dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

08 April 2009

Terima kasih

Para pengundi di Parlimen Bukit Gantang ini. Ucapan terima kasih yang terhingga teman kepada kalian semua telah keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab anda. Menang atau kalah bukan menjadi isu. Andai di bukit gantang, pakatan rakyat gugur, teman tetap terima dengan hati yang terbuka. Andai BN yang gugur, teman adalah antara umat manusia yang paling suka. terubatlah sedikit luka. tertutup sedikit nista nestapa.

Walau pada hakikat sebenarnya teman rasa masih gagal sebab gagal memenuhi permintaan rakan-rakan seperjuangan yang berharap supaya memastikan sebanyak 75% pengundi keluar mengundi sebelum jam 1 tgh hari. Gagal untuk menyelaraskan jentera logistik dengan lebih efisien supaya dapat membawa lebih awal pengundi untuk keluar mengundi. Mungkin kelemahan komunikasi teman, gagal untuk menyampaikan pesanan itu kepada jentera semua. Memang tidak dinafikan, kegagalan mewujudkan 'mutual agreement' antara jentera-2 pilihanraya kali ini, sedikit sebanyak telah mencacatkan sedikit perjalanan jentera Pakatan Rakyat.

Apa pun, kita tetap berjaya membawa keluar pengundi walaupun waktunyer agak lewat, tetapi berjaya mencapai target yang telah disasarkan.

Sekali lagi terima kasih teman kepada semua rakyat Bukit Gantang yang keluar mengundi tadi. tanpa anda menyokong kami

anda semua telah MENGEKALKAN KEMENANGAN INI UNTUK RAKYAT...

ader lagi nih....
screen teman dah nampak 18 dah nih...
teman beransur dulu jer yeop...

5 comments:

Anonymous said...

tahniah pakatan rakyat..
meh tengok update terkini blog politik kat mesia

http://listblogpolitik.blogspot.com

Anonymous said...

Tahniah untuk semua yang bekerja tanpa mengira penat. Anda semua sangat-sangat dihormati...!

Dari jauh ~ PJ

kuda_laut said...

xpe dugung..ini pengalaman berharga..

next prk atau pru..kita cuba buat yg lebih baik..

atau yg terbaik..pengalaman teman semalam tu..

1st time buat live keputusan pilihanraya terkini..

Anonymous said...

tahniah buat semua..
tahniah buat pengundi-pengundi di bkt Gantang yang telah memilih PAS dan memastikan kemenangan DS Nizar..
Tahniah dan terimakasih buat semua Bloggers @ Bloggers Network yg bertungkus lumus dari hari penamaan calon sehingga ke hari ni..
Usaha anda amat dihargai.

-chaah-

dugong_darat said...

thanks also for the moral support yang kak chaah berikan...

jumpa di sana nanti...

Post a Comment