dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

12 May 2009

1(black)Malaysia, Rakyat TAK diutamakan

Nah, apa lagi bukti yang dimahukan?. Ini semua retorik pemimpin penyapu baru. Konon nak membawa perubahan, ingin mendengar suara rakyat, ingin mengutamakan rakyat. Poooodah!!! Kalau betul mengutamakan rakyat, kembalikan kuasa kami untuk memilih pemimpin Negeri Perak. Mengapa? takut kalah ka? Kalau berani, turun gelanggang, kita buat pilihanraya kecil DUN. Selesai masalah.  Mengapa masih mau mengadu pada mahkamah atau istana? kami penentu undi dan pemimpin dalam negara demokrasi. Tanya pendapat rakyat. Jangan jadi bachul Najib!!!! Cukuplah anda takutkan bini saja. Jangan lagi takut pada rakyat pula.

8 comments:

Anonymous said...

berhati2 dgn posting saudara. Nickname anda yg unik itu memudahkan anda dikesan. Anda penjawat kerajaan. Jgn nanti disebabkan kata-kata jadi binasa jiwa raga.
Nasihat dari seorang rakan.

dugong_darat said...

hehehehehe

susah nak cakap bab nasihat nih...
selalunyer nasihat disertakan dengan cadangan...
tapi...

ntah la...
lain jer cara nasihat nih...

peihong said...

to anon tq...

sebenonya hampar semua writer kat sini boleh dikesan siapakah disebalik nickname kami...

bila perasaan amarah menguasai...

apa pun setiap writer blog ni bertanggungjawab atas apa yang writer tu tuliskan.

mebbe dugong boleh advise penulis diatas...

9W2ACB said...

Berani buat berani tanggung. Perlu apa takut pada manusia kalau manusia sendiri tidak takut pada Tuhan yang menciptanya?

peihong said...

wa caya sama lu...

lu rawk bro....

takbir....!!!

Anonymous said...

Nak kata apa lagi...dah anda bersemnagat demikian. Kalau Mahkhamah pun boleh di main-main, inikan kita insan yg kerdil ni. Biarkan mereka, jika kita tak mampu untuk melawan secara fizikal, berdoa saja agar mereka insaf. Jangan sampai periok nasi kita tungganglanggang dek nak mempertahankan perjuangan duniawi. Nasihat saja. Tiada niat menyalahkan sesiapa.

dugong_darat said...

Takper anon...

macam yang peihong cakap...
Semua writer disini faham risiko terhadap tulisan mereka...

Bagi teman,

Semua ihsan berhak menyuarakan pendapat...

Dan Berani Buat Berani Tanggung...

Bak kater Dato A Samad Said...

Kalau takut pada risiko, jalan berkata soal perjuangan.

Kalau takut dilambung ombak, kenapa nak berumah ditepi pantai...

peihong said...

kalo tak pandai menari mengapa disalahkan lagu pilihan DJ....

alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan...

bukankah kaail sejengkal lautan dalam aku nak duga..


opsss sorrriiiii makin ditulih makin panjang... nanti pembaca lain ingat de anje online ni blog peribahasa moden....

Post a Comment