dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

16 April 2009

hakim mencabul

Buat pertama kali dalam sejarah perlembagaan negara dan mungkin dalam dunia barangkali apabila badan perundangan telah menidakkan kuasa yang ada termaktub dalam bidang kuasa perlembagaan negara. Tidak salah jika saya katakan badan perundangan telah mencabul badan perlembagaan. Ini telah membuktikan bahawa badan perundangan Malaysia telah dicemari dengan tangan-tangan ghaib yang mempergunakan mereka untuk kepentingan sendiri. Perbuatan ini amat lah memalukan. Ini juga telah meletakkan badan perlembagaan ditahap mudah dinodai.

Namun demikian, perbuatan ini secara langsung telah menyebabkan fakta kes ini akan menjadi bahan rujukan kepada maner-maner kes perlembagaan terutama apabila kes itu ingin mencabar keputusan speaker. Sekaligus meletakkan bahawa mereka yang pernah diambil tindakan oleh maner-maner speaker dewan undangan negeri berkebolehan untuk menidakkan apa jua tindakan speaker samada didalam ataupun diluar dewan.

6 comments:

Baginda Reformasi said...

speaker cam da takde kuase pape... tp speaker BN berkuase... kalau tak takan boleh gantung gobind...

joepengkalan said...

seperti yg di jangka kan....sebijik mcm ceghite sembilu...skrip semua dah ada...tinggey nak tayang je...dah agak dah mahkamah cakap mcm tu...sebulat suara lak tu...adusss...lepeh ni boleh la PR lak bawak kes ke mahkamah sebab MP Gobind yg kene gantung tu...sebab speka dah tak de kuasa...

Busbar said...

betul tu..apa lagi bawak kes tu ke mahkamah juga la...biar rakyat bandingkan...

soklan said...

mungkin sbb speaker buat keputusan tu diluar dewan, sbb tu xsah, takpe nanti bila bersidang speaker boleh gantung balik MB haram dan exco haram tu..

Anonymous said...

keputusan dari mahkamah persekutuan hari ini hanya merupakan satu deklarasi dan bukan penghakiman muktamad. ini bermakna dewan boleh mengenepikan arahan ini. episod ini akan bertambah hangat lagi. tuuuuuuuuuuuuuunggggggggggggguuuuuuuuuuu

yobleh.

dugong_darat said...

anon 6.52pm

mabbe yes...
kita tunggu 7 mei nnt..

Post a Comment