dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

06 May 2009

Perkara yang perlu diambil berat

Esok 7 Mei 2009.

Hari bersejarah.

Teman nak berdoa agar semua berjalan lancar. Tiada perkara buruk yang mengundang kepada keruntuhan kedamaian negara kita ini.

Antara pesanan teman kepada semua yang mahu melihat peristiwa bersejarah ini :

1. Kita turun sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadapa demokrasi yang kian pudar. Maka jangan sesekali ada seorang pun antara kome semua datang pakai baju yang ada logo parti. Baik BN, PKR, PAS atau DAP. Kita mewakili rakyat Malaysia yang tak dapat hadir. Bukan mewakili parti.

2. Tolong bersabar. Kita datang dengan aman dan mahu pulang dengan aman. Jangan ada sesiapa yang jenis kurang sabar datang esok. Kalau tak boleh control diri jangan susahkan orang lain. Pesanan ini teman minta semua rakan, ketua-ketua atau siapa sahaja yang mengenali rakan yang panas baran untuk tidak hadir pada hari esok. Takut berlaku perkara yang tak diingini.

3. Teman juga syorkan kepada semua yang hadir bawak surah yasin. Sambil kita beraman-damai di situ, sama-sama la juga kita bermunajat, berdoa semoga sidang DUN tersebut berjalan lancar tanpa timbul sebarang kekecohan.

KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA AMAT CINTAKAN KEDAMAIAN DAN KEAMANAN.

TOLONG JANGAN CEMARINYA.

No comments:

Post a Comment