dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

28 May 2009

Pusing

Pusing is a small town in Perak state, Malaysia. It is located near Batu Gajah, Perak's capital-Ipoh, Siputeh and Lahat.

Pusing located about 5 km from Batu Gajah town, 14 km from Ipoh city. The Sunway Group's Founder and Chairman, YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Jeffrey Cheah was born here.



Apa yang teman nak sampaikan hari ini adalah bukan berkenaan dengan apa yang tertulis di atas.

Sebenarnya lebih berkisar cerita yang berpusing dalam 2 3 4 hari ini. Cerita pusing ini pusing fakta. Dan setiap pusingan itu teman akan berikan hadiah BACKHAND daripada teman.

BACKHAND PERTAMA

Kecut telur. Lari pengecut. Lari macam ayam. Chicken out. Yang sana kater sini pengecut. Yang sini kater sana pengecut. Yang betui-betuinyer dua nak kene BACKHAND dengan teman.......... sat. ingat kene bagi 4 BACKHAND serentak.

Yang pertama kepada Zahid Hamidi. Kalau tak boleh nak debat, kenapa bersetuju daripada awal. Mike nih bukan sahaja menyusahkan ramai pihak, termasuk penyokong mike yang duk belah sana tu. Deme nih dah lah tahu menyalak jer. Kalau nyalak nyer tu betui takpe. Banyak cerita dongeng jer ader la. Walaupun kekadang ada fakta. Bila mike buat camtu teruk deme nih dikerojerkan. Ingat deme pun ader orang bayo gaji jugak ker??? Lain la mike ader bayo gaji deme. TEMAN SMASH SATU BACKHAND.

Yang kedua kepada Husam Musa. Karang teman kater mike nih bangang, kang ada pulak orang PAS serang teman. Tetapi memang mike nih ba..... jap.... kurang bernas.... kenapa nak tunggu sampai orang serang mike, baru mike nak bela diri. jangan la jadi macam Debat dengan KJ dulu. Siap ader main tarik-tarik dan perbetui statement pulak. Lelama orang akan menyampah. Mike akan 'lost face' Pada saat mike tahu Zahid tak berdebat, kenapa backoff macam tu sahaja. kenapa tak buat press statement sebelum media serang mike. itu pun nak kene ajor ker. Penat pulak orang-orang belah nih nak kene defend mike. Mike ingat deme nih ader orang bayo gaji gak ker??? TEMAN SMASH SATU BACKHAND.

Mat Kotak, Mat Kotak. Kenapa mahu lagi muncul di khalayak ramai. Kenapa mahu malukan diri sendiri lagi. Mike adalah NOBODY masa dulu. Sebab mike reformis yang kecewa, maka mike lompat ke UMNO. Lepas tu buat cerita yang sampai sekarang mike cuma cakap jer. Mujur teman tak Seri Pentas (betui ker kat Seri Pentas???). Kalau tak mahu teman guling-guling kat situ masa Prof Agus tu tanyer maner KOTAK??? Mike nih pun orang yang menyusahkan orang-orang belah mike. Penat la meng'up'kan mike. Hero konon. Hero my FOOT. Kalau betui hero kenapa sampai sekarang track record mike, sampai ke satu PRK, BN mesti kalah tempat tu. Oh by the way, nanti teman akan anto invitation card kat mike untuk ceramah kat Manik Urai nanti. Ceramah baik punya. Ramai orang muda yang akan datang. Datang nak tengok KOTAK.... untuk mike.... TEMAN SMASH SATU BACKHAND.

Seterusnya, kepada management Hujah@9 atau pun management TV9. Kalau kome nih pun nak kene cerca dengan rakyat, buat lagi kelaku camni. Kome dulu datang Ipoh, Pakatan Rakyat terima dengan hati terbuka. Sebab kome bawak kelainan. Kome buat sembahyang jemaah kat padang ipoh. Adakah ceramah agama. Baguihnyer cerita. Teman tak pernah tengok berita kome (arap-arap bermutu) tapi Rancangan kome Hujah nih, dari sehari-hari teman nak follow tapi akhirnya tengok kat youtube juga yang menarik. Kalau betui jemput Husam dengan Zahid, boleh tak kabo kat orang yang salah sorang tak dapat hadir. Kenapa perlu lagi wujud berat sebelah, atau mukat orang camni. Jangan sampai kene boikot pulak nanti. Teman tak ugut, tetapi selalunya doa orang teraniaya tu dimakbulkan tuhan. TEMAN SMASH SATU BACKHAND.

BACKHAND KEDUA

Backhand yang kedua nih teman tujukan direct kepada orang yang tulih posting, ikut sedap mulut jer. Tak luper juga kepada dua Mufti dan Ex-Mufti yang tak bebetui cerita yang sebenor. Tak luper juga pada editor surat kabor yang puléh cerita. Di khaborkan 1Malaysia. Tapi idak juga kome nak faham dengan maksud menalah nih.

Yang mogok lapor nih orang-orang DAP yang anjurkan. Deme nih hampir keseluruhannyer bukan Islam. Deme nak mogok lapo ker aper ker, aper yang kene mengene dengan Fahaman Islam. Orang yang Islam disyorkan puasa sunat seperti yang dianjurkan oleh PAS. Jangan jadi bangang bagi statement yang kome tak tahu cerita sebenornyer. Budak sekolah tadika pun faham. Tak cayer, mike try tanyer deme. Mogok Lapor dengan Puasa Sunat mende yang jauh berbeza. Nak teman explain ker??? Tak yah kut, mike try tanyer kat budak tadika. Deme boleh explain lagi detail lagi kut.

Ater camne kome nak kater kome nih 1Malaysia kalau mende camni kome tak tau. Camne kome nak utamakan rakyat, tetapi rakyat idak juga kome faham. Usah cerita yang deme mintak bubarkan DUN nih dulu. Cerodik kan dulu apa yang deme nih buat. Itu pun nak kene berkabo ker??? TEMAN SMASH SATU BACKHAND.

dan sekarang teman nak smash satu lagi kat diri teman.....

PEGI TIDUR..................zzzZZZzzzZZZzzz

No comments:

Post a Comment