dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

15 April 2009

Teh Panas

Pada suatu hari.. seorang lelaki pergi kesebuah restoran untuk minum petang…

Disebabkan wang yang dibawanya cuma 70 sen saja… dia cuba bertanya harga segelas teh panas

dan teh sejuk… lalu pelayan restoran menjawab..


“Teh Panas 70 Sen & Teh Sejuk RM 1.20″


Lelaki itu terus meminta teh panas dan apabila pelayan menghantar segelas teh panas mendidih itu

lelaki itu tanpa teragak-agak terus meneguk teh panas itu sampai habis dengan lajunya….


Pelayan itu melihat dengan penuh kehairanan..  kerana teh panas mendidih itu boleh habis dalam

sekelip mata sahaja…


Lalu lelaki itu memberi wang 70 sen dan berkata

“Kalau lambat diminum… air ini jadi sejuk… kalau sejuk tak pasal2 saya kena bayar RM 1.20..

lebih baik cepat-cepat diminum kerana wangku hanya ada 70 sen saja”


Blogged with the Flock Browser

No comments:

Post a Comment