dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

05 May 2009

Dari Birai Katil

Post ini siap jam 5 pagi tadi...


Hehehehe...

Teman bukannye albanjari. Banyak benor XXX nye. Sekang ni teman posting dari birai katil bujang teman yg dah nk runtuh akibat keberatan teman. Tilamnye dah nak leper sebab acapkali di steamroll oleh badan yang comel ni.

Sambil nak golek2 atas tilam ni,teman saja nak ajak kome pikior ape yang mungkin terjadi 2 3 hari nanti.

Teman jarang post spekulasi. Dan jarang post propaganda. Tapi nak luah ape yang terdetik dalam pala hotak teman ni.

Semuanye berkisar dengan sidang dun perak yang nak langsung tak lama lagi ni.

Beberapa kemungkinan yang best dan tak best mungkin berlaku. Di lihat dari sorotan akal yang waras ni, ape yang berlaku lebih kepada kegabraan pihak yang kononnye memerintah sekarang dengan speaker yang benar berkuasa sekarang.

Bertungkus-lumus la Zambry nak hapuskan speaker sekarang iaitu Sivakumar. Bermacam rancangan dibuat, agar Sivakumar boleh digulingkan. Kalau kita faham rentak yang mereka dah buat, serentak dengan penarikan pengantungan Zambry dan exco coup de' tat nye, penghabisan yang nampak adalah, penggulingan Sivakumar sudah hampir pasti. Caranya, Sivakumar di hilangkan hingga tidak hadir,atau undi tidak percaya terhadap Sivakumar oleh sidang. Ini akan membolehkan sidang melantik speaker yang baru. Kalau ini benar terjadi maka BN akan terus memerintah Perak hingga la ke PRU13 yang tak lama lagi.

Ok. Dijadikan pula Sivakumar dengan kuasa yang termaktub berjaya datang ke sidang dan berjaya menidakkan usul ganti speaker, maka akan berlaku lah sesi halau menghalau dalam sidang yang menyebabkan apa jua undi akan berpihak kepada PR. Untuk mengelakkan dari diri Zambry sendiri dapat malu,maka dia sendiri yang mengusulkan Dun Perak dibubarkan. Dengan itu dia akan diangkat menjadi hero pula. Kenapa Zambry boleh buat demikian,kerana pada dalam risikan yang deme buat, depa boleh menang semua kerusi yang dah sedia ada, serta tambahan 2 3 4 kerusi dari PAS dan PKR. Tempat? Jangan tanye,nanti gelabah YB tu. Ini merupakan last resort yang Zambry boleh guna pakai untuk terus menjaga nama baik dia. Name pun dapat, gelaran dah tentu dalam poket.

2 kemungkinan ini hampir pasti berlaku cuma yang mane satu,kita tunggu 7 Mei ini.

Namun dalam menunggu kemungkinan yang hampir pasti ini, agenda usul ke dewan akan menjadi satu backfire pada BN. Deme kabo yang speaker tak boleh tolak usul yang difailkan,jika cukup syarat matang iaitu 14 hari dari tarikh sidang. Kecuali usul tergempar. Teman tak pasti news ini,tapi ciberboron kate dia nak berhujah bab ni, tapi buku tinggai kat mane ntah dia tak tau.

Walaupun tak jawab lagi,teman boleh la ambik kesimpulan,jika usul ini terpaksa di terima, maka banyak lah usul macam ni muncul semasa sidang parlimen nanti. Tak ke kene batang idung sendiri. Sama macam kes Gobind.

Seperasaan teman, apa yang berlaku di Perak ni,telah membuka banyak ruang untuk Pakatan Rakyat melakukan sesuatu. Follow what the path that have been made. Dan juga sekalung terima kasih kepada coup dé tat ni, Dato Seri Nizar menjadi lagi kuat dan berpengaruh. Sorry to say, BN made him a HERO.

Padan muka kome...

8 comments:

Mamai said...

apa pun BN akan buat asal menang itu cara mereka....

Anonymous said...

PR menang or BN menang...sama je. org melayu tetap terpinggir..DS Nizar bagus or DS Zambry bagus masih menjadi psoaln. mereka masih br dlm soal memerintah. yg pasti cina n india akan ambil kesempatan baik pd DS Nizar or DS Zambry. perkara ini mmg terbukti. dlm kes d Perak parti so call Melayu tak kuat mana pun. PAS or UMNO tak byk pun kerusi menang. Keadilan plak doubt..Melayu or Cina or India or diri sendiri. yg byk menang DAP. nak kuasa punya pasal wujudla PR. Melayu jugak rugi. Melayu sibuk dok bersilat kat mahkamah la DUN la, bangsa lain dah tepuk tangan dan dgn bangganya mereka berkata "TAK SUSAH PUN NAK PECAHKAN ORG MELAYU".
cuma tertanya2 nape PR tak bertanding dgn menggunakan nama PR tp nape masih perlu guna nama PAS, Keadilan or DAP = tak pakat juga sebenarnya. it is all about POWER. tp rasanya baik sokong UMNO or PAS, teruk2 pun perjuangkan Melayu jugak dari Keadilan or DAP. bab politik ni byk yg buta...mcm org bercinta jugak...mcm2.

peihong said...

