dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

19 May 2009

lain yang ditunggu lain yang menjelma...

Ingatkan ade le press conference dari Aminah Abdullah... rupa rupanya ada calon lain yang turut berhajat...


PENANTI 18 MEI-Calon bebas pertama N 12 Penanti semalam muncul dengan membuat kenyataan akhbar dengan mengemukakan alasan untuk membantu para belia dan juga membantu bagi menghalang remaja lepak dan juga merepit.Menyatakan akan bekerjasama dengan semua pemimpin bagi membantu meningkatkan kemahiran belia dan juga membantu menjana ekonomi. para belia dan juga penduduk tempatan.

Belau juga berkata jika memenangi kerusi N12 Penanti perkara pertama yang di fikirkan ialah membeli sebuah kereta mayat bagi meningkatkan perkhidmatan kerana beliau sendiri pernah mengalaminya apabila seorang saudara beliau meninggal kereta jenazah lambat sehingga terpaksa menunggu selama satu jam.

Mohd Sabri Bin Osman 49 seorang ahlii perniagaan kereta terpakai mewah menetap di Kuala Lumpur dan berkata beliau adalah anak jati Kubang Semang dan mempunyai ramai kenalan dan saudara mara yang meminta beliau bertanding sebagai sebuah negara demokrasi.

selebihnya

p/s : berapa penjuru kali ni?

wa chow sin

6 comments:

Hijat Panjang... said...

mungkin 4-5 penjuru jugak dok nampakkk....

dugong_darat said...

4-5 penjuru tak per...

jangan 4-5 belas penjuru...

mujur JURU tu kat penang gak...
kalau tak, tak tau la...

peihong said...

jangan lupa pada jurugambar dan jurukaka

hahahahaha

Anonymous said...

smells like calon bebas tajaan UMNO ni...

dugong_darat said...

hoooo

nasib bukan smell like teen spirit...
tak pun do smmmmmelllll... what the rock is cocking...

hehehehehe

peihong said...

sebenonya bila tengok je calon bebas terus ada bau tikus....

Post a Comment