR Selangor akan ditumbangkan dan dirampas secara brutal.isu umno selangor ketandusan pemimpin berbakar itu masalah depa.

Modus operandinya mudah dengan skrip ala-ala negeri Pasir Dua Butir.Tan Sri Khalid akan dihadapkan ke mahkamah oleh SPRM atas tuduhan rasuah atau salahguna kuasa.Berkemungkinan besar akan didapati bersalah dan Selangor terpaksa mencari MB baru.

Bila dah dapat calon MB,pemimpin PKR Selangor akan mengadap Sultan Selangor dan kali ini akan ditolak oleh Sultan Selangor yang mahukan calon PAS jadi MB Selangor.Dr Hassan Ali akan jadi calon PAS dan apabila PAS cadangkan beliau jadi MB Selangor yang baru,beberapa ADUN PKR akan protes kerana kerusi DUN PKR lebih daripada DUN PAS.Perbalahan akan jadi semakin hangat dan beberapa tok wakil PKR akan keluar parti dan menjadikan PR Selangor retak menanti belah.Ketika inilah akan berlaku PRK Penanti yang akan diadakan ketika Muktamar PAS berlangsung iaitu pada awal bulan Jun.Lebih memburukkan keadaan penyokong PAS akan memboikot PRK Penanti jika krisis politik di Selangor tak dapat diselesaikan dengan baik.

Baru-baru ini beberapa pemimpin HINDRAf di Selangor telah menyertai MIC dan mereka akan menjadi bom jangka kepada kerajaan PR Selangor.Ezam dan GERAK akan diberikan peranan penting untuk menarik tok wakil PKR menyertai UMNO.Jika plan di atas gagal,tak mustahil ada tok wakil PR akan dikidnap.

Tok jangkakan UMNO tak punya banyak masa kerana krisis rundingan air di Selangor telah menjejaskan imej UMNO.Ada sumber memberitahu,Mat Taib ada kepentingan dalam SYABAS dan atas faktor inilah beliau telah digugurkan sebagai Ketua Penerangan UMNO dan Ketua Perhubungan UMNO Selangor.Ada sumber yang memberitahu tok Mat Taib sengaja tidak diberikan jawatan untuk memberikan beliau peranan penting dalam usaha merampas Selangor.Sedikit sebanyak dakwaan ini ada benarnya kerana mat taib mempunyai hubungan rapat dengan Sultan Selangor yang juga merupakan bekas abang iparnya.

Najib telah memberikan peranan penting kepada bekas pengikut Anwar termasuk Zahid Hamidi,Zambri,Hamdan Taha dan Ezam.Tujuannya adalah untuk menarik penyokong Anwar menyertai UMNO.

Bahaya sedang menunggu dan PR perlu berwaspada.Kita tak mahu kehilangan negeri Pasir dua butir berulang kembali di negeri Selangor.

April 26, 2009 4:00 PM


sambung lagi

Tok cadangkan diwujudkan bloggers network di Selangor,Pahang dan Perak yang akan bekerjasama menyalurkan maklumat kepada rakyat tentang kelemahan dasar kerajaan dan korupsi dan salahgunakuasa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO.

Jika bloggers network Pahang dapat mecari kelemahan kerajaan negeri Pahang yang berembikan UMNO,najib terpaksa menjadi defensif dan tak ada masa nak menyerang dan merampas negeri PR yang lain.

Tok nampak jugak kepentingan mewujudkan bloggers network di negeri sembilan,terengganu,melaka dan perlis kerana negeri-negeri ini berpotensi untuk dirampas PR.

Kes mahkamah yang berlaku di negeri pasir dua buitr wajar diteruskan walaupun rakyat semakin meragui kredibiliti mahkamah.Di sinilah peranan kengkawan bloggers sangat penting iaitu mencari kelemahan kerajaan negeri menteri pasola dan biar imejnya menjadi buruk akibat kesilapan yang dilakukannya ketika jadi embi pasir dua butir.bila rakyat dah benci kat zambri tak susahlah PR memerintah kembali Pasir dua butir walaupun menteri pasola menjadi kesayangan raja.

tok musykil kenapa menteri pasola adakan konsert jom heboh di kem TLDM lumut dan kenapa tak diadakan di stadium.takut rakyat boikot kot.takkan tak yakin dengan keselamatan sendiri sampai terpaksa diadakan di kem tentera laut.soal perbelanjaan pulak siapa yang menanggungnya.Kalau kementerian pertahanan yang diterajui zahid yang menanggung kosnya,nyata membazirkan wang rakyat.elok MP PR tanya perkara ni dalam parlimen.nak buat PRK membazir tapi adakan hiburan guna duit rakyat tak membazir pulak.

April 26, 2009 4:26 PM

Penanti Hunt is On

hahahahahaha...

semalam teman sibuk benor...
dari pagi sampai ke nak dekat pagi baru balik ke rumah...
nak bukak pc, laptop atau phone tuk update blog pun tak nyempat lagi nih...
oleh yang demikian takder ape-aper update smlm...

haaaaaa...

penantian sudah berakhir...
hanya menanti cakon yang sesuai...

23 Mei penamaan calon...
31 Mei deme mengundi...

Teman n the geng ke sana???
ntah???
tengok fund ler jugak...
ader ramai lagi derma...
cepat kami boleh gerak ke sana...
hehehehehehe

25 April 2009

Menang lg...

Kah kah kah.

Selangor menang beb.

Tula Topeng-Perak, lebong aku lg pasai blog kne hack...

Kah kah kah... kne bg tukar colour pink la pulak lepas ni...

Ludah jilat balik...???

ini kalau kome nak tau, bukan tahap ludah jilat balik. tapi udah macam ludah ke langit lepaih tu ngange mulut terus telan... dapat bayangkan...???







dunia dunia.....


foto dari blog ini...

bila Toyota Camry dilelong

apa akan jadi bila lepas toyota camry dilelong, MB Zambry diputuskan tidak sah sebagai MB Perak oleh Mahkamah Tinggi?

24 April 2009

Malaysia oh Tanahair ku

wa caya sama lu

“Wa respek sama lu!”. Sesekali bahasa rojak dapat menggambarkan sesuatu keadaan itu lebih mencengkam berbanding dengan bahasa standard. Walaupun saya pejuang bahasa standard dan tidak suka menggunakan bahasa rojak tetapi sesekali saya berasa puas dapat ungkapkan bahasa rojak untuk saya sampaikan hasrat saya kepada orang-orang tertentu. Jangan salah faham, saya tidak maksudkan orang tertentu dengan gaya bahasa sedemikian dimaksudkan untuk geng “Mat Rempit” atau “minah-minah gedik” tapi saya tujukan ungkapan rojak ini kepada Ah Tek, Ong, Bak Chua, Ah Hin dll dari Kelab Penyokong PAS Parit Buntar.

Bukanlah saya tak pandai nak ungkapkan kata yang lebih baik, tetapi itulah bahasa yang difahami oleh “Ah Tek and the gang”, dan tulisan saya ini saya dedikasikan kepada mereka daripada aktivis Kelab Penyokong PAS Parit Buntar yang telah menunjukkan komitmen mereka memenangkan PAS di Bukit Gantang. Saya yakin ramai lagi seumpama Ah Tek dan rakan-rakannya dari merata cerok yang “pulun habih”untuk PAS antaranya Ah Beh Bagan Serai. Tidak ketinggalan Suria, Nali, Siva dll, mereka habiskan tenaga dan wang ringgit untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Kepada mereka , “wa mau kasi tau, memanglah wa respek sama lu olang”.

Pagi itu saya terima SMS daripada Abang Hamdan yang merupakan Pegawai Khas Perpaduan di Pusat Khidmat Parit Buntar. Berita pagi itu memang memeranjatkan kerana ia adalah pemberitahuan tentang pemergian sahabat baik saya Haji Roslan Shahrum, Ahli Parlimen Buki Gantang. Saya menelefon nombor YB Roslan sendiri yang hingga hari ini masih tersimpan dalam senarai nombor talipon bimbit saya, lalu dijawab oleh anak allahyarham yang dengan nada sebak mensahkan apa yang saya terima daripada SMS. Kemudian untuk maklumat selajutnya saya menghubungi Wan, Pegawai Khas YB, lalu saya diminta oleh Wan bagi memudahkan urusan post-mortem untuk membekalkan kepada pihak hospital di Batu Gajah surat pengesahan bahawa YB Bukit Gantang itu telah jatuh di Taiwan dan disahkan ada masalah jantung di hospital Taiwan. Untuk pengetahun, saya , YB Padang Terap dan YB Nibong Tebal bersama YB Roslan menghadiri Konfrensi Keamanan di Taiwan dan semasa itulah YB Roslan ketika menaiki tangga jatuh dan pengsan lalu dikejarkan ke hospital. Jadi pengesahan kami adalah penting dan alhamdilillah segala urusan post-mortem dan pengebumian berjalan dengan lancar (akan saya dedikasikan kisah YB Roslan dalam tulisan yang lain).

