dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

23 May 2009

Tanpa mu disini

tanpa mu sini, sepi ku rasa...

tiada kicau burung yang menari...

tiada seri pengindah siang hari ku...

ohhh BN.........


hahahahahahahahaha

Sajak sekaki yang teman tujukan kepada BN. Betui kome oi... teman sejak jam 7.25 lagi dah ada di lokasi penamaan calon Penanti bersama-sama Team PerakExpress. Suram ajer sebab yang ada cuma geng-geng Pas dan PKR sahaja. Tanpa kelibat penyokong BN memang tidak membunuh kecerian hari penamaan calon. Suasana amat la tenang hingga la rombongan perarakan Calon Pakatan Rakyat yang di wakili Parti PKR Dr Mansur bersama-sama top gun parti termasuk DS Anwar Ibrahim dan juga kelibat DS Nizar dan beberapa orang lagi. Suasana agak havoc masa tu je la sebab Polis enggan benarkan sesiapa masuk tanpa pas. Termasuklah yang ada pas MEDIA kecuali yang telah mendaftar.

Suasana kecuh hanya untuk beberapa ketika sahaja iaitu semasa ketibaan pengarah SPR negeri dengan kenderaan meranduk ribuan penyokong yang berkumpul dijalan utama masuk ke IKBN Penanti. Apa punya tur.... orang ramai lagi nak masuk pakai kete.

Adalah beberapa scene yang menarik, termasuk awek-awek yang ayu lagi cun, pakcik-pakcik yang duk melawak sesama sendiri dan ader juga gelagat penjual air yang menarik perhatian umum. Tak lupa juga kerusi speaker yang diarah menuju ker pusat penamaan calon tersebut.Sebab dah terlampau boring ada penyokong yang seolah-olah bertekak debat dengan suara yang kuat tetapi cuma ayatnyer sembang satu sama lain sebetuinya. Kalau ader BN boleh juga deme lawan cakap. nih lawan cakap sesama deme jer.

Secara keseluruhan, ini merupakan satu penamaan calon yang amat tenang. sekali gus membuktikan bahawa tiada penyokong BN maka aman la dunia nih. Tapi..........

Bagi teman ini adalah sebab tiada provokasi dibuat. nak provoke Polis kuat sangat, kang tak pasal-pasal kedalam. maka penyokong lebih duk enjoy satu sama lain setelah kali terakhir berjumpa di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dahulu.

Oleh yang demikian, teman rasa hari ini adalah penamaan calon yang teraman pernah dibuat. At least yang teman ader sama.... hehehehehe

No comments:

Post a Comment