dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

18 April 2009

Membaca amalan mulia

daripada sumber berita...

Berpandukan kepada statistik kadar celik membaca...
85% daripada rakyat Malaysia yang kerap membaca...

77% suka membaca surat khabar...
3% suka membaca majalah...
3% suka membaca buku...
1.6% suka membaca komik...

Kadar buta huruf negara(6.8%) disifat agak tinggi berbanding negara-negara maju dimana kadar hanya setakat 1% daripada jumlah rakyat mereka...

Berita yang wajar diambil perhatian, sebab dalam keadaan kemodenan negera kita yang macam pesat membangun nih, kadar buta huruf masih lagi tinggi... Mungkin ada yang tak kene dimana-mana institusi yang berkaitan kut... hehehehe...

Tetapi relatifnya daripada berita ini, kalau rakyat Malaysia ada 25 juta orang, kira-kira 16.4 juta rakyat Malaysia lebih kerap membaca surat khabar berbanding bahan bacaan yang lain...

Fuh banyaknya kepala nak kene kencing kalau akhbar di Malaysia memutar-belitkan fakta... tu baru yang baca akhbar, belum lagi yang tengok TV sahaja... (kes malas membaca)... lagi la ramai...

Oleh yang demikian, mari la sama-sama kita ajak mereka yang duk seronok baca surat kabo tu baca pulak blog... kurang la sikit kene kencing tu... kurang sikit basah pala kome tu...

hehehehehehehe...

p/s pagi tadi nyaris terjerumus beli surat khabor utusan... sebab internet umah tengah problem...hik hik hik

2 comments:

abgBro said...

wahhahaa ayat nyaris terjerumus tuh...mmg lahanat tul utusan ni..

p/s yeop mintak ijin nk mengopi posting neh..

dugong_darat said...

di sila kan abgBro...

Post a Comment