Berita YB Roslan disambut dengan dua perasaan, pertama sedih dengan pemergian seorang sahabat seperjuangan, kedua kagum kerana pemergiannya seolah menjadi mercu tanda keperwiraan menebus maruah negeri yang telah dirampas oleh BN secara tidak demokratik. Saya kata wira kerana keengganan SPR membubarkan tiga DUN yang belot telah digantikan dengan pembubaran wajib Bukit Gantang dengan pemergian YB Roslan yang “berkorban nyawa” demi maruah ini! Berita PRK yang akan dibuat pada 7 April dan penamaan pada 29 March sudah diketahui dan SPR mengambil had masa yang maksima iaitu 60 hari, agaknya kerana ingin memberi laluan kepada Perhimpunan Agung Umno yang berakhir pada 28 March.

Setelah “memanaskan badan” di dataran Sungai Kerian, Parit Buntar, rutin saya ialah sarapan dengan rakyat di mana-mana gerai yang saya rasa perlu. Pagi itu Abang Hamdan mengajak saya makan pagi di pekan Kuala Kurau sekaligus berjumpa dengan Ah Tek dan Ong kerana mereka ingin tahu perkembangan PRK Bukit Gantang. Selesai berjoging pagi itu saya dan Abang Hamdan bersarapan di bangunan Mara Kuala Kurau besama YB Yunus, ADUN Kuala Kurau dan pembantunya Nan. Ah Tek dan Ong turut serta,lalu sambil makan pagi, Ah Tek dengan nada semangat berkata: “Ini kali lu jangan bimbang, kita mesti menang punya, olang lamai pun cakap ini macam PAS mesti angkat punya!” Saya pun terangsang dengan kata semangat Ah Tek yang hanya beseluar pendek dan memakai T- shirt lusuh PAS yang kurang dua tiga batang gigi hadapan. Dia terus merangsang kami yang terpegun dengan kata-kata motivasinya: “Ini PAS apa jadi pun talak lari ohh, PAS punya olang banyak kuat, itu olang Cina kata aa.. bo chow ohh…. Ehh YB kita jalan-jalan nanti jumpa sama olang ahh, ini satu pekan saya kenai semua olang, dia olang banyak syiok oo kalau YB pi salam-salam sama dia olang...”

Saya dah agak dah, Ah Tek ni memanglah suka bawa saya bersalaman dengan orang ramai di kedai-kedai kopi Cina, sambil kembang hidungnya memperkenalkan YB dia kat orang ramai dan memang pun orang Cina di Kuala Kurau memberi sokongan padu kepada PAS dalam PRU baru-baru ini. Kami pun meninggalkan bangunan Mara untuk berjalan-jalan di pekan Kuala Kurau sambil salam dengan semua orang dan setiap kali bersalaman baik dengan orang Melayu ataupun Cina mereka menenangkan kami sambil berkata: “Jangan takut mesti menang punya!” Begitulah suasana sebelum PRK Bukit Gantang, belum pun loceng berbunyi sudahpun diberi sokongan moral untuk PAS. Di pintu kereta, Ah Tek ucap selamat tinggal sambil berjanji akan turun Bukit Gantang dan akan berkempen habis-habisan.

Pada hari penamaan calon ramai daripada ahli Cina Kelab Parit Buntar tidak hadir kerana ada hari keagamaan bersih kubur. Kecuali Bak Chua dari Tanjung Piandang, Ong, Ah Tek dan Ah Be Bagan Serai minta maaf kepada saya tidak dapat hadir, saya memahaminya bagi menghormati mereka. Tetapi selepas penamaan calon hampir setiap hari mereka turun untuk memastikan calon PAS menang. Mereka pusing merata ceruk yang ada pengundi-pengundi Cina untuk edar risalah dan berkempen dari rumah ke rumah. Kehadiran mereka mewarnai slogan “PAS for All”, ia bukan retorik macam “1 Malaysia” tetapi sesuatu yang real, bukan sahaja PAS menawarkan manifesto politiknya untuk semua tetapi semua kaum di negara ini bekerja untuk memenangkan PAS melalui aktiviti kempen mereka. Bagi saya inilah yang menakjubkan. Mereka juga berbangga memakai baju “PAS For All”, topi yang ada gambar Tok Guru dan badge lambang PAS. Mana-mana mereka pergi sedikitpun mereka tak berasa kekok dengan T-Shirt Kelab Penyokong PAS Perak yang tertera slogan keramat “PAS for All”. Bak Chua yang paling bersemangat, kampong Melayu pun dia mahu berkempen.

Dalam salah satu hari berkempen saya ajak mereka minum dan makan sebagai penghargaan saya kepada mereka kerana sepanjang waktu berkempen saya hanya membekalkan duit minyak sahaja kepada mereka, sudah tentulah tidak mencukupi, jadi dengan belanja mereka makan sekurang-kurangnya terubat rasa letih mereka. Sambil menikmati tom yam di bandar Taiping, Bak Chua melahirkan kebimbangannya: “Wa atak takut Cina punyi undi, dia mesti kasi sama koyok (PAS) punya, itu Melayu aa wa ada takut sikit, dia olang mau sama Umno lagi” dalam kebimbangan itu sempat dia memotivasikan saya, Abang Hamdan, Azizi, Jas, dll: “Tak pa maa... mesti mau kerja kuat sikit, mesti menang punya lu jangan takut!” Saya kagum dengan semangat ini, saya sering termenung memikirkan ungkapan-ungkapan ini dari mulut seorang Cina ahli kelab yang bahasa Melayunya tunggang terbalik dan pada waktu yang sama saya berasa terharu terhadap perjuangan Islam PAS di Malaysia yang menyerlahkan lagi kebenaran Tuhan merestui perjuangan ini. Bayangkanlah dalam kepekatan perkauman, PAS muncul memecahkan tembok ini dan dibuktikan dengan gerakkerja Kelab Penyokong yang bersama memecahkan tembok ini. Bagi saya ahli kelab yang bertebaran di seluruh negara hari ini adalah wira-wira yang memecahkan tembok perkauman ini, membelah arus dan mengambil risiko yang tinggi.

Saya insaf kerana berkat perjuangan politik Islam PAS, Allah menzahirkan hujjahnya kepada manusia bahawa jika kamu orang Islam menolak perjuangan Islam aku jadikan yang bukan Islam mendokong perjuangan Islam! Mereka hanya beberapa inci sahaja mencapai nikmat keadilan yang diperjuangkan oleh PAS, hanya hidayah Allah yang menjadi penentunya untuk beberapa inci lagi! Ah Tek menyumbangkan 200 kotak mineral walaupun dia hanya menggoreng kueh tiaw sahaja di pekan Kuala Kurau. Ong agak lanjut usianya, ada masalah jantung walaupun tak serik menghisap rokok lagi. Ong termengah-mengah berjalan dalam suaranya yang lembut sedikit menyeru kaumnya menyokong perjuangan PAS, ada seketika dia terpaksa berhenti duduk kerana letih, mukanya sedikit pun tak menunjukkan kesal kerana terpaksa begini untuk menangkan PAS. Satu sen pun dia tak mintak kepada PAS, dia hanya mahu diperhatikan dan didorong, cukuplah itu “habuannya” dalam menjadi ahli Kelab Penyokong PAS. Saya pelik sesekali bila terkenangkan orang PAS sendiri yang meminta-minta habuannya, kononnya telah bertungkus lumus untuk parti. Saya malu dalam diam kepada Ong, Ah Tek dan Bak Chua apabila mengenangkan ada orang PAS yang “demanding” dengan parti tentang kos, dll. Ingat, mereka ahli-ahli kelab adalah hujjah untuk kita dan juga keatas kita.

Saya tahu selain watak AhTek, Ong, Bak Chua, Ah Hin, Ah Beh ada lagi wira-wira yang saya tidak tahu nama mereka. Mereka mungkin ada di kawasan-kawasan lain, yang penting belailah mereka, bimbinglah mereka dan ambil berat kebajikan mereka. PAS memerlukan ramai lagi seperti “Ah Tek and the gang” kepada wakil-wakil rakyat PAS, jangan sia-siakan pengorbanan ahli kelab dan jangan mengadu hal tentang mereka tetapi cari jalan untuk menjinakkan mereka menjadi aktivis parti yang berkesan dengan hikmah. Tapi buat masa ini, kisah ringkas watak-watak dalam Parit Buntar ini yang telah membuktikan kesetiaan mereka di Bukit Gantang saya ingin rakamkan pada akhir kalam ini: “Wa respek sama lu!”By Mujahid Yusof Rawa.

