dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

18 May 2009

Kalau tak mahu membazir

Sejak kebelakangan ini orang duk heboh buat tu membazir, buat ini membazir, membazir duit rakyat, menyusahkan rakyat. Yang teman herankan, dari dulu banyak pembaziran telah dibuat macam buat bangunan PTTC kat tol jelapang tu last-last tak fungsi yang betui-betui berharga bagi kerajaan Perak. yang lagi best, bangunan tu strukturnyer pun dah nak tumbang. Tanah tak stabil.

Selalu benor deme nih cakap bagi pihak rakyat tetapi yang benor nyer deme cakap bagi itu hati perut deme sendiri. Teman tengok polling kat NTV7, kalau tak silap dah 4 kali deme buat poll yang same dan jawapan yang sama deme dapat tiap kali polling dibuat. Tapi deme tetap kabo dan rasa tak perlu BUBARKAN DUN. Tak sedor diri lagi ker atau deme nih pun paper ng berita tu orang lain yang tolong tengokkan.

Tadi teman, Peihong dan MSK duk sembang-2 dan tetiba satu cadangan yang teman rasa patut teman sokong. Aper kater, kalau deme tetap rasa bubarkan DUN dan buat pilihan raya semula tu membazirkan duit rakyat, aper kater buat pilihanraya kecil untuk tiga DUN yang punca secara punca masalah di Perak nih iaitu Jelapang, Behrang dan Changkat Jering. 3 sahaja pilihanraya kecil dan tak perlu berjuta-juta sangat duit dikeluarkan. BN tak pening, Pakatan Rakyat pun tak pening. Untuk mengelakkan daripada 3 pelompat nih hilang duit pencen jadi YB bagi peluang deme bertanding semula di tempat tu. Bertanding la atas tiket parti aper pun. Aper nak ade hal. Kome kater rakyat sayang kome lagi.

Lepas tu, siapa yang menang dan berjaya membentuk kerajaan, mesti menandatangi satu resolusi yang siapa yang melompat atau letak jawatan, kerusi mereka dikira kosong. Dan jika dengan pengosongan kerusi deme tu menyebabkan kerajaan memerintah sekarang hilang majoriti, maka pembubaran DUN mesti dibuat. Perjanjian tersebut ditandatangani oleh semua ADUN dan juga Sultan. Ini untuk manjamin daripada gangguan anasir macam yang berlaku dulu. Teman percaya menalah ini telah dibuat dahulu tetapi kali ini, kita buat secara live dan ada press conference supaya semua rakyat Perak tahu.

Amacam boleh terima ker???

3 comments:

joe Pengkalan said...

kite konpem terima nye...

deme mcm bese le..bukan tak nak teghime..tapi penakut nak teghime...hehehehe

Anonymous said...

yg terbaru..pembaziran yg mmg mngarut...lepas dolah batalkan jmbatan bengkok yg tpksa byr ganti rugi bjuta2 kt kontraktor/consultant...skrg najib nk truskn(confirm jadi), so kos projek akn jd 2x ganda dr twrn awl dlu...pk pk knla, pmbaziran duiot rkyt...dorg main2 je...

Anonymous said...

deme bukan tak mo terima sebab deme tengah menghayati "nadi denyutan jantung" rakyat tu wakakakakakkaa....

-antonoemar-

Post a Comment