dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

11 April 2009

Pengumuman Penting - Hot hot hot

Pidato Rakyat Pasca Bukit Gantang yang sepatutnyer dijadualkan dibuat Dewan Dato Ahmad Said, Sg. Rokam telah dipindah ke Jalan Pemimpin Manjoi.

Rakan blogger, Ajijoi yang berada ditempat kejadian memberitahu sekeliling Dewan Dato Ahmad Said, Sg. Rokam telah dikepong oleh pihak polis yang tidak membenarkan forum tersebut berlangsung.

Mereka dijangka menggunakan kekerasan andai forum tersebut dijalankan juga dilokasi berkenaan. Namun untuk meredakan keadaan, pihak penganjur telah mengubah lokasi ke tempat lain. Keadaan di Dewan Dato Ahmad Said dilaporkan kembali tenang apabila pengunjung mula beransur-ansur keluar untuk ke lokasi lain.

No comments:

Post a Comment