Mujahid Yusof Rawa is MP for Parit Buntar and PAS National Unity Committee chairman.



teman cilok dari wak raden banjar... sebab best siut...

big or small

Hari ni ader perkara besor nak berlaku... dengor kater aper yang, ada rombakan akan berlaku...:pge04: tapi tak pasti kecik ke beso... kalau kecik, tak yah umum pun takper. tapi kalau beso, ade la mende menarik akan berlaku... paling tidak ader yang makan pisang... saper yang makan pisang kita akan tau petang nih...:pge06:

teman nak ke jemaat dulu...
chow....

Jemputan Hi-Tea

23 April 2009

semalam yang hangat

ini bukan lagu wings yer...

hehehehehehe

wokey... sian kome, semalam takder update aper-aper yer...
semalam teman ada jumpa rakan-rakan bloggersnetwork@perak yang lain, ader meeting dan perbincangan. adalah seperkara dua yang bakal deme nak buat dan teman 'is one of the commitee members'... citer selanjutnya nnt, akan di update kemudian...

dah dua malam teman tak lepak di anje, cuma mai makan dan cabut. tadi sebab big bro teman ade so kami lepak sampai dekat-2 kui dua... banyak gak kami bincangkan dan banyak resolution telah dipersetujui... hehehe

kami berdua bukan orang parti mana-mana... kalau kome tengok penulisan peihong adalah lebih kepada pandangan mata dia duduk di mata rakyat... teman lak campur-campur... ader time jadi informer dan ada masa nyer kritik...

tapi hari nih teman nak tulih beberapa perkara yang berlaku 2 3 hari nih...

sejak menteri penerangan yang baru nih bagi statement, teman nengok berita-berita dan surat kabo makin berani menghentam ahli politik pakatan rakyat... BODEK KER...??? Teman rasa sebenornye, media swasta patut menyiarkan berita yang benar kepada rakyat... bukan memuji lebih-lebih BN... kalau ikut statement Rais Yatim nih, dia mahu semua media berpihak kepada BN... sama macam nak tunggang jer... bila media pun dipolitikkan, maka media massa akan jadi subjektif juga... dimana kebenarannye... kita tahu statistik dunia menyatakan antara orang yang rakyat tak percaya adalah ahli politik... maka bila media massa jadi bahan politik, maka ia tidak lagi patut dipercayai... kalau benar nak pertontonkan, tayangkan secara adil apa yang kerajaan buat... bukan promote BN... tu yang kene perbetuikan... bila tayangkan apa yang kerajaan buat, itu fakta... bukan spekulasi.... dan bila media tunjuk juga apa yang kerajaan pakatan buat, rakyat sudah semestinya menyanjung media massa... kerana membawa berita yang benar...

Bagi teman media massa tak sepatutnya bias... oleh yang demikian, tak perlu lagi kita berjuangkan kebebasan media lagi... kalau berita semuanyer bias kepada satu pihak sahaja... dan ini la punca utama kepada rakyat mencari media alternatif, sebagai contohnyer blog kami nih... hehehehe... oleh yang demikian, Rais Yatim patut minta media promosikan kerajaan sahaja... bukan promosi BN dan jangan la salahkan media swasta nih yang menyebabkan BN kalah di 5 negeri dahalu...

lagi satu citer bab letak jawatan nih... kenapa sampai perlu nak wujudkan akta baru pulak... kome ingat tak dulu, bila dato nasa lompat ke PKR... siap nak usulkan akta lompat parti lagi... aper kejadahnyer... bila dato nasa lompat balik... aper hal citer akta tu... tak dijalankan ker... so camne la rakyat tak mau bagi restu balik kat kome... kome bila kene batang hidung mula melenting tu melenting ini... bila kene orang lain, kome cari jalan nak tuk buat dek jer mende-mende tu... nih sebetuinyer buat orang makin menyampah kat kome...

dah sekrang nak buat lak akta baru... akta letak jawatan... kalau satu Adun tu letak jawatan, kalau kita lihat dari segi moral, baguih la... sebab dia tahu, kalau dia masih lagi jadi Adun yang tak boleh nk commit dengan rakyat, baik dia berundur... sebab akan menyusahkan rakyat balik... biar rakyat pilih wakil baru yang betui-betui nak membantu rakyat... salah ker macam nih...

spr tu ditubuhkan untuk melicinkan proses pilihanraya... kalau deme nak gatai buat akta tak boleh letak jawatan, dan tentukan pulak sapa yang orang tu betui letak jawatan atau tidak, dengan ertikata lain deme yang tentukan keroje deme sendiri... kalau dah kater tak boleh, deme takder la krojer... bila dah takder krojer... baik bubarkan aje SPR tu...bila nak PRU nnt baru la lantik untuk orang uruskan pilihanraya... takkan nak sorting daftar pemilih ambik masa 5 tahun kut... teruk benor la kome nih manage kerojer kome... dah la orang yang meninggal 12 tahun pun tetiba datang mengundi... hehehehehe...

itu cuma pandangan teman bila deme diberikan hak nak tentukan kerusi Adun atau parlimen tu kosong atau tak... sebab setahu teman, deme kene buat la krojer bila speaker dah bagi notis kerusi tu kosong... ader saper nak perbetulkan statement teman nih...

21 April 2009

Tiada update terbaru

Teman hari nih ke Bukit Gantang...

Sambung angkat barang BloggersNetwork balik ke base kat Ipoh...
So takder la citer yang menarik...

Cuma terkabar sikit-2 la...

Polis ter'paksa' panjang tempoh jaminan terhadap 8 AMK yang ditahan akibat membawa keranda Altantuya... Surat bagitau tanpa sebab... sebenornyer deme tak tau nak charge deme nih atas tuduhan aper...

kui kui kui...

Lagi citer best yang mengusik jiwa sekejap... teman dalam usaha nak cari ongkos lebih... sebab nak boooooooking... itu camry... hehehehehe

Agak-agaknyer la...sebab aper deme nak lelong????

20 April 2009

Surah Al-Alaq - ayat 1- 5

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)
(2) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku
(3) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;
(4) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;
(5) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.



Oleh yang demikian... kome baca kat sini, kat sini dan kat sini....

Selamat membaca...

Sekian...

Apa khabar Perak...???

waaaaaa...

sikalang ha....

itu orang sulah tak tau mau cakap ka...

bila sulah luluk satu pihak saja...

lia sulah jilat sendili punya ludah...

dulu punya jam...

tak bleh itu tak bleh ini...

haram itu, haram ini...

tapi sekilang sudah boleh talak haram...

kasi lagi ramai mari-mari...

apa punya orang...


jom pegi itu lumut...

ala JOMHEBOH wooo...

p/s ala orang cedera telinga...

19 April 2009

Pokok Demokrasi Dicabul Lagi

Kira-kira jam 9.30 pagi teman dikejutk dengan panggilan telefon yang menyatakan pihak DBI sedang buat kerja di pokok demokrasi kita. Teman bergegas bangun dan bersiap untuk ke lokasi...

Setiba teman di lokasi kelihatan terdapat satu lori DBI sedang menurunkan pokok ficus (kalau tak silap teman) di bawah pokok demokrasi kita tu...



Rupernya dah ada sesi menanam pokok ficus disekiling tapak pokok demokrasi perak ini sebelum ini. Pokok yang ditanam sebelum ini kelihatan hampir layu dan nak mati...



Terdapat beberapa kelibat orang awam yang melihat pekerja-pekerja DBI ini menanam pokok tersebut sambil menggelengkan kepala...



Mereka ini tidak mempedulikan keadaan sekeliling lagi lalu terus-terusan menanam pokok untuk memenuhi kawasan keliling pokok demokrasi tersebut...



Pada pengamatan teman tak kurang dari 30 pokok ficus ini telah ditanam disekeliling pokok demokrasi ini






Teman sempat bertanya kepada pekerja DBI yang bertugas ketika itu, beliau berkata, beliau pun tidak tahu sebab apa mereka dikerahkan untuk menanam pokok disitu... mereka hanya menerima arahan untuk tanam pokok tersebut disitu...

Ikut pengalaman teman, pokok yang ditanam ini berdaun rimbun, pokoknya tidak tumbuh tinggi sangat. Kalau ditanam rapat-rapat sedemikian akan menyebabkan tiada ruang untuk berdiri lansung dikeliling pokok demokrasi tersebut...

