dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

12 May 2009

Live dari SUK : Sidang Media Pakatan Rakyat

Sebentar tadi baru sahaja selesai sidang media bersama exco pakatan rakyat. Antara agenda utama sidang media tadi adalah pemberitahuan bahawa surat penggantungan tugas terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-undang telah dikeluarkan. Maka penguatkuasaan penggantungan berkuatkuasa serta-merta.

Antara lain, beberapa projek kerajaan pakatan rakyat yang telah tertangguh akan diteruskan seperti penaiktarafan sistem pengangkutan iaitu sistem bus dan juga sistem penerbangan. Syarikat penerbangan AirAsia telah dihubungi dan mereka menunjukkan minat untuk berkerjasama dengan kerajaan negeri pakatan rakyat untuk menyediakan kemudahan penerbangan di perak.

No comments:

Post a Comment