dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

26 May 2009

lawatan mengejut

Sejak jadi PM ni Najib ni suka dengan lawatan mengejut. Tak nak carpet merah bunga manggar, kompang, khemah, makan minum, penari kebudayaan menyambut kedatangan dia tu. baru le mengejut katanya.

Kemudian trend ni pun diikut le oleh menteri. Ada yang mengejut check doktor. Ada yang mengejut nak ke toilet.

Jadi apa kat kalo rakyat buat lawatan mengejut kat pejabat deme? pi putrajaya dan terus melawat tempat deme keroje? Itu pun kalo berjaya le... silap silap had lobi je dah kene halau balik rumah.

Jadi ada sesapa nak buat rombongan cik kiah mengejut melawat pejabat menteri?

wa chow sin

1 comment:

mamai said...

rasanya dia pun terkejut jadi PM kot....menteri lain tu terkejut beruk...

Post a Comment