dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

19 April 2009

Pokok Demokrasi Dicabul Lagi

Kira-kira jam 9.30 pagi teman dikejutk dengan panggilan telefon yang menyatakan pihak DBI sedang buat kerja di pokok demokrasi kita. Teman bergegas bangun dan bersiap untuk ke lokasi...

Setiba teman di lokasi kelihatan terdapat satu lori DBI sedang menurunkan pokok ficus (kalau tak silap teman) di bawah pokok demokrasi kita tu...



Rupernya dah ada sesi menanam pokok ficus disekiling tapak pokok demokrasi perak ini sebelum ini. Pokok yang ditanam sebelum ini kelihatan hampir layu dan nak mati...



Terdapat beberapa kelibat orang awam yang melihat pekerja-pekerja DBI ini menanam pokok tersebut sambil menggelengkan kepala...



Mereka ini tidak mempedulikan keadaan sekeliling lagi lalu terus-terusan menanam pokok untuk memenuhi kawasan keliling pokok demokrasi tersebut...



Pada pengamatan teman tak kurang dari 30 pokok ficus ini telah ditanam disekeliling pokok demokrasi ini






Teman sempat bertanya kepada pekerja DBI yang bertugas ketika itu, beliau berkata, beliau pun tidak tahu sebab apa mereka dikerahkan untuk menanam pokok disitu... mereka hanya menerima arahan untuk tanam pokok tersebut disitu...

Ikut pengalaman teman, pokok yang ditanam ini berdaun rimbun, pokoknya tidak tumbuh tinggi sangat. Kalau ditanam rapat-rapat sedemikian akan menyebabkan tiada ruang untuk berdiri lansung dikeliling pokok demokrasi tersebut...

Pada pandangan teman, kejadian ini adalah bertujuan untuk menghalang sebarang aktiviti dilakukan di bawah pokok itu lagi. Dengan penanaman pokok tersebut juga akan membunuh secara perlahan pokok demokrasi tersebut kerana semua nutrient dalam tanah akan diserap oleh pokok yang baru ditanam. walaupun tidak akan mati tetapi akan menyebabkan kekurangan nutrient. Namun teman tak nafikan yang pokok yang baru tanam mungkin akan mati juga sebab gagal bersaing dengan akar pokok demokrasi ini...

Teman gagal memahami apa yang dipikiorkan oleh pihak yang berkenaan sampai boleh terpikior nak buat camni demi kat pokok demokrasi ini... nampak benor bencinyer deme terhadap pakatan rakyat yang telah menaiktarafkan pokok yang tak saper nak mandang nih ke mata rakyat Malaysia khususnya dan rakyat dunia amnya...

p/s penyakit hati adalah penyakit yang paling bahaya dalam apa juang perjuangan... sama-sama la kita berdoa agar hati-hati mereka ini akan sembuh dan turut sama bersama berjuang bersama kita... amin..

25 comments:

kulupSakah said...

kah kah kah

joepengkalan said...

deme tu bukan takat org je deme nak cabul..pokok pun nak cabul..siap letak banyak2 lagi keliling pokok tu...isk isk isk...dasar pengecut betoi le UMNO ni

Anonymous said...

Betapa buruk dan rendahnya tahap pemikiran puak-puak UMNO/BN ni jika sampai ke tahap inilah tindakan mereka untuk menghalang semangat demokrasi di kalangan rakyat. Orang-orang yang rendah akal dan intelektual yang macam ni ker yang kita nak harapkan jadi pemimpin??? Rakyat Malaysia khususnya dan masyarakat dunia amnya sedang memerhatikan tindakan desperado puak-puak UMNO/BN yang sedang ketakutan dengan bayang-bayang kejahatan sendiri dan sedang menggali kubur sendiri dengan tindakan bodoh dan tidak popular mereka tu....

