dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

02 April 2009

nukilan tok iskandar - 01/04/2009

Send by tok iskandar


Pertembungan di antara menteri pasola zambri dengan mb rakyat nizar di negeri Pasir Dua Butir penuh dengan adegan yang mencuit hati dan perasaan.

Dahlah kempunan jadi imam,menteri pasola menjaja citer tak dapat jadi imam se malaya di dalam saluran ceria umno,tv suku dan paper-paper totok umno.

Lepas ni kalau nizar sembelih ayam,menteri pasola akan complain tak dapat sembelih ayam.tok paham betapa desperadonya menteri pasola ketika ini.Kalau boleh apa yang dibuat oleh nizar,menteri pasola mampu lakukan.menteri pasola boleh....dan menteri pasola yakin boleh.

setelah dirampasnya negeri pasir dua butir dan telah puas melanun di jajahan takluk negeri pasir dua butir,baru menteri pasola sedar dia syok sendiri pasal rakyat bersama nizar.

menteri pasola ingat boleh rampas kesemuanya.rakyat dah bijaklah....kerajaan bawah pokok lebih mulia daripada kerajaan lanun yang diperintah menteri pasola.

suara keramat rakyat yang kini bergema berselang-seli dengan takbir,reformasi dan makkal sakhti di Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai bagai hunusan pedang dan tombak yang bakal merobek kerajaan lanun menteri pasola di negeri pasir dua butir.Laksamana do re mi(Bukit gantang,bukit selambau dan batang Ai)akan menumbangkan keangkuhan empayar keris bertangkai satu dan soldadu-soldadunya dari barisan timbang kati karat.

Ketika itu rakyat akan bersorak,berteriakan kerana bukan sahaja negeri pasir dua butir bebas merdeka tapi keseluruhan negara tercinta bebas daripada cengkaman empayar keris bertangkai satu.

menteri pasola boleh balik pulau d'pengkor.

lambat pulak mamak ni.teh wunek...vanga.tok dah haus.

terima kasih tok atas article tersebut...
Blogged with the Flock Browser

1 comment:

Orang Penang said...

benar tok....kita tunggu negeri do, re , mi,,,,,lepas tu,,,,mmg en zam akan kembali ke PPangkor ternak ikan.....:-)

Post a Comment