dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

13 May 2009

siapa speaker DUN Perak?

dalam dok sibuk melayan mahakamah rayuan dan keluar masuk pejabat antara MB yang sah dengan pemangkunya aka MB haram teman teringat kat seoang lagi key person. Tak lain tak bukan Speaker DUN Perak.

siapakah yang sah? Sivakumar atau Ganesan? tanya penyokong PR, semestinya V. Sivakumar; tanya penyokong BN, sudah tentu laju je deme jawap R. Ganesan. ate mane satu yang betoinya? nengokkan kepada sidang 7 mei ari tu, perlantikan dibuat sebelum sidang bermula. ini kerana sivakumar sebelum mic ditutup mengarahkan ds zambry dan 6 exco serta 3 adun lompat keluar baru dia nak mulakan sidang. Jika SU DUN meminitkan peryataan sivakumar maka memang secara dasarnya sidang belum bermula.

Usul tidak percaya kepada sivakumar pulak diusulkan oleh ds zambry. ironinya ds zambry telah digantung jadi wajar buat sivakumar menolak usul ini kerana yang mengusul pun tidak sah memasuki dewan.

Bagaimana dengan tatacara atau prosedur pencalonan speaker baru serta tatacara atau prosedur pengundian yang dijalankan? mengikut tatacara atau prosedur atau TIDAK? bagaimana pula dengan tatacara perlantikan? SAH atau TIDAK? Timbalan speaker Hee menyatakan bahawa dia mempraktikan Perkara 36A untuk mengambil alih persidangan dari Speaker?
Perkara 36A (XXXVIA) (1) (b) menyatakan bahawa tanpa kehadiran Speaker, Timbalan Speaker boleh mempengerusikan sehingga pelantikan Speaker yang baru
lihat perkataan yang ditebalkan? bila masa pulak v sivakumar tak hadir? yang tercongok selama 5-6 jam tak bergerak gerak sampai kena diheret keluar tu siapa? yang melalak lalak 4 jam tanpa bantuan pembesar suara tu siapa? hantu raya v sivakumar kut...

Ohhh mungkin timbalan speaker maksudkan bahwa R Ganesan hanya dilantik sebagai speaker hanya untuk sidang 7 mei sahaja. Ini memang termaktub dalam Perintah Tetap Dewan Perkara 6. Jika ini diguna pakai maka Speaker DUN Perak masih V. Sivakumar

menurut Penasihat Undang-Undang UMNO Datuk Hafarizam Harun, usul yang difailkan 14 hari perlu dibentang dan dibahaskan dalam dewan tetapi v sivakumar boleh menolak mengikut Perintah tetap Perkara 36 (12). Yang menariknya merujuk kepada sini, Penasihat Undang-Undang UMNO Datuk Hafarizam Harun meyatakan Perkara 72 dalam Perlembagaan Persekutuan turut memberi imuniti kepada persidangan dan usul yang diluluskan oleh Dewan hari ini tidak boleh dicabar di mahkamah.

Pernyataan ini sudah cukup menunjukkan seolah olah Perintah tetap dan perlembagaan persekutuan hanya boleh diguna pakai jika ianya berkepentingan kearah BN. Jika ianya menyusahkan BN maka Perintah Tetap dan perlembagaan akan diketepikan. Atas sebab itu zambry membawa kes pengantungannya ke mahkamah.

jadi siapa speaker perak yang sah? ditanya kepada penyokong PR maka V Sivakumar masih Speaker DUN Perak. Ditanya kepada penyokong BN dengan angkuh mereka akan kata R.Ganesan adalah speaker dun perak yang sah. maka satu lagi rekod dunia tercatat dengan Perak sebagai satu negeri yang memiliki 2 speaker pulak.

wa chow sin

disclaimer peihong : segala perintah tetap dewan, undang undang tubuh negeri perak dan perlembagaan persekutuan yang aku tulih ni dari apa yang aku paham setelah membaca 3 buku berkenaan. Sebarang kesilapan pohon perbetulkan.

6 comments:

Anonymous said...

APA YANG KO MEREPEK...

MACAM BAGUS BAGUS JE...

BLAH LA...

BODOH PUNYA ARTIKEL...

peihong said...

ya tuan.... saya merepek tuan

ya tuan.... saya macam bagu bagus je

ya tuan.... saya suka tulih artikel bodoh

jadi dimintak buat anon 731
jangan mai blog ni...
jangan bookmark blog ni
jangan baca artikel dalam blog ni

pi baca blog BPN yang cerdik buah buahan tu...

syuh! syuh! syuh!...

ianho said...

hebat le ko
minum masih gunakan cawan berlapik

aZRoy said...

bernas even though a bit complicated.

and as for me, the answer is definitely Tuan Speaker V Sivakumar ~ period!

peihong said...

macam aku perah cerita...

perlembagaan ni kronik

alin0ne78 said...

teman paling nyampahhhh n benciii biler ada org tinggal komen mengutuk mencaci ..
tapi pakai 'anonymous' ..

---> tarak telur ka????

hahahahhahahhhhh

ps: teman yg suka bebel dr dulu ...

Post a Comment