Kita sama-samalah doakan agar yang tumbang nanti adalah mereka-mereka yang cuba mematikan pokok demokrasi ini, dan sebaliknya pokok tersebut akan terus hidup subur merendang!

pengliuporlari said...

masyaallah....kalau dah tak bagi adun PR kumpul disitu letak je kawad duri!tak pun letak satu martex siap FRU kt bawah pokok tu..ala...belanja baru 31juta untuk PDRM..

dugong_darat said...

ruper, sebelum ini ader yang dah buat coverage news ini, tetapi kali ini deme tambah lagi pokok rupernyer...

kome baca kat sini...

http://muslimeen-united.blogspot.com/2009/04/mereka-bertindak-lagi-terhadap-pokok.html

gambor kat sini yang lama nyer...
teman perasan yang ader pokok yang dah nak mati...

jadinyer sebab tak pueh hati deme tambah lagi pokok pagi tadi...

Mamai said...

berita palingl awak aku pernah baca pasal ornag BN nie nampak sanggat mereka nie takut sampai pokok yang tak boleh bergerak tu pun nak di kacau ahahahahah

tebuan tanah said...

yop, teman ingat deme tu,dah tk ada keja lain lagi nak buat kt perak nie, tanam pokok pun jadi lah, teman ingat teman nk pi esok nak tabur benih biji betik, 6 bulan dari skg dapat jugak makan hasilnya.

peihong said...

tanam pokok durian sekali tebuan... untuk anak cucu

dugong_darat said...

bro...

jom buat proposal bela keli kat bawah pokok tu...

gerenti lulusnyer...

kar kar kar

anak kedah said...

nampaknye org umno ni penakut tahap cipan...
pokok pun dia takut...nampak sgt la depa ni pondan...terasa kegerunan PR selepas ini..
hidup Keadilan dan Parti Rakyat.!!

Anonymous said...

tengkorak...

Tinta Hitam said...

Bila takut.timbul gelabah.Bila gelabah mula la buat kerja yg bangang..Sepatutnya Dr Zambri buat kajian.Dia org PHD takkan tak tau nak buat kajian.Buat kajian terperinci mengapa org melayu semakin benci pd UMNO.

Bukan buat kerja yg sia sia tu..

NIZAR said...

pokok demokrasi kejadahnya...tanam pokok je pon bukan tebang pokok tu...kan pokok hijau mampu ambil karbon dioksida jadi oksigen yg kite sedut hari2 ni...elok pe dia buat macm tu...kire berfikir jugak la...takde la sia2 sangat seperti penulisan ko ni hahahaha

alang said...

hahaha. Ni la nama nya org takde keja. Dah si Zambry tu nak masuk DUN tak bleh, dia pikir la keja bodoh camni. Adeiii. Lepas ni silap2 dia pasang Pak Guard lagi nak jaga kawasan tu.hehe

aiman said...

biarla apa depa nak buat kat situ...kalau satu pihak asyik nak menagungkan pokok yang tak pernah diambil tahu sebelum ni hanya Allah swt sahaja yang tahu muslihat dan agenda serta niat hati kumpulan tu...kan lebih baik buat kerja yang berfaedah dari asyik membelai pokok tu nak bina tugu buat sambutan berkuasa kat pokok tu apa punya mazahab yang kumpulan tu ikut. ada sanggup datang dari jauh nak sensasi kat berita ni...banyak sangat ke bayaran yang kau orang dapat...

Anonymous said...

Memang UMNO ni pengecut tak tentu fasal. Bila bergaduh ngan orang singapore, cepat2 ketua pemuda UMNO minta maaf. Agaknya takut orang singapore sekeh kepala. Gaduh lagi bagi Pulau Batu Putih kat depa. Hamid Albar pun kata Pulau tu tak berniali kerana batu je..La ni pulau pisang kat johor..nelayan kita tak boleh rapat. Walau pun bukan milik singapore, tapi orang dia yang doak ada atas tu dan orang kita tak leh rapat, semacam depa punya gak la pulau tu.

