dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

18 April 2009

bila Tok Iskandar bersuara

Rakyat dok perhati tingkah laku SPR semenjak dua menjak ni asyik sebelahkan UMNO-BN.Dulu masa PRK Parlimen Permatang Pauh,SPR adakan pengundian hari keja.Payahlah rakyat nak ngundi sampai kerajaan negeri Pulau Pinang isytiharkan cuti hari ngundi.

PRK Parlimen Kuala Terengganu pulak,penamaan calon hari keja tapi kehadiran penyokong PR tetap ramai bahkan semakin bertambah.

PRK di Parlimen Bukit Gantang,DUN Bukit Selambau dan Batang Ai pulak,SPR isytihar hari ngundi pada hari keja.

Rakyat dah buat andaian apa yang SPR buat untuk memenangkan UMNO.Tapi semuanya gagal sekarang keluar idea bodoh daripada SPR nak kurangkan jumlah penyokong.Tok rasalah kalau umno menang sure SPR tak kisah.

Sudah tiba masanya PR membawa ketidakadilan SPR ke pengetahuan dunia.SPR patut jadi badan yang diberikan amanah untuk uruskan pilihanraya bukan jadi lembaga penasihat atau boleh pilih pulak nak adakan pilihanraya atau tak macam yang berlaku kat changkat jering,behrang dan jelapang.SPR bukan mahkamah.

inilah yang menimbulkan kemarahan rakyat.puncanya umno takut kalah sampai gunakan spr sebagai talian hayat.itulah persepsi rakyat.kalau dah takut nak betanding,bagilah menang free.kata nak minta restu rakyat.pooodahhh!inilah cakap tak serupa bikin.

Kehadiran polis yang patut dikurangkan bukannya penyokong PR keraan mereka perabih duit rakyat dah cecah RM46 juta.penyokong PR pakai duit sendiri.

Eloklah MP PR bawak usul kat parlimen desak Pengerusi SPR ini letak jawatan pasal dah nampak pro UMNO.dulu dia ni KSU KDN.Polis dah sah bawah pengerusi SPR ni.

Tok serupalah dengan rakyat lain semakin meluat dengan tindak-tanduk SPR kebelakangan ni.Tok yakin semakin cepat jatuh UMNO-BN pasal SPR sendiri dah gagal berfungsi dengan baik.elok kita hantar sekor lembu kat pengerusi SPR ni macam AMK buat kat pengerusi SPRM dulu.

-tok iskandar-

6 comments:

Anonymous said...

nampaknya pengerusi SPR yg baru ni tak dapat tandingi Rashid.. Rashid lagi cemerlang smp kan BN tak dpt 2/3 dlm parlimen.kekeke... selagi SPR ni dok makan gaji dgn kerajaan BN, takleh kata apa... boleh ke SPR ni letak bawah Parlimen?

tok iskandar said...

SPR nak hapuskan pondok panas dan hadkan penyokong parti.yang ni kita kena bantah.kalau sekarang SPR diragui,akan datang lebih-lebih lagi.siapa nak semak daftar pemilih si polan,mana tempat mengundinya dan saluran berapa.bahaya kalau SPR monopoli.dah banyak kali SPR buat peraturan menguntungkan UMNO-BN.

Kalau jumlah penyokong dihadkan,susahlah kita nak kesan pengundi hantu,buat keja berkempen,cula undi dan macam-macam lagi.lainlah umno-bn.kalau tak cukup korum boleh import Bangla dan mamat Indon.

Ada kemungkinan najib nak malukan Anwar dengan menaja calon Bebas dan jika menggunakan tipu muslihat tak mustahil calon bebas dapat kalahkan calon PR.siapa kuda trojan ini?

Dulu nasha jadi kuda trojan umno tumbangkan kerajaan PR di Perak.Eloklah PR berhati-hati memilih calon.

Budak_Baduk said...

Sudah lah tok iskandar.......elok mengajarlah diam2 kat sk jengka 23 tu....ajarlah budak pra sekolah tu betul2.....baru nak cite pasal politik...tok makan gaji pun dengan kerajaan..nak bising...kalau berani...berhentilah kerja...kerja sendiri...jangan susahkan orang lain...buat...pembaca-pembaca blog sekalian...tok iskandar ni sebenarnya seorang GURU yang rintihannya tak didengari sebab..."....". Ambaikanlah segala komen tentang tok iskandar ni.....harap tok tak marah ye...bertujuan untuk menyedarkan tok je....tentang tanggungjawab yang lebih besar tok pikul...iaitu mendidik anak bangsa. Sekian...Jika ada salah dan silap saya mohon maaf.

peihong said...

siapa yang tak nak dengar rintihan tok iskandar tu, baduk? atas sebab apa? adakah rakyat tak boleh bersuara? kena ikut ahaja bak lembu dicucuk hidung?

berkenaan kerja dengan kerajaan rasanya tak de masalah sebab duit bayar gaji adalah duit rakyat. rakyat yang sokong BN dan rakyat yang sokong PR juga membayar cukai. jadi duit kerajaan adalah hak rakyat bukan hak parti.

Budak_Baduk said...

jangan salah faham PEICHONG...tok iskandar ni dulu totok umno...bapak dia sampai sekarang umno...dia berubah bila hajat dia minta tolong org umno tak dilayan...jadi dia beralih arah...pada pakatan rakyat...nak masuk pas x sesuai sbb perangai xbrp elok....dia hanya guna PR untuk suara kan apa yg tak puas hati...pasni...dah reda...masuk balik umno kalau permintaannya dilayan....PEICHONG...saya sendiri...org PAS....berpendirian tinggi dulu kini dan selamanya PAS. Hidup BADUK.

dugong_darat said...

Salam Baduk ahli Pas yang berpendirian tinggi ini...

pertamanya anda orang Pas yang termasuk dalam kategori 49% orang Pas yang tak boleh pakai...

anda tak hormati saudara anda sendiri sampai dua kali dan seolah-olah sengaja taip nama Peihong tu sebagai Peichong... Ingin saya peringati bahawa Peihong adalah Islam...

Sebagai orang Islam dan berpegang kuat kepada Parti Islam Semalaysia anda sepatut tahu menghormati manusia apatah lagi sesama saudara... Pernah kah anda lihat sekelumit kata-kata TGNA yang memandu arah kepada mahu menghina bangsa lain... bagi saya anda sebenarnya perosak parti yang anda sanjung ini...

Dan berbalik kepada kisah tok iskandar ini... andai dia nak bersuara di PR hanya sebab dia suaranya tidak didengari di UMNO adakah suara nya itu cuba nak merosakkan pakatan rakyat... suara tetap mahukan keadilan kepada rakyat... takder pun suaranya tu cuba nak rosak pakatan rakyat...

Tetapi statement anda tu seolah-olah mahu memecah belahkan pakatan rakyat... ataupun benarkan anda nih orang kuat PAS... sebab pada pandangan mata saya... tindakan anda nih dah macam UMNO...

setuju tak semua???

Post a Comment