dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

05 April 2009

Kenyataan Akhbar CYM - Penyalahgunaan Perkataan "Barisan Nasional"


Kami, Concern Youth Movement (CYM) @ Pergerakan Belia Prihatin, ingin mengulas terhadap kenyataan seorang perwakilan Pemuda UMNO, Nur Saidi Nayan, di perhimpunan Agong UMNO semalam, bertarikh 27 Mac 2009, yang menggesa kerajaan mengharamkan penggunaan nama "Pakatan Rakyat" kerana mendakwa ia satu pertubuhan haram.

Berikut adalah kenyataan Nur Saidi Nayan:

1. "Bilakah Pakatan Rakyat diluluskan? Bilakah Pakatan Rakyat menjadi pakatan siasah yang sah dari segi undang-undang?" kata wakil Pemuda UMNO, Nur Saidi Nayan.

2. Tambahnya, gabungan tiga pembangkang itu tidak pernah ditubuhkan secara rasmi.

3. "Kalau tidak ada (secara rasmi), kenapa semua pihak - parti parti politik, media massa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta - memberi promosi percuma kepada pertubuhan haram itu?

4. "Saya cadangkan, kita hari ini haramkan semua pihak menggunakan perkataan Pakatan Rakyat kerana ia merupakan sebuah pertubuhan yang haram.”

5. Berbeza dengan UMNO yang dilahirkan dalam istana, katanya lagi, gabungan pembangkang "parti serpihan (yang lahir) bersama dendam, khianat dan demonstrasi jalanan."


Berikut adalah pengulasan kami mewakili belia – belia di Malaysia:

Berdasarkan kepada kenyataan Nur Saidi Nayan, kami mencadangkan dia supaya mengharamkan dahulu penggunaan “Barisan Nasional”. Mengikut peredaran masa, perkataan Barisan Nasional digunakan terlebih dahulu. Semenjak tahun 1973, iaitu selama 36 tahun, perkataan Barisan Nasional digunakan secara meluas. Sebelum itu, Barisan Nasional dikenali sebagai Parti Perikatan. Kesemua 13 komponen Barisan Nasional termasuk UMNO, MIC dan MCA adalah parti yang diluluskan secara sah dari segi undang – undang dan mempunyai perlembagaan sendiri.

Maka persoalan yang timbul... untuk sambungan sila klik

1 comment:

Anonymous said...

Komen ringkas...

Ini lah masaalah nya bila ramai yang masuk menjadi ahli sesuatu pertubuhan pada asal hanya sebagai penyokong.Akan tetapi bila jiwa sudah besar mereka cuba untuk memimpin.

Mereka tidak mahu mendalami ilmu dan akedemik untuk melayakkan mereka memimpin, dan mempunyai syarat kelayakan sebagai pemimpin.

Maka terdapatlah ramai yang menjadi pemimpin tong kosong yang berpolitik tanpa isi.

Dan mungkin menjawat jawatan tinggi dengan tidak berkelulusan hanya kerana menang pilihanraya.

Post a Comment