Masa PAS dapat Kelantan pada 1990 dulu...habis dikerah agensi kerajaan termasuk sekolah supaya dihilangkan cat hijau pada pintu dan dinding bangunan. Maknanya semua sekolah yang terdapat cat hijau kena cat lain takut dihantuui pas. Nasib baik la tak dak orang yang boleh cipta baja untuk sembur kat pokok supaya daun jadi biru. Kalu tak semua pokok tak dak lagi kehijauan dan orang yang cipta baja tu tentunya kaya raya....keh...keh

Anonymous said...

Memang UMNO ni pengecut tak tentu fasal. Bila bergaduh ngan orang singapore, cepat2 ketua pemuda UMNO minta maaf. Agaknya takut orang singapore sekeh kepala. Gaduh lagi bagi Pulau Batu Putih kat depa. Hamid Albar pun kata Pulau tu tak bernilai kerana batu je..La ni pulau pisang kat johor..nelayan kita tak boleh rapat. Walau pun bukan milik singapore, tapi orang dia yang dok ada atas tu dan orang kita tak leh rapat, semacam depa punya gak la pulau tu.

Masa PAS dapat Kelantan pada 1990 dulu...habis dikerah agensi kerajaan termasuk sekolah supaya dihilangkan cat hijau pada pintu dan dinding bangunan. Maknanya semua sekolah yang terdapat cat hijau kena cat lain takut dihantuui pas. Nasib baik la tak dak orang yang boleh cipta baja untuk sembur kat pokok supaya daun jadi biru. Kalu tak semua pokok tak dak lagi kehijauan dan orang yang cipta baja tu tentunya kaya raya....keh...keh

dugong_darat said...

to NIZAR (celup)

Camni la... kalau penulisan teman nih dikategorikan sia-sia pun takder masalah... cuma teman nak kabo kat mike, teman nih ader diploma dan juga advance diploma dalam bidang pertanian, pernah berkerja dalam bidang landskap, tak lama, cuma 6 bulan sebelum teman sambung belajo balik... rasanya kalau teman ulas menggunakan ilmu yang teman ada, maka mike nak kabo kat teman, yang sia-sia jer la Arwah Ayah teman nganto teman belajo dulu... so???

to Aiman...

hebat betui pengetahuan anda sehingga boleh mendefinasikan fahaman orang tentang pokok demokrasi melalui ikutan mazahab... setahu teman la... wujudnyer istilah pokok demokrasi nih adalah sejak zaman nabi lagi, bila dibawah pokok juga berlaku persidangan yang membincangkan hijrah nabi dahulu...

dan lagi satu... teman orang ipoh jer... tak jauh maner pokok tu dengan teman... dah takder siapa yang bayor teman buat coverage tu...

bukan macam sesetengah blogger pro BN tu... dah dibayar 30ribu tapi siarkan berita tahap budak tadika... letih teman...

Anonymous said...

setahu teman ..tu pokok publisiti,....nasib baik tak ada kebun..kalu boleh hasilnya dijual kat pasar selayang...satu lagi boleh masuk melodi..sebab pokok publisiti murahan tak ada nilainya...sampak kena lelong..hahhhaha

dugong_darat said...

errr...
aper yang kene lelong...
pokok ker yang kene lelong...???

peihong said...

femes pokok ni..... sampai berjela jela komen. hahahaha

Anonymous said...

hehehe

Anonymous said...

Pokok je nak digaduh-gaduhkan. Lain kali taruh tokong jer bawah tu, pastu balut dgn kain. Siapa pun tak boleh kacau dah. Abih cerita

peihong said...

apa barang taruk tokong... baik upgrade buat macam uptown tu. boleh jugak orang datang berniaga.

nak lagi best buat satu podium dan kepada sesiapa nak berucap biokan kira macam speaker corner macam kat hyde park, london tu...

amacam ada beran ka?

dugong_darat said...

teman brani...

baru ader kemajuan minda masyarakat...
takder duk takuk lama jer...

Post a Comment