dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

12 May 2009

Mahkamah Rayuan

Mahkamah rayuan terima rayuan penangguhan peguatkuasaan keputusan mahkamah semalam, yang menyatakan Dato Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Maka dengan itu Zambry kembali menjadi MB Perak.

PENING...

1 comment:

Anonymous said...

Apakah Hakim terkhilaf fakta Nizar tidak pernah kehilangan kepercayaan majoriti?

Apa hal dan logiknya meminta DUN dibubar jika masih memilik kepercayaan majoriti ADUN2 di DUN? Bukankah tindakan Dato Seri Nizar memohon DUN dibubar merupakan keakurannya (admission) beliau sudah tiada lagi sokongan majoriti. Maka untuk mengatakan Mohammad Nizar tidak pernah kehilangan kepercayaan majoriti adalah suatu kekhilafan fakta (error of fact) dipihak Hakim. Tambahan pula, fasal 16(6) tidak juga menetapkan perkara tersebut hendaklah berlaku dalam sidang DUN, dan dalam hal ini tindak-tanduk Baginda Sultan dalam menentu-sahkan perkara tersebut (kehilangan majoriti) adalah bijak dan wajar.

Sukar menerima alasan YA Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim yang enggan menerima hujah bahawa 'perlu meletak jawatan' dalam Perkara 16 (6) UTKP bermaksud 'mandatori' serta Mohammad Nizar perlu meletak jawatan atau Baginda Sultan berhak menyingkir Mohammad Nizar dari jawatannya itu dan jawatan itu akan dianggap kosong.

Kita tunggu apa pula pandangan Mahkamah Rayuan dan seterusnya Mahkamah Persekutuan samada tafsiran (question of law) Baginda Sultan Perak bahawa kepercayaan majoriti tidak semestinya diDUN serta hak Baginda Sultan secara implikasi/ tersirat menyingkirkan MB yang enggan meletakkan jawatannya dibawah fasal 16(6) UTKP.

Pada pandangan saya, tafsiran Baginda Sultan Perak lebih kukuh dan tafsiran Baginda tidak terkhilafpun disegi undang2. Sementara keputusan rayuan, keputusan YA Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim adalah pandangan yang mengikat Dato Zambry.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah IIUM

Saya tabik tindak-tanduk MB Dato Seri Nizar meninggalkan pejabat MB ekoran permohonan Dato Zambry membekukan keputusan Mahkamah Tinggi sementara keputusan rayuannya. Keputusan Sultan seharusnya juga dihormati tanpa perlu bertindak emosional.

Post a Comment