Pada pandangan teman, kejadian ini adalah bertujuan untuk menghalang sebarang aktiviti dilakukan di bawah pokok itu lagi. Dengan penanaman pokok tersebut juga akan membunuh secara perlahan pokok demokrasi tersebut kerana semua nutrient dalam tanah akan diserap oleh pokok yang baru ditanam. walaupun tidak akan mati tetapi akan menyebabkan kekurangan nutrient. Namun teman tak nafikan yang pokok yang baru tanam mungkin akan mati juga sebab gagal bersaing dengan akar pokok demokrasi ini...

Teman gagal memahami apa yang dipikiorkan oleh pihak yang berkenaan sampai boleh terpikior nak buat camni demi kat pokok demokrasi ini... nampak benor bencinyer deme terhadap pakatan rakyat yang telah menaiktarafkan pokok yang tak saper nak mandang nih ke mata rakyat Malaysia khususnya dan rakyat dunia amnya...

p/s penyakit hati adalah penyakit yang paling bahaya dalam apa juang perjuangan... sama-sama la kita berdoa agar hati-hati mereka ini akan sembuh dan turut sama bersama berjuang bersama kita... amin..

18 April 2009

Membaca amalan mulia

daripada sumber berita...

Berpandukan kepada statistik kadar celik membaca...
85% daripada rakyat Malaysia yang kerap membaca...

77% suka membaca surat khabar...
3% suka membaca majalah...
3% suka membaca buku...
1.6% suka membaca komik...

Kadar buta huruf negara(6.8%) disifat agak tinggi berbanding negara-negara maju dimana kadar hanya setakat 1% daripada jumlah rakyat mereka...

Berita yang wajar diambil perhatian, sebab dalam keadaan kemodenan negera kita yang macam pesat membangun nih, kadar buta huruf masih lagi tinggi... Mungkin ada yang tak kene dimana-mana institusi yang berkaitan kut... hehehehe...

Tetapi relatifnya daripada berita ini, kalau rakyat Malaysia ada 25 juta orang, kira-kira 16.4 juta rakyat Malaysia lebih kerap membaca surat khabar berbanding bahan bacaan yang lain...

Fuh banyaknya kepala nak kene kencing kalau akhbar di Malaysia memutar-belitkan fakta... tu baru yang baca akhbar, belum lagi yang tengok TV sahaja... (kes malas membaca)... lagi la ramai...

Oleh yang demikian, mari la sama-sama kita ajak mereka yang duk seronok baca surat kabo tu baca pulak blog... kurang la sikit kene kencing tu... kurang sikit basah pala kome tu...

hehehehehehehe...

p/s pagi tadi nyaris terjerumus beli surat khabor utusan... sebab internet umah tengah problem...hik hik hik

Mahkamah bertindak di luar kuasa atau 'ultra vires' - Dr Aziz Bari

MESKIPUN keputusan mahkamah mengisytiharkan tindakan Speaker DUN Perak menggantung Dato Dr Zambry Kadir mengecewakan banyak pihak, ia terpaksa diterima.

Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas keputusan mahkamah tertinggi negara pada 16 April lalu. Dalam keputusan lisannya mahkamah membuat keputusan sebulat suara. Ketika menyampaikan keputusan itu Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Sherif memutuskan bahawa Speaker V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.

Aziz berkata, perlembagaan - baik negeri maupun persekutuan - tidak menyatakan dengan jelas kuasa-kuasa speaker dan selama ini undang-undang dan amalan yang ada baik di Malaysia dan seluruh Komanwel ialah ia tertakluk kepada budi bicara speaker dan ini dipandu oleh 'Standing Orders' atau peraturan dewan. Ini mempunyai asas di dalam perlembagaan dan kuasa mentafsir 'Standing Orders' itu ialah kuasa mutlak speaker.

"Saya tidak tahu apakah asas Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan tindakan Speaker DUN tidak sah. Dari mana mahkamah mendapat kuasa berbuat demikian?" soal profesor undang-undang itu.

baca lagi disini...

Perlembagaan adalah satu perkara yang kronik... Dulu Prof Aziz Bari ader menyebut, we need an extra constitutional to dissolve matter...

Kene bubar juga DUN Perak nih... kalau tak masalah susah nak selesai...

Telah di konfemkan

baru jer tadi topeng_perak call teman, menyatakan yang UMNO atau BN tidak akan meletakkan calon di pilihanraya kecil N15 Penanti...

sebab aper...??? aku pun tak tau...

Tahniah

Izinkan dulu teman gelak puas2.

Muahahahaha...
Kah kah kah...
Hik hik hik...
Pinjam gelak raden jawa
Wakakaka...

Ok...ehem...
Teman nak ucapkan tahniah kepada bakal-bakal dato seri yang akan dapat pangkat tersebut di Istana Iskandariah esok. Selepas terlepas dari tali gantung dewan,mereka ni dapat lak anugerah dato seri. Mungkin sebagai tanda berjaya membuat acara rogol beramai-ramai perlembagaan negeri baru-baru ini.

Ape pun, teman tetap ucapkan tahniah atas kurniaan tersebut.

hehehehe...

Dalam masa yang sama baru sahaja selesai press conference daripada Speaker DUN Perak, S.Sivakumar. Teman takde la dapat cerita detail apa yang dibicarakan, tapi teman dapat berita yang menyatakan di press conference tersebut,speaker ade menyatakan bahawa setiausaha dewan sebenar telah beliau pecat. Dalam erti kata lain, surat memanggil sidang Dun pada 7 mei itu tidak sah kerana surat tersebut dikeluarkan oleh setiausaha dewan yang sudah dipecat. Lebih kurang nak kabo yg surat dan setiausaha tu haram la kiranye.(haram lg) Maka sidang yg bakal dibuat dianggap tak sah. Poning palo yor...

Hehehe...

p/s mane g mamak gunting rambut ni,dah berakor ponggong nunggu dia.

bila Tok Iskandar bersuara

Rakyat dok perhati tingkah laku SPR semenjak dua menjak ni asyik sebelahkan UMNO-BN.Dulu masa PRK Parlimen Permatang Pauh,SPR adakan pengundian hari keja.Payahlah rakyat nak ngundi sampai kerajaan negeri Pulau Pinang isytiharkan cuti hari ngundi.

PRK Parlimen Kuala Terengganu pulak,penamaan calon hari keja tapi kehadiran penyokong PR tetap ramai bahkan semakin bertambah.

PRK di Parlimen Bukit Gantang,DUN Bukit Selambau dan Batang Ai pulak,SPR isytihar hari ngundi pada hari keja.

Rakyat dah buat andaian apa yang SPR buat untuk memenangkan UMNO.Tapi semuanya gagal sekarang keluar idea bodoh daripada SPR nak kurangkan jumlah penyokong.Tok rasalah kalau umno menang sure SPR tak kisah.

Sudah tiba masanya PR membawa ketidakadilan SPR ke pengetahuan dunia.SPR patut jadi badan yang diberikan amanah untuk uruskan pilihanraya bukan jadi lembaga penasihat atau boleh pilih pulak nak adakan pilihanraya atau tak macam yang berlaku kat changkat jering,behrang dan jelapang.SPR bukan mahkamah.

inilah yang menimbulkan kemarahan rakyat.puncanya umno takut kalah sampai gunakan spr sebagai talian hayat.itulah persepsi rakyat.kalau dah takut nak betanding,bagilah menang free.kata nak minta restu rakyat.pooodahhh!inilah cakap tak serupa bikin.

Kehadiran polis yang patut dikurangkan bukannya penyokong PR keraan mereka perabih duit rakyat dah cecah RM46 juta.penyokong PR pakai duit sendiri.

Eloklah MP PR bawak usul kat parlimen desak Pengerusi SPR ini letak jawatan pasal dah nampak pro UMNO.dulu dia ni KSU KDN.Polis dah sah bawah pengerusi SPR ni.

Tok serupalah dengan rakyat lain semakin meluat dengan tindak-tanduk SPR kebelakangan ni.Tok yakin semakin cepat jatuh UMNO-BN pasal SPR sendiri dah gagal berfungsi dengan baik.elok kita hantar sekor lembu kat pengerusi SPR ni macam AMK buat kat pengerusi SPRM dulu.

-tok iskandar-

Cucur Udang


Di suatu pagi,sorang mamat ni pegi la beli kuih kat sorang makcik ni. Dia tengok semua cucur udang makcik ni jual takde pun udang ditengah-tengah cucur tersebut…lalu si mamat ni pun tanye….

