dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

25 May 2009

Bila BN tidak bertanding

Mungkin lepas mengetahui siapa pemenang Piliharaya kecil Penanti ni kita boleh buat satu perbandingan. perbandingan diantara pilihanraya kecil sebelum ni yang BN bertanding dengan penanti yang BN tidak bertanding.

Perbandingan ni akan menunjukkan perbezaan statitik yang ketara dalam beberapa elemen antaranya :

1. Report polis

2. jumlah anggota polis/FRU (matrek atau subtrek - ntah betoi ke tak ejaan teman ni)

3. Berapa pulak srikandi yang kena londeh

4. berapa helai flyer provokasi yang dijumpai

5. berapa pulak gas pemedih mata yang akan ditembak

6. Akan ada ke pejabat pendaftaran negara yag dibuka sampai puui 12 tengah malam

Cuba bandingkan nanti statistik antara Penanti dengan Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Kuala Terengganu dan Permatang Pauh? Kemudiannya tengok pulak statitik Manek Urai nanti?

tanpa statitik ni pun; polis, FRU, wartawan, jurugambar, cameraman tv, penyokong PR serta pemimpin PR dapat merasakan bahawa tanpa BN pilihanraya kecil lebih aman.

p/s : dengarnya FRU tak perlu pakai pakaian anti rusuhan masa bertugas di Penanti hari tu.

wa chow sin

No comments:

Post a Comment