dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

07 April 2009

PRK N25 Bukit Selambau - Keputusan Rasmi

Habis kesemua 22 peti undi dikira maka dengan ini Calon PKR S. Manikumar telah memenangi DUN Bukit Selambau dengan majoriti undi sebanyak 2396 undi. S. Manikumar telah mengalahkan S. Ganesan dari MIC serta 13 calon Bebas.

Peningkatan undi majoriti hanya sebanyak 34 undi sahaja.

Latarbelakang Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau

Pada 9 Februari 2009, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mengisytiharkan Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) kawasan Bukit Selambau, V. Arumugam melepaskan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India dan ADUN kawasan tersebut. Arumugam, menerusi seorang wakilnya, telah menghantar dua pucuk surat iaitu sepucuk mengenai peletakan jawatan ADUN yang ditujukan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri dan sepucuk lagi kepada Azizan untuk memaklumkan peletakan kedua-dua jawatan iaitu Exco Kerajaan Negeri dan ADUN.

Pilihan raya ini mencatat sejarah kerana terdapat 15 calon yang bertanding, iaitu seorang wakil Barisan Nasional (MIC) iaitu Datuk S. Ganesan, dan seorang wakil Pakatan Rakyat (PKR) iaitu S. Manikumar, diiringi 13 orang calon bebas.

Dalam Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008 V. Arumugam menang dengan majoriti 2362 undi mengalahkan S. Krishnan dari MIC.

TAHNIAH BUAT PKR YANG BERJAYA MENGEKALKAN KEMENANGAN DI N25 DUN BUKIT SELAMBAU

9 comments:

koyengtempur said...

mlm ni man utd menang ke kalah?aku sokong liverpool

peihong said...

liverpool punya game esuk... teman le teruk malam ni MU punya game. esuk pukui 5 pagi nak ke KL. pukui 10 pagi ada exam... tumpo.....

kuda_laut said...

hehehehehe..mana nak buatyob..redha je la..

peihong said...

tu yang tengah mencari pelampung ni... hehehehe

mike keroje ke esuk?

Anonymous said...

MU mesti kalah malam ni....liverpool gerenti menang champion league.....

Anonymous said...

MU kena belasah malam ni....4-0....mesti tengok jangan tak tengok

Anonymous said...

tahniah,,,,PKR.....hidup DSAI hidup PR

Gerard said...

PR & Liverpool - You'll Never Walk Alone
Aku Tetap Bersamau

peihong said...

menang kalah MU malam ni pun kira gamble le... kalo menang berbaloi le tak tido ... kalo kalah nasib badan le... hehehehe tapi yang penting selagi mampu tengok teman akan tengok game MU. heehehehe

Post a Comment