Mamat : Makcik,apasal semua cucur udang makcik takde udang? Bukan ke selalunyer orang jual ada udang kat tengah cucur tu.

Dengan muke selambernyer…makcik tersebut menjawab…

Makcik : Eh,makcik tengok orang jual cucur badak takde pun diorang letak badak..so,makcik pun takde la nak letak udang…
Mamat : ……….

elok untuk dibaca

dalam duk browsing-2 blog rakan-rakan seperjuangan, teman terjumpa posting yang bersangkut paut dengan aper yang teman tulih kat sini... oleh yang demikian kita akan dapat lebih info tentang peng'kencing'an rakyat yang sedang berleluasa sekarang nih... baca disini...

17 April 2009

kene tipu lagi

tu la...
teman dah kabo...
jangan percaya apa yang deme buat...
kan kome dah kene tipu lagi...
ingat aper...
sesuka hati jer ker dia nak bagi lepas...
haa...
tadi citer ader 3 orang masuk...
yang nih cerita surat kabo kene rampas...
haaa...

lagi mau percaya ker...

p/s tu sebab bila minta restu, deme tak dpt....

7 Mei 2009

erm....

kalau tak silap semalam baru keluar keputusan...
masa bila deme nih jumpa sultan untuk perkenan adakah sidang DUN...
ker sidang deme nak sidang bawah pokok jambu lak lepas nih...

pelik pelik

Made in Japan

Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.

Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.

“Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tadi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.

“Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tu lagi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.

“Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.

Sampai di lapangan terbang…..ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..

“RM100 please…” kata pemandu teksi selamba.

“What? RM100? it’s not that far from the hotel?”, pelancong tu tak puas hati.

“Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast”, jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.

3 down 10 to go.... or maybe more

seperti yang telah direkatulis.
dalam skrip persembahan.
pembohongan terhadap rakyat.
yang dipikiorkan tak berapa nak cerodik nih kononnyer.
tanpa disedari oleh kita semua.
3 rakyat Malaysia telah di sepak terajang ke kemunting
dengan ini telah membuktikan
kata-kata rakan teman yang sorang nih
(nama dirahsiakan.... hehehehe)
keluar 13 masuk 13 dan mungkin lebih

sebab tu masa di simpang dulu
dia dah offer diri dia nak jalan kaki ke kemunting...
hik hik hik

16 April 2009

Biar betui

Teman ni duk dlm kete on the way balik ipoh...bru lepas dari tol jelapang.

Elok je lepas tol,lebih kurang 500 meter,ternampak segrombolan trak FRU dlm perjalanan menuju je utara. Lebih kurang 5 jentera berat FRU sarat dgn tentera mereka,dlm keadaan tergesa-gesa untuk ke arah utara.

Sebab ape teman tak dpt dipastikan lg...

hakim mencabul

Buat pertama kali dalam sejarah perlembagaan negara dan mungkin dalam dunia barangkali apabila badan perundangan telah menidakkan kuasa yang ada termaktub dalam bidang kuasa perlembagaan negara. Tidak salah jika saya katakan badan perundangan telah mencabul badan perlembagaan. Ini telah membuktikan bahawa badan perundangan Malaysia telah dicemari dengan tangan-tangan ghaib yang mempergunakan mereka untuk kepentingan sendiri. Perbuatan ini amat lah memalukan. Ini juga telah meletakkan badan perlembagaan ditahap mudah dinodai.

Namun demikian, perbuatan ini secara langsung telah menyebabkan fakta kes ini akan menjadi bahan rujukan kepada maner-maner kes perlembagaan terutama apabila kes itu ingin mencabar keputusan speaker. Sekaligus meletakkan bahawa mereka yang pernah diambil tindakan oleh maner-maner speaker dewan undangan negeri berkebolehan untuk menidakkan apa jua tindakan speaker samada didalam ataupun diluar dewan.

Pilihan Raya Kecil di Penanti

Telah disahkan bahawa kerusi DUN Penanti telah dikosongkan oleh Fairus... Maka dalam masa 60 hari akan berlaku lagi satu pilihanraya kecil.

Bayangan yang dimaklumkan - Aduka Teruna

VS


Setelah Aduka Teruna telah melarikan diri akibat kemaluan terhadap kemenangan Arsenal yang mara ke separuh akhir untuk bersedia kalah dengan Manchester United. Ini adalah menurut tilikan dan nujuman Aduka Teruna.

AdukaTeruna kotakan janjinya


Aduka Teruna terpaksa menyerah awal kepada ajakan komenter anon yang mencabar untuk mem'pink'kan blog nya... Beliau sedar yang Arsenal terlalu kuat untuk Villareal... Oleh yang demikian terpaksa juga beliau mengalah satu jam sebelum perlawanan tersebut bermula sekali pun...

Ketika ditemui dibawah meja dirumahnye... beliau yang telah terpaksa menukar ID nyer kepada Aduhla Teruna itu berkata... "Gilor ko...Arsenal tu dah la power... mengigit lak tu..."

Apa pun keputusannyer antara MU dan Porto atau pun Arsenal dan Villareal, beliau tetap geng dengan dugong_darat, sebab dugong_darat tetap macho (tang perut) dan aduka teruna tetap hensem cam brad pit...

dugong_darat melaporkan untuk berita jam randik....

15 April 2009

harapan kita agar media massa bercakap benar

bersangkut-paut dengan berita ini, rasa boleh teman berkata disini bagi pihak semua rakan-rakan bloggers, media altenatif dan juga mungkin bagi pihak rakyat agar semua media massa termasuk la TV1, TV2, TV3, NTV7, Channel 8, TV9, Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, Kosmo, The Star, NST, Sinar Harian juga menyiarkan berita-berita yang benar juga.

Jangan lagi ada penyelewengan fakta.
Jangan lagi ader cerita orang yang datang 10 ribu disebut 500...
Jangan lagi membuat keputusan kes yang belum abis dibicarakan...
Jangan lagi buat pernyataan besar sebelah...

Sediakan ruang yang secukupnya untuk membawa berita daripada Pakatan Rakyat sama, jadilah media yang bersifat neutral...

So... jangan cakap bloggers hanya tau auta... media massa lagi kuat autanyer... betuikan yang duduk dibawah anda dulu sebelum betui kami nih...

Sokong ker tak sokong

Walawei...

latest news...

itu menteli ala kata tala apa hal punyer itu worang punya statement...

lia boleh cakap apa lia yang lia pikir...

tapi itu menteli ada bagitau juga...

"belum tentu lia sokong..."


aik ala gado-2 ka...???

LPKP pindah JPM...???

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri

Sumber Pejabat Perdana Menteri





hehehehehehe...

makin frust la lepas nih....

Berita Sedih - Hukuman Untuk Mat Rempit - Kene Gantung

From Flock Photos

Teh Panas

Pada suatu hari.. seorang lelaki pergi kesebuah restoran untuk minum petang…

Disebabkan wang yang dibawanya cuma 70 sen saja… dia cuba bertanya harga segelas teh panas

dan teh sejuk… lalu pelayan restoran menjawab..


“Teh Panas 70 Sen & Teh Sejuk RM 1.20″


Lelaki itu terus meminta teh panas dan apabila pelayan menghantar segelas teh panas mendidih itu

lelaki itu tanpa teragak-agak terus meneguk teh panas itu sampai habis dengan lajunya….


Pelayan itu melihat dengan penuh kehairanan..  kerana teh panas mendidih itu boleh habis dalam

sekelip mata sahaja…


Lalu lelaki itu memberi wang 70 sen dan berkata

“Kalau lambat diminum… air ini jadi sejuk… kalau sejuk tak pasal2 saya kena bayar RM 1.20..

lebih baik cepat-cepat diminum kerana wangku hanya ada 70 sen saja”


Blogged with the Flock Browser

cari YB tersembunyi?

teman ke vanggey tadi. tiba tiba teman nampak YB ni. Snap ngan handphone je la... tengok tengok le kot kot boleh jumpa...


wa chow sin

suara rakyat : joepengkalan

joepengkalan said...

ni pendapat aku...mungkin artikel ni boleh bagi idea sket..kalo x de,kasi buang dlm lombong kinta pun x pe....heheheheh

Daghi kecik aku tgk pas ni ada kelainan..satu dia punya caghe penampilan dan akhlak ahli2 dan pemimpin nya membuat kan aku tertarik dgn deme…apok aku yg dulu kuat umno dan juge akhlak boleh tahan le juge lepeh berkawan dgn org2 pas ni Alhamdulillah dah banyak beghobah…

tapi sejak 3 4 tahun ni,aku tgk bila PAS dah mula makin naik..banyak dah org2 PAS ni mcm dah lupa diri…dah lupa akhlak…ingat..dasar perjuangan PAS tu al quran dan sunnah…kalo org2 PAS sendiri tak pegang dasar perjuangan tu mcm mana nak tarbiyah org lain utk jadikan islam itu cara hidup..

aku cakap bende ni bukan dari dengor cakap2 org je…aku dah tgk sendiri kat pas cawangan kg aku…ada AJK pas sendiri yg bini masih lagi boleh keluor rumah tunjuk rambut karat….ada AJK PAS sendiri yg boleh angkut indon pegi karaoke…mana pegi akhlak islam nya???bila mesyuarat agung PAS cawangan…berapa ramai muslimat PAS yg datang dgn bergincu sakan mcm nak pergi perhimpunan agung UMNO je aku tgk….

