dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

10 April 2009

Our Cabinet Rakyat - Projek Mee Segera

OTW teman balik dari KL semalam adik teman SMS bagi tau yang list cabinet dah keluar. Berbalas balas SMS le kami berdua. Sampai rumah blackout. Tak dapat nak tengok apa blog pun. Ari ni baru nampak cerita cabinet. KABINET RAKYAT katanya


Yang best nya ada dari lineup kabinet ada bukan ahli parlimen (sebab kalah masa PRU12 ari tu). Jadi apa ke maknanya ni kepada baki ahli parlimen yang tak dilantik? Korang tak boleh buat keje? Korang tak baguih? sehinggakan PM terpaksa lantik bukan ahli parlimen sebagai menteri. Itu YB YB kena pikio sendiri.

Yang teman nak cerita ialah pasai projek mee segera. Asai tuko PM mesti buat rombakan. Buat rombakan sampai tahap tuko nama kementerian. Aduhai jenuh le kami yang nak berurusan.

Projek Mee Segera (under kementerian)
Letterhead printing, car sticker printing, resit printing, signboard maker, name tag, staff pas, door access pass, logo, borang, bahan pameran, laman web dan macam macam lagi le. Itu jangan cerita rebranding corporate image kementerian seperti RTM yang asyik bertuko setiap kali tuko menteri.

Projek Mee Segera (bukan bawah kementerian)
Peta oleh agensi tempatan untuk menunjukkan lokasi kementerian dan Signboard jalanraya (banyak kat putrajaya tu). Mungkin list ni akan panjang jugak bila makin dipikiokan.

Jadi kos kena keluar. Pembekal menunggu tender dibuka. Kroni mula register company. Kawan mula bertanya khabar. Tak dapat semua sikit pun jadi le. Lagi pun bukan senang nak habih kan budget 60 bilion tu. ye tak?

wa chow sin

6 comments:

Anonymous said...

uihh..betoi tu..projek "mee segera" gak tuh..printing mcm2.. rebranding.. tp jgn la bapak PM lupa, ada staf2 gomen yg kementeriannya kene mansuh/gabung, tgh penin dok mikio mana tmpt deme lepaih ni... klu yg permanent tu takpe le..klu yg status pekerja kontrak sementara tu camner pulak? jgn terlepaih pandang udah le... - Neo

peihong said...

udah terlepas pandang le... tu yang gabung sana gabung sini....

Mamai said...

Kabinet yang kecil tapi besar...........mee segera memang tak ada tapi mee mamak ada

peihong said...

mee mamak telo truk dua... jangan lupa taruk ayam sekali hehehehe

Anonymous said...

Aku nak buka syarikat le.

peihong said...

jangan lupa kat teman... sebagai tuan penasihat...

25 persennnnnn...

Post a Comment