to anon:

pendapat mike tu boleh diambil kira tetapi teman tak rasa dengan mengundi PR maka undi melayu terpecah. Sebelum wujudnya PR pun memang undi melayu sudah terbelah. antara UMNO dan PAS. malahan satu ketika dahulu antara UMNO dan semangat 46.

bagi teman ini menunjukkan kematangan politik. Malaysia memerlukan 50 tahun tetapi amerika memerlukan masa yang lama lagi untuk berubah.

antara faktor yang teman nampak ialah untuk menguji kemampuan pilihan kedua sebagai pemerintah. Ini teman nampak baik sebab selma 50 tahun tiada check and balance dalam pemerintahan BN. Banyak perkara turtunggak begitu sahaja dengan alasan yang dianggap sekadar melepaskan batuk ditangga.

teman amik contoh tanah orang asli; selama 50 tahun BN tak mampu menyelesaikan masalah ni sedangka PR dalam masa 11 bulan menyelesaikan perkara tertunggak. jadi apabila ditakdirkan BN memerintah Malaysia kembali pada PRU13 maka reference untuk rakyat sudah ada. kita boleh katakan dulu kerajaan PR ambik masa 11 bulan untuk menyelesaikan mengapa Kerajaan BN mengambil masa yang lama.

Ini yang dinamakan check and balance.

Berkenaan bangsa mana yang lebih dalam majoriti itu kena tolak tepi. DAP lawan MCA mengapa DAP menang? Jika mengambil kira bangsa sepatutnya mereka iaitu DAP dan MCA duduk semeja dan berbincang sapa yang patut bertanding. Maknanya ada juga perpecahan undi pada kaum cina dan india...

kena tengok segala aspek dan sudut untuk menilai kerana jika menilai dari satu akan meletakkan kembali katak yang keluar dari tempurung ke katak di bawah besen pulak

wa chow sin

dugong_darat said...

adoi la sahabat ku anon...

kalau SPR terima pendaftaran Pakatan Rakyat dulu sebagai sebuah parti gabungan untuk pilihan raya... dah lama semua calon pakatan rakyat bertanding atas tiket pakatan rakyat... bukan tiket parti sendiri... banyak lak undang-undang yang dibuat untuk menidakkan Pakatan Rakyat guna terma PR bila bertanding dalam maner-maner Pilihanraya...

Kalau sahabat menilai dari skop kerja yang 11 bulan dengan 50 tahun memerintah... memang banyak bezanyer... cuma bagi teman sekarang semangat ke'bangsa'an nih kene letak tepi la... 50 tahun memerintah melayu tetap tak maju... masih nak memperjuangkan semata-mata melayu sahaja ker???

Bagaimana pula dengan bangsa lain...??? Bagi saya, pernyataan memajukan melayu dah masuk kategori rasis... kenapa kita tak mahu majukan rakyat... mempertingkatkan taraf hidup rakyat... kita rakyat Malaysia... bukan rakyat melayu... kalau ader yang mengagungkan one malaysia, ini bukan terma mahu majukan melayu... terma itu mahu majukan rakyat... bukan majukan Melayu...(walaupun ciplak PR punyer, tetap nama nyer nak majukan rakyat, bukan lagi nak majukan bangsa...) ada faham...???

Parpu Kari said...

AKU NAK CABAR KORANG WAHAI BLOGGERS FUCKATAN RIOT! APA KORANG BERANI NAK SAHUT CABARAN AKU?

KALAU BERANI DAN KAMU MEMANG ANAK JANTAN, THEN BACA NI DAN SAHUTLAH CABARAN PARPUKARI!

http://parpukari.blogspot.com/2009/05/siapa-bomohkan-siapa.html

peihong said...

to parpukari
blogger yang ko cari tu tak de kat sini?

sini yang ada blogger dari blogger network@perak, blogger bebas, blogger pas (tak pasti aktif atau tidak) dan blogger umno.

ko kene search kat google la mana blog blogger fuckatan riot...

dugong_darat said...

yup...

mike dah silap masuk umah nih....

Anonymous said...

pendapat saudara pei hong ada nas-nas yg boleh diterima pakai terutamyanya check n balance. sy setuju kita mmg perlukan check n balance setelah sekian lama merdeka. mungkin skrg merupakan masa terbaik utk kita melihat suasana check n balance ni. just wait n see. tapi untuk saudara dugong darat ini memajukan melayu bukan racist namanya. kita nak lihat bangsa kita berjaya. bior balance dgn bangsa lain. kita lihat di singapore dia nak memajukan rakyat tp bangsa cina tetap diutamakan. jgn salah faham dgn maksud racist ni. sy berkesempatan melihat blog sudara dugong darat n apa yg saya faham saudara merupakan seorang penanam anggur kehormat dan seorang melayu. ptanyaan sy, berjayakah saudara dugong darat dr sudut bangsa melayu n rakyat malaysia? maaf sekiranya ptanyaan ini agak kasar tp itu reality. tp berdasarkan apa yg ditulis saudara pasti seorang yg bpelajaran cuma sy kurang pasti kenapa saudara begitu bangga dgn title pangganggur. apakah memajukan rakyat seperti kata saudara itu sebenarnya ckp2 kosong atau saudara sendiri yg memilih utk tidak maju atau sekadar melepaskan luahan rasa saudara. hanya saudara dugong darat yg lebih memahami.

Post a Comment