Bende ni aku dah cakap tapi deme buat nohen je…ye le sape le aku..sekadar seorg PEON….tapi bende ni kene ambik serius…kene betoikan jemaah dulu…jgn sampai PAS hanya tinggal nama je…sebab tu dulu aku tak pernah setuju dgn rancangan anwar nak amek kerajaan pusat dgn pancing MP UMNO…sebab belajor dulu memerintah…kuat kan iman dulu…tgk la baru je pegang dah berapa ramai yg tumbang dek Ujian DUIT….mcm ni ke nak memerintah..

Kene bersihkan dulu semua taik2 yg ada…buang yg mana boleh jadi liabiliti pada jemaah…aku ingat lagi ayat ustaz sharil long kat arwah ustaz fadil nor..”Saya masuk PAS kerana nak daulatkan Islam…tapi kalo cara saya boleh jatuhkan ISLAM..tegor lah saya”…..tapi beghape ghamey Ahli PAS yg tak de semangat ni….tak boleh nak di tegor..kalo rasa x leh nak ubah akhlak tu,jadi penyokong je dah le..mcm aku ni…cuma aku ni baik sket je le dari mat taib kaki rembat anak sultan tu…wakkakaka

Aku cakap bende ni bukan nak bukak pekung jemaah sendiri..aku cakap bende ni sebab aku sayangkan PAS…aku sayangkan perjuangan Islam..aku sayangkan anak cucu aku..aku x nak satu hari nanti anak cucu aku tak dapat beza kan dah ISLAM dgn MELAYU….sebab tu aku pilih PAS….baiki lah diri kita sendiri…baiki jemaah sendiri…tgk la mcm mana yg berlaku di bukit gantang…tanya la geng2 bloggers network…deme pun tau mcm mana puak2 ni masa berkempen hari tu…

INGAT….kemenangan kita tahun lepas bukan di sebab kan kekuatan kita…tapi di sebab kan org dah nampak kebodohan UMNO dan BN…cuma sekarang ni yg aku nampak org bukan pilih yg terbaik antara yg terbaik..tapi nampak mcm yg terbaik antara yg terburuk….kemenangan di Bukit gantang di sebabkan oleh NIZAR sendiri…kekuatan PAS di kelantan di sebabkan oleh ketokohan TGNA sendiri….sebelum deme2 ni tak de…beghobah le….rakyat x nak sekadar org yg pandai di atas kertas…rakyat nak org yg bijak dan mesra rakyat….

hayati lah lirik lagu ni…..moga mendapat manfaat..

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.

lirik ni aku ambik dari lagu sunnah berjuang kumpulan nada murni…lirik ni kene semat dalam hati kalo nak jadi pejuang ato masuk politik…kalo tak de bende ni…bak kate eklan dalam TV…”GHENTI KAN LE MANNNNNN”

joepengkalan

kalau tak betoi tak kan ada yang bersuara. Sebagai bukti sokong kita akan terus menyokong dan menegur ke arah kebaikan...

14 April 2009

Sidang Akhbar Jama'iy 14042009

Sekarang sedang berlaku sidang akhbar anjuran NGO Islam Perak Jama'iy.

Highlight utama sidang akhbar ini,adalah mereka akan menganjurkan debat umum. Bagi mereka debat umum wajar dilakukan kerana masyarakat Malaysia kala ini sudah cukup matang untuk menganalisa sendiri apa yg didebatkan.

Debat tersebut hampir pasti cuba mengulang semula debat yg gagal dijalankan antara husam musa dan zahid hamidi. Debat itu yg patut berlangsung dua hari sebelum PRK P059 Bukit Gantang. Namun sbb kegagalan zahid hamidi untuk hadir tanpa sebab maka majlis tersebut dibatalkan.

Jika majlis tersebut diadakan kembali,maka mereka akan mengadakan juga debat antara DS Nizar dan Zambry.

Sidang Dun Terengganu tegang?

Pada jam dan saat ini dikhabarkan oleh rakan yg berada di lokasi, sidang dun di terengganu agak tegang.

seramai 8 dun umno telah keluar dari dewan sebagai tanda tidak setuju dengan ahmad said dan mahu undi tidak percaya dibuat.pada dasarnye,semua wakil rakyat dari parti pas yang berada dlm dewan bersetuju dan sepakat menyokong undi tidak percaya.

tiada tajuk 2

Teman tau,mungkin ade antara akan mungkin pandang lain mcm bila teman post gambar sblum ini. Yes...memang betui teman n the geng ade tiara beach resort. Yes...memang teman n the geng pergi bercuti.

namun pada hakikat yg sbenar kata2,kami ni sedang memenuhi permintaan rakan seperjuangan.rakan yg dah lama mahu belanja kami.rakan menghargai perjuangan kami selama ini.dan sudi teman ucapkan terima kasih bebanyak sbb belanja kami makan tmpt penginapan yg indah ini.dah lama teman teringin bercuti di sini sejak pertama kali menghantar rakan kerja teman bercuti di sini. Cukup2 menarik.

Walaupun teman n the geng nampak seolah pergi bercuti tp hakikat sebenarnye kami ni sedang serius berbincang.serius berduskusi,usrah dan musyawarah...banyak perancangan yg kne kami atur.banyak paperwork yg perlu dibuat.banyak penyelesaian yg perlu kami rungkaikan.

Macam ayat yg sama digunakan oleh kakitangan kerajaan yg meeting kt hotel mewah atau di resort2. tp kami tak guna wang rakyat.kami tak guna seduit pun duit tabung bloggers.sepenuhnye ditanggung oleh rakan kami td...sekali lg terima kasih.

kami dalam perbincangan untuk lebih meng'organize'kan pergerakan kami.perancangan untuk masa depan dan merangka perjalanan kami yg seterusnye. insyallah kami akan menyediakan pentas yg lebih baik selepas ini dan gerak kerja yg lebih tersusun.

selamat bertemu kembali nanti.

13 April 2009

Boringnya

apa nak d katakan lagi..mmg boring weihhh..hehehehehehee..

minggu ni minggu yg amat stress buat teman..hohohohohoho..

sbb apa..?sbb kekalutan ekonomi(poket teman)hehehehehe..

dunia politik..sedikit sejuk..

rerakan bloggers teman x tau la udah pindah ke blom..

chow dulu..

p/s: to dugong_darat..benda mike udah ada..sori le..x sempat nak by hand kat mike ari tu..

Tiada tajuk

Tau tak ape nk tulih.tgk gambar je dah ler.

12 April 2009

Saat?

Adakah ini akronim 'saat aku amat terdesak'

Test anto gambo

Ni ubat ketiak namenye

Test je

apehal mau test

11 April 2009

Pengumuman Penting - Hot hot hot

Pidato Rakyat Pasca Bukit Gantang yang sepatutnyer dijadualkan dibuat Dewan Dato Ahmad Said, Sg. Rokam telah dipindah ke Jalan Pemimpin Manjoi.

Rakan blogger, Ajijoi yang berada ditempat kejadian memberitahu sekeliling Dewan Dato Ahmad Said, Sg. Rokam telah dikepong oleh pihak polis yang tidak membenarkan forum tersebut berlangsung.

Mereka dijangka menggunakan kekerasan andai forum tersebut dijalankan juga dilokasi berkenaan. Namun untuk meredakan keadaan, pihak penganjur telah mengubah lokasi ke tempat lain. Keadaan di Dewan Dato Ahmad Said dilaporkan kembali tenang apabila pengunjung mula beransur-ansur keluar untuk ke lokasi lain.

Pengumuman Penting

PINDAH PINDAH PINDAH...

Forum anjuran AMK Perak yang sepatutnye dibuat di Dewan Dato Ahmad Said Sungai Rokam dipindahkan ke Manjoi. Jalan Pemimpin...

Harap Maklum

PRK P059 - Bukit Gantang - One of it...

