dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

14 May 2009

people speak


suara rakyat suara keramat... jadi dengan permisi teman persembahkan...
Bagi aku pula sebaliknya. Nik aziz seorang politikus yang bagus dan bijak. Pas memang sedang bangun dan berkembang. Itu kenyataan. Ia pun sesuatu yang baik agar pemikiran orang melayu berpolitik agar tak lagi seperti awan yang bergerak sehala. Dahulu apa saja yang dikata Pas, semua orang cakap salah. Sekarang Umno pula melalui situasi ini. Umno cakaplah apa saja, memang ada yang buat aksi jolok tekak macam orang nak muntah.

Soal perpaduan, kalau Nik Aziz menolak, beliau ada alasan. Lagi pun di dalam Umno sendiri ada banyak masalah khianat mengkhianat, cantas mencantas, tibai menibai – sampaikan Pak Lah itu pun tak sabar-sabar diperhambat, macamana orang umno nak ajak Pas berpadu pula? Memang Pas malah PKR, DAP dan lain-lain setuju berpadu suara jika ada isu-isu tertentu seperti isu palestin tempoh hari. Itu kita semua pernah nampak. Isu perpaduan dan kemajuan orang melayu? Dah berpuluh-puluh tahun Umno-BN dapat peluang ni. Orang Melayu nak merasa pegang geran tanah pun ada yang sampai mati tak dapat.

Walaupun aku tak pernah dan tak akan serta mana-mana parti politik, tapi hari ni melihat apa yang berlaku di perak amatlah malang dan menyedihkan. Ini bukan soal siapa betul atau siapa salah. Apakah merebut kuasa dari sebuah kerajaan yang sah (media kerajaan selalu sebut 'pembangkang', pada hal kerajaan) itu elok sangat? Kenapa tak dibiarkan sahaja PR mentadbir dan rakyat akan menilainya di PRU13? Atau kenapa tak diadakan pilihanraya semula? Tak membazir mana pun aku rasa.

Sekarang rata-rata orang yang aku jumpa (kecuali dalam media arus perdana yang dikuasai kerajaan) tak menyalahkan PR pun dalam hal di Perak tu. Umno-BN lah yang banyak kena. Jarang sangat, malah tak ada pun kawan-kawan aku yang setuju dengan tingkah laku Umno-BN merampas kuasa di Perak itu. Dan kawan-kawan aku tu pun bukanlah ahli mana-mana parti politik. Betul-betul memalukan dan entah apa yang di cari oleh pemimpin Umno-BN sekarang ini pun aku tak tahulah.

Aku sebenarnya menyampah juga bila Anwar Ibrahim sibuk dengan 16 september tahun lalu. Rasa menyampah aku tu sama la dengan rasa menyampah terhadap apa yang berlaku di Perak sekarang. Menjadikan Perak zon perang politik amat kejam sekali. Yang menjadi mangsa rakyat Perak juga kesudahannya. Macamlah PRU13 tu tak datang (kalau panjang umur). Ingat, rakyat sedang menilai dan semakin bijak. Yang penting bukan memenangi satu pertempuran, tapi memenangi satu peperangan.

Harap kau faham dengan komen aku ni. Dan kalau ada yang kau, atau siapa-siapa yang tak setuju, itu adalah biasa. Bukan semua perkara kita bersetuju.
sumber

wa chow sin

3 comments:

mamai said...

bukan pasal membazir tapi pasal belum tentu menang kalau buat pilihan raya....nak kira membazir mereka nie mmg dah lama pun membazir wang rakyaat...bukan sikit tapi bayak dah..50 tahun tu kira ajer lah sendiri

peihong said...

biase le bila deme takut... tapi pandangan marhaen macam ni tak boleh diketepikan juga.... mereka juga rakyat

alin0ne78 said...

attteee yeop .. maghoh maghoh juger ..
tp jangan luper sign petition ..
ada kat blog teman ..

ajok geng lain yer yeorp ..

tq

yang mengharap
atteee teman yg dok jauhhh kat Manjung nihh

Post a Comment