dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

12 May 2009

Live dari SUK : Nizar ke Istana

Sebentar tadi, AGS10 kenderaan rasmi Menteri Besar Perak kelihatan telah keluar dari bangunan SUK, timbul kekecohan sedikit apabila trafik tidak dikawal-selia langsung oleh pihak polis, menyebabkan kenderaan awam yang tidak tahu arah keluar masuk daripada kawasan SUK.

Dato Seri Nizar dalam perjalanan ke istana kinta untuk memenuhi jemputan dari istana.

Terlihat juga ada 3 van yang membawa CID telah sampai ke lokasi.

1 comment:

Anonymous said...

Marilah penuhi masjid dengan membuat sembahyang hajat agar DYMM Sultan Pk dan kaum kerabat nya dilimpahi karunia,murah rezeki dan panjang umur dimana Negeri Pk juga ditaburi dengan kemakmuran dan keadilan.
Kepada mereka yang mempercayai dan memperjuangkan keadilan terima kasih semoga jasa dan baktimu di kenang serta terpahat dalam lipatan sejarah Negeri Perak.Syabas.

Post a Comment