In this part of my life... i see, talk and heard more people that i used to... even more people compare to my previous life as an agent cum broker cum what ever make the economic running... (jack of all trade master of non) so call can say...

First when i start blogging, i wanna share what i feel about something, my dream about something (most of it more related to my hobbies), how is my life and what i just and wanna do... i never ever thinking about blogging about politic... yes i do talk about politic at 'kelab anje'. even lost a friends how think i'm only want to talk about politic only... (what the hack???)... so after meeting MSK and friends at Konvensyen Teh Tarik... finally we (Peihong and I) agree to create this blog... although not pure politic base blog but this is where out opinion about something related to people are presented...

Ok enough about blogging... one thing i wanna share with you all is what i heard from one of non-muslim voices about Islam... I never knew him... but he is one of the kindnest people among non-muslim people that i knew... he's man of course... some how he came to one of DS Nizar talk sometime during DS Nizar by-election campaign at Bukit Gantang... If i'm not mistaken, the one with TGNA... he said one of the most touching part of DS Nizar word are... "Kita adalah bersaudara..." For him, this statement that come out from the bottom of DS Nizar heart... he said.. after 40 years being a Malaysian this is the first time in his live a muslim would declare such word in this speech... he is one of the many non-muslim that learn a lot about Islam during his studies but never ever been appreciated like that before. Suddenly tear burst out from him showing how grateful he feel at that time...

This amazing story tell me something, non-muslim Malaysian would feeling like a strangers if we keep them aside when we are talking about Islam. They also wanna learn n understand about Islam. They do feel Islam is the way of life even they did not actual adopt Islam... but learning about Islam help them to be part of the system or so called MALAYSIAN... But why when non-Muslim trying to imply Islam way of thinking, we label him disgracing Islam... Unbelievable...

From my deepest thought... we need to encourage participation from non-Muslim entity in Islamic activities... make them learn more about Islam... and tell them we also encourage making good and discourage doing bad like what they also learn in their religions... tell them that we also believe in good people will be given a good retaliation... also tell them we have not much different in our believe. Only to Whom we bow to is different... Not necessary for them to convert to Islam to understand Islam way... just tell them how... as simple as that...

So to all my Malaysian friend that have a lot of non-muslim friend, tell them the beauty of Islam... how do we work on things... the do and don't so that they will understand... told them if we understand each other we will live happy as MALAYSIAN...

There is no One Malaysian... There are only MALAYSIAN...

10 April 2009

Kabinet Najib

Nukilan tok_iskandar

Kabinet dapur Najib saiznya lebih kecil daripada kabinet dapur pak lah.Peralihan kuasa Pak Lah kepada najib bukanlah satu transformasi tapi momokan kepada rakyat.Najib memerintah dengan otak mamak memanda pencen.tak ubah macam boneka.negara kita kini berada seperti pada zaman mamak memanda pencen memerintah dulu.

Kabinet dapur yang baru dibentuk ibarat kabinet perpecahan yang menanti masa untuk retak dan menanti belah. Pemerintahan 100 hari Najib sebagai PM hanya untuk memenuhi nafsu serakah mamak memanda pencen untuk menyingkirkan KJ. Liciknya mamak memanda pencen ini ialah mengekalkan hulubalang kanan KJ seperti sepupunya Shaziman, Ismail Sabri dan Saifuddin abdullah dalam kabinet dapur najib.

Sama seperti yang dilakukannya ketika memasukkan Rais Yatim dan Ibrahim Ali dalam kabinet dapurnya hanya untuk meminggir dan menjadikan Ku Li terasing daripada hulubalang kanannya. KJ senasib dengan Ku Li.

Tok tak percaya KJ akan bersabar dan membiarkan dirinya diinjak-injak oleh mamak memanda pencen. KJ belum memetik butang kecemasan dan setakat ini Pak Lah masih bersikap neutral tapi jika menantu kesayangannya terus dianiaya, sudah tentu Pak Lah akan mengumpul bala tenteranya untuk melawan.

Semboyan perang masih belum dibunyikan. Najib masih terus-terusan mengikut telunjuk mamak memanda pencen yang sibuk melobi tempat untuk anaknya dalam kabinet dapur najib sambil menyingkirkan seteru utamanya KJ.

Selepas ini dijangkakan rombakan teraju kepimpinan akan berlaku di Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Terengganu.Mereka akan digantikan oleh hulubalang-hulubalang Najib.

Masih ada 3 MP di Perlis yang berpihak kepada Pak Lah dan Pulau Pinang kerusi Pak Lah sendiri parlimen Kepala Batas, seorang MP di Melaka, 7 MP di Perak, 3 di Negeri Sembilan, seorang MP di WP, 2 MP di Selangor, 6 MP di Johor, 6 MP di Pahang, 3 di Terengganu dan Ku Li di Kelantan.

Sekurang-kurangnya 10 MP lagi akan menyertai Pak Lah jika beliau berjaya mengumpulkan 30 MP menyertainya. Ketika ini tak mustahil jika mereka keluar UMNO dengan menjadi bebas dan mencapai persetujuan dengan PR untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru dan menumbangkan kedudukan najib sebagai PM melalui undi tak percaya yang dikemukakan di dalam parlimen.

Jika ramalan tok berlaku, nescaya umno akan tumbang dan setelah menjadi parti yang mendominasi kaum Melayu akhirnya parti ini mulai reput dan tinggal usang.

Kehadiran mamak memanda pencen selaku tuan penasihat najib akan mempercepatkan lagi kejatuhan najib.

Bila dan bagaimana? sama-samalah kita tunggu dan lihat...

p/s teman tak mau komen aper-aper... sebab teman pun dah lama perasan tangan-tangan ghaib ini wujud... waulahualam bi sawab...

Imejan Pemilihan Umum 2009 Indonesia

logo pemilihan umum 2009 - PEMILU

waduh pak! kok kamu juga mohon restu rakyat ya....


berikan aspirasimu

demi telus dan bersih. lepas undi harus celup jari ya

poster calon yang berkonsepkan Superman... lebih bagus jika nama calonnya Suparman

Bond. James Bond.
PSA PEMILU

Tatacara pemungutan suara

laksanakan tanggungjawab anda

wa chow sin

Our Cabinet Rakyat - Petunjuk Prestasi Utama

PM kata Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ni untuk menilai prestasi menteri setiap 6 bulan.

Siapa menilai prestasi PM?

Our Cabinet Rakyat - Projek Mee Segera

OTW teman balik dari KL semalam adik teman SMS bagi tau yang list cabinet dah keluar. Berbalas balas SMS le kami berdua. Sampai rumah blackout. Tak dapat nak tengok apa blog pun. Ari ni baru nampak cerita cabinet. KABINET RAKYAT katanya


Yang best nya ada dari lineup kabinet ada bukan ahli parlimen (sebab kalah masa PRU12 ari tu). Jadi apa ke maknanya ni kepada baki ahli parlimen yang tak dilantik? Korang tak boleh buat keje? Korang tak baguih? sehinggakan PM terpaksa lantik bukan ahli parlimen sebagai menteri. Itu YB YB kena pikio sendiri.

Yang teman nak cerita ialah pasai projek mee segera. Asai tuko PM mesti buat rombakan. Buat rombakan sampai tahap tuko nama kementerian. Aduhai jenuh le kami yang nak berurusan.

Projek Mee Segera (under kementerian)
Letterhead printing, car sticker printing, resit printing, signboard maker, name tag, staff pas, door access pass, logo, borang, bahan pameran, laman web dan macam macam lagi le. Itu jangan cerita rebranding corporate image kementerian seperti RTM yang asyik bertuko setiap kali tuko menteri.

Projek Mee Segera (bukan bawah kementerian)
Peta oleh agensi tempatan untuk menunjukkan lokasi kementerian dan Signboard jalanraya (banyak kat putrajaya tu). Mungkin list ni akan panjang jugak bila makin dipikiokan.

Jadi kos kena keluar. Pembekal menunggu tender dibuka. Kroni mula register company. Kawan mula bertanya khabar. Tak dapat semua sikit pun jadi le. Lagi pun bukan senang nak habih kan budget 60 bilion tu. ye tak?

wa chow sin

08 April 2009

Terima kasih - Part2

Hari boleh dikatakan hari yang agak lembab bagi teman dan juga beberapa kawan-2 yang lain. Mungkin disebabkan mood keletihan masih berleluasa dalam diri masing-masing... Letih wo... cuma yang teman tgk tak reti lagi letih di Topeng_Perak... ader je lagi post dia nak buat... hehehehe...

Ingin saya sambung rakaman ucapan terima kasih saya kepada Rakyat Bukit Gantang. Sememangnya rakyat sebenarnya telah menunjukkan kesedaran mereka.

