dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

11 May 2009

Sidang DUN Perak tergempar?

Ahhli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional Perak dijangka mengemukakan satu notis mengadakan usul tergempar Undi Tidak Percaya Terhadap Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin kepada Speaker negeri Perak, Datuk Ganeson.

Ini akan dilakukan berikutan keputusan Mahkamah memutuskan bahawa hanya Sidang DUN Perak sahaja boleh melucut jawatan Menteri Besar negeri tersebut.

Sungguhpun perlantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir tidak sah, namun keputusan tersebut tidak menjejaskan sidang DUN Perak yang lalu kerana keputusan mengadakan sidang DUN bukan di bawah kuasa Menteri Besar.

Persidangan Dewan Undangan Negeri ialah di bawah kuasa Tuanku Sultan Perak. Justeru persidangan lalu yang menyaksikan penukaran Speaker DUN Perak adalah sah.

Speaker DUN Perak dari BN, Datuk Ganeson dijangka akan membawa usul tergempar yang diterimanya untuk perkenan Tuanku Sultan.

Tuanku Sultan dijangka tidak akan membubarkan DUN kecuali persidangan tergempar tersebut gagal melantik sesiapa menjadi Menteri Besar Perak yang baru.

sumber MYKMU

-------------------------------------------------------------------------------------

itu speaker sah punya ka haram punya? cit podah

5 comments:

Jebat Musibat said...

sah ceruk mana plak.
dah la dewan belum bermula.
tak angkat sumpah plak tuh.
cukup2 la memalukan diri sendiri tuh..

mamai said...

seperti yang aku jangka...mereka berusaha dari sudut mana pun sah atau tidak mereka tetap akan buat sidang tergempar.....kita tengok mcm mana speaker baru pulak kena heret....tak pun MB baru kena heret

soklan said...

mengong betol, speaker haram, buat la usul pun nanti jadi haram jugak..MB haram dh kena, speaker haram bila lagi? UMNO ni suka benda haram tol..

Anonymous said...

macamana nak pulak ada sidang tergempar. Sedangkan sivakumar speaker yg sah. G.ganesan diusul oleh MB haram zamry pada ketika dia digantung tugas pada usul dewan yg mula2 lagi.Manakala sivakumar deheret secara paksa oleh polis yg menceroboh dewan pada ketika pagi sebelum mula bersidang siva nyatakan TIDAK AKAN MULA SEBARANG SIDANG ATAU USUL JIKA PERINTAH/USUL SEBELUM YG DIPUTUSKAN OLEH JWTN KUASA HAK DAN KEBEBASAN DEWAN MENGGANTUNG 7 DUN TERMASUK ZAMRI TIDAK KELUAR DAN MENGHORMATI DEWAN DUN HARI INI.Jelas menyatakan tiada sebarang usul pada sidang kali ini serta sebarang keputusan melainkan dari pemula siva nyatakan. Malah 3 org katak yg terlucut ADUN mereka secara hak oleh speaker pun masih ada dan masih timbalan speaker? SPR pula kerja meragui surat peletakan ADUN katak? Bukan kah tugas SPR hanya menyelia pilihanraya dgn lebih systematik sahaja? Siapa kuasa siapa? Cuba tahu kuasa siapa dan ada kaitan dari mula percaturan politik haram BN merompak perak. Seperti profesional2 dari bidang undang2 yg berhujah di shah alam antaranya Dr. agus,dr.aziz bari menyatakan perak sebenarnya bermasalah disebabkan penambahan pelembagan yg di cipta2 tanpa merujuk pelembagaan yg asal. Oleh itu kita jgn terkeliru dgn isu yg dibangkitkan TV tanpa melihat kronologi peristiwa yg penyebab masalah. Seng kan bubar je dun perak... selesai dah lama dah.. apa susah? aku terbangkit mencanangkan pada kwn2 yg kuat kemelayuaan lihat dan sebarkan TANAH2 MELAYU perak yg telah digadaikan oleh umno. Maka jelaskan pada seluruh shabat skleluarga pengkhianat terbesar adal UMNO yg selama ini berlindung sebalik perjuangan melayu.. Berani pakai baju umno??? Kalian tanya pada mereka tahap kemelayuaan dan kebangsaan mereka... hujah bukan berdebat tapi sebagai ilmu yg mereka belum sedar mereka x tahu mreka x menilai baik buruk setelah 50 thn diberi harapan diberi tempoh tg seusia datuk2 kalau di nilai umur.. sekian. Wassalam.

peihong said...

benda ni berlaku bila spr lupa bidang kuasa atau melangkah masuk ke bidang kuasa orang lain.

Post a Comment