dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

29 April 2009

Selsema Babi

Dulu masa kerajaan selangor nak buat pusat penternak babi moden semua bising bising. teman pun prnah diattack pasai teman bersetuju dengan pusat babi moden ni.

Kenapa teman sokong? Sebab teman merasakan kawalan ke atas ternakan ini perlu diadakan. Satu sistem (kebetulan teman dah tengok blueprint pusat babi moden ni) yang menitikberatkan kawalan alam sekitar yang meyeluruh disamping penempatan satu kawasan penternakan berbanding sekarang yang ada di merata rata tempat tanpa kawalan.

Maka berbagai bunyi didengari. Yang menentang pusat babi moden. Dibicarakan di kedai mamak malahan di dewan rakyat. Hingga semuanya menjadi senyap...

DUM!!! Here come selsema babi aka swine flu... semua dah start susah hati. Malahan ada pula suara menyatakan supaya pusat babi moden perlu dipercepatkan pembinaannya.

so what do you say people?

wa chow sin

p/s : bila sebut swine flu teringat satu game yang guna nama s.w.i.n.e.

No comments:

Post a Comment