Ucapan jutaan terima kasih juga kepada Petugas Parti terutama daripada Parti PAS yang ada sedikit sebanyak membantu kami di bloggersnetwork@perak walaupun pada saat-2 terakhir sahaja... terutama sahabat teman K*** (beliau mahu dirinya di discreetkan) atas penerimaan pandangan kami untuk dimajukan kepada seluruh jentera piliharaya PRK P059 - Bukit Gantang ini... mungkin kalau tak disebabkan pertemuan tak disengaja kami pada suatu malam itu, perubahan stategi peperangan yang difikirkan sebelum ini mungkin tak dapat diterjemahkan kepada pihak yang berkenaan. walaupun bunyinya pedih, pada saat-2 malam terakhir, pihak berkenaan hampir ketandusan idea untuk mengatasi masalah. Syukur atas pertemuan itu Ya Allah dapat kami menghidupkan kembali perjuangan yang hampir malap itu... Tak lupa juga kepada jentera pilihanraya daripada parti PKR yang turut sama berjuang habis-habisan bersama kita semua untuk memastikan kemenangan ini dikekalkan untuk rakyat. walaupun ade beberapa setback yang tidak memuaskan hati sesetengah pihak tetapi perkara itu dapat diatasi pada saat-2 terakhir itu... suka juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada jentera daripada parti DAP. walaupun pada pandangan mata ramai pihak, mereka seolah-olah tidak kelihatan merata tempat, namun kehadiran mereka dapat saya rasakan... kekadang tu kita boleh berjuang lebih kuat tanpa perlu ada mata yang melihat... Em koi sai...

Pada perenggan ini ucapan terima kasih saya tuju kan kepada semua komuniti maya yang dapat saya kenali. Rakan-rakan Barisan Rakyat Bloggers - Uncle Bernard, Gus, Anand, Arifabdull, crew-2 MalaysiaToday, Dr Zul, Haris and the geng dan ramai lagi (thanks for the KFC meals)...I SALUTE YOU ALL... turut serta crew-2 MalaysiaKini Jimadi, Rahmah, Kamal and others, Bro Ishak, Bro Abror, Bro Black, Pinkturtle, Zunar and the geng, Lantaran Jiwa and the geng, My dearest friends Kuda_Laut, Bro Sham from Grik, Ajijoi, My Big Bro Peihong yang tolong dari jauh tu...hehehe (next exam will be there...i hope so) dan semua bloggers Pro - Pakatan Rakyat yang turut sama membantu samada secara langsung atau tidak. Tak lupa juga kepada Bro Pyan Habib yang bersungguh untuk datang bersama-sama kami, memberikan moral support yang amat-amat kami hargai... tak lupa juga kepada Bro Kulup Sakah... I have a very2 nice discussion last night. send my regard to your family especially to AnNur the birthday girls and Annisa. THANK YOU FOR YOUR SUPPORTS... hope to see all again...

Crew-2 the Superb-5, MatSamanKati, Ciberboron , Topeng_Perak, Sya_Reformis... eh pasai tak cukup satu... oh luper ngan teman sekali la tu... akhirnya perjuangan kita berbalas dengan kemenangan ini... Namun perjuangan kita belum selesai lagi... harap persahabatan dan kerjasama ini akan berterusan sampai bila-bila...

Juga jutaan terima kasih teman kepada Wak Albanjari... teman nak minta maaf andai teman terkasor basa semalam... everybody are under-pressure... teman susun sepuluh jari mintak ampun.... Terima kasih sebab to be there when we needed help and your continuos supports dari luar tu...

To my dearest Kak Ummi... hehehehehehehehe... caya la kak... teman salute akak sebab perjuangan akak teman anggap luar biasa... tak ramai suri rumah mampu berbuat seperti akak... TABIK SPRING...

next my dearest Bro Manjung Mari... bro jangan marah teman yer... saya minta maaf sesangat kalau ader mengguris hati bro semlm... keadaan semalam memang tegang... semua orang tertekan... scoreboard tu memang hampeh... sorry yer bro...

To bro cenangau... hehehe... nanti kita pi makan mee udang skali... depa nun memang nak kene pelempang... nanti kita pi pelempang sesama...

Kepada pemimpin parti yang banyak membantu kami, Ustaz Zul, Haji Ismail, Cikgu Rahim, Dr Khairuddin, Amran dan ramai lagi, teman ucapkan terima kasih atas sokongan anda semua...

Kepada sesiapa yang turut serta membantu kami disini yang mungkin teman sebut nama, teman terjemahan perasan teman dengan ayat TERIMA KASIH...

akhirnya....... kepada seluruh rakyat Malaysiayang tak putus-putus menyokong kami BloggersNetwork@Perak dan PAKATAN RAKYAT. Terima kasih atas sumbangan anda dan sokongan anda kepada kami... Doakan kejayaan kami demi mengembalikan hak rakyat yang dicemari ini... Laungkan kepada seluruh ahli keluarga anda, seluruh warga kerja anda, sahabat-handai, teman-2, anak murid, forumer2 anda, email listing anda, yahoogroup anda, google group anda, jiran-jiran anda, khariah-2 anda, rakan minum teh anda, orang kampung anda supaya sama membangun demi memartabatkan Malaysia untuk RAKYAT MALAYSIA...

Suka teman ulang petikan kata yang teman oleh daripada kempen Barack Obama...

there is no Malay Malaysian, there is no Chinese Malaysian, There is no India Malaysian... We all Malaysian...

HIDUP RAKYAT

HIDUP RAKYAT

HIDUP RAKYAT.........!!!!!!!!!!!

Terima kasih

Para pengundi di Parlimen Bukit Gantang ini. Ucapan terima kasih yang terhingga teman kepada kalian semua telah keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab anda. Menang atau kalah bukan menjadi isu. Andai di bukit gantang, pakatan rakyat gugur, teman tetap terima dengan hati yang terbuka. Andai BN yang gugur, teman adalah antara umat manusia yang paling suka. terubatlah sedikit luka. tertutup sedikit nista nestapa.

Walau pada hakikat sebenarnya teman rasa masih gagal sebab gagal memenuhi permintaan rakan-rakan seperjuangan yang berharap supaya memastikan sebanyak 75% pengundi keluar mengundi sebelum jam 1 tgh hari. Gagal untuk menyelaraskan jentera logistik dengan lebih efisien supaya dapat membawa lebih awal pengundi untuk keluar mengundi. Mungkin kelemahan komunikasi teman, gagal untuk menyampaikan pesanan itu kepada jentera semua. Memang tidak dinafikan, kegagalan mewujudkan 'mutual agreement' antara jentera-2 pilihanraya kali ini, sedikit sebanyak telah mencacatkan sedikit perjalanan jentera Pakatan Rakyat.

Apa pun, kita tetap berjaya membawa keluar pengundi walaupun waktunyer agak lewat, tetapi berjaya mencapai target yang telah disasarkan.

Sekali lagi terima kasih teman kepada semua rakyat Bukit Gantang yang keluar mengundi tadi. tanpa anda menyokong kami

anda semua telah MENGEKALKAN KEMENANGAN INI UNTUK RAKYAT...

ader lagi nih....
screen teman dah nampak 18 dah nih...
teman beransur dulu jer yeop...

07 April 2009

Selesai untuk hari ni

Kenapa untuk hari ini saja?

Sebab perjuangan masih belum selesai.

terima kasih kepada semua pelawat

terima kasih kepada semua petugas pilihanraya

terima kasih kepada semua blogger

terima kasih kepada semua media bebas dan tidak bebas

terima kasih kepada semua agensi kerajaan

terima kasih kepada semua ngo

tak lupa terima kasih kepada semua pengundi di 3 prk hari ni

SYUKRAN
TERIMA KASIH
NANDRI
THANK YOU
XIE XIE NIE
KAP KUN
etc etc etc

wa chow sin

Selesai akhirnya

9.20pm Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.


Aku dah tak larat nak type... aku copy paste dari Malaysiakini je...

Aku nak sambung tiduq...

BYE BYE SAYANG AKU SEMUA....



.

.

.

.

.

isk isk isk...deme aku tak bleh tiduq lak...bro pyan habib ader diumah blogger nih... dia nak belanja makan ler pulak...


AKU SYUKUR KEPADA MU ALLAH...

terima kasih kerana pulangkan hak kami... HAK RAKYAT




HIDUP RAKYAT

HIDUP RAKYAT

HIDUP RAKYAT




p/s abg pyan habib kabo...

ORANG PAKATAN SUKA BUKIT...
ORANG BN SUKA BATANG